4 Langkah Mudah Penjagaan Kulit Muka

Rutin jagaan muka harian adalah penting bagi memastikan kulit sentiasa kekal berseri tidak dimamah usia. 

Kulit yang cantik sentiasa akan berseri dan kekal lembap walau tidak dilitupi alat solekan. Tambahan pula bila usia semakin menginjak, rutin penjagaan muka semakin lebih dititikberatkan. Kulit kering akan mempercepatkan proses kedutan dan penuaan pada wajah.



Berikut adalah 4 langkah mudah penjagaan kulit muka agar kulit kekal sihat dan berseri.

1. Mencuci Muka Secara Teratur

Cucilah muka secara teratur setiap hari agar segala kotoran yang terlekat di muka dapat dikeluarkan. Terdapat beribu jenama pencuci muka berada di pasaran. Pilih la yang bersesuaian dengan kulit muka..tak semestinya yang berjenama dan mahal malah korang juga boleh mencuci muka dengan yogurt atau oat!



2. Menggunakan Pelembap

Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan korang mengenakan pelembap pada muka. Namun suka diingatkan bagi mereka yang memiliki kulit berminyak macam aku, gunakan pelembap berasaskan air yang mampu menyerap minyak berlebihan pada kulit muka.

Bagi mereka yang memiliki kulit kering pula, menggunakan pelembap adalah perkara paling penting yang korang harus lakukan kerana kulit yang kering akan mempercepatkan proses kedutan pada wajah.


3. Mengenakan Pelindung UV

Pelindung UV adalah langkah penting sebelum korang melangkah keluar rumah! Sinaran UV mampu merosakkan kulit muka. Pilih lah pelindung UV yang bersesuaian dengan kulit. Bagi mereka yang memiliki kulit berminyak, pastikan korang mengenakan pelindung UV yang berasaskan bahan mineral dan organik.



4. Memakai Topeng Muka/Mask

Memakai mask sebagai rutin penjagaan kulit muka adalah sangat penting sebagai langkah intensif. Terdapat lambakan jenama mask yang berada di pasaran namun aku suka untuk berkongsi dengan korang tentang mask yang menjadi kegilaan aku dan sangat-sangat bersesuaian dengan kulit muka aku.



Mask pilihan aku ialah mask dari ID.AZ Derm yang telah dihasilkan oleh sebuah hospital kecantikan di Korea. Terdapat 3 jenis mask yang dikeluarkan oleh ID.AZ Derm ini, iaitu :


  • ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask (Hydrating)
ID.AZ Dermastic Water-Fit Mask ini direka khas bagi mereka yang berkulit sensitif. Memberi kelembapan yang menyeluruh. Mengandungi seawater, hydrolyzed collagen dan sodium hyluronide. Dijual pada harga RM12.90/23g dan boleh didapati di Watson seluruh negara.


  • ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask (Brightening)
ID.AZ Dermastic Bright-Fit Mask bertindak sebagai pencerah kulit. Mengandungi ekstrak mutiara, ekstrak portulaca oleracea dan berry complex pemakaian yang berterusan mampu menghasilkan kulit yang lebih cerah dan berseri. Dijual pada harga RM12.90/23g dan boleh didapati di Watson seluruh negara.


  • ID.AZ Dermastic Gold-Fit Mask (Nutrition)
ID.AZ Dermastic Gold-Fit Mask ini dihasilkan dari emas sebenar. Mengandungi emas, madu, prospolis, royal jelly dan ginseng merah. Sangat baik untuk penjagaan insentif muka secara berterusan bagi mencantikkan dan melembapkan kulit wajah. Dijual pada harga RM19.90/23g dan boleh didapati di Watson seluruh negara.


Pengalaman Aku Menggunakan ID.AZ Dermastic Mask

Macam yang aku dah jelaskan di atas tadi, aku sekarang agak 'gila' memakai mask-mask keluaran ID.AZ Derm ni sebab pemakaian yang berterusan memang menampakkan perubahan pada kulit wajah aku.

Buat wanita yang umurnya sudah hampir memasuki usia 40 tahun macam aku ni, kelembapan muka adalah paling peting agar kulit tak cepat berkedut. Bukankah impian untuk kelihatan awet muda itu adalah impian setiap wanita di dunia? Aku juga tak terkecuali..hehe..

Aku dah cuba kesemuanya dan yang paling aku suka ialah ID.AZ Dermastic Gold-Fit Mask. Memang kulit terasa lebih lembut, licin dan kulit kekal lembap. Untuk ID.AZ Dermastic Gold-Fit Mask ni, memang berwarna emas ye..hehe..sekali tengok macam masquerade pulak.


Kalau korang berminat untuk mencuba mask-mask dan juga produk keluaran ID.AZ Derm ni, korang boleh dapatkan di Watson seluruh negara pada harga yang sangat berpatutan.

Post a Comment

1 Comments

  1. saya pun suka pakai sheet mask, sejuk dan rasa tenang je dapat rehatkan muka

    ReplyDelete