Lately ni aku mula jatuh cinta dengan semua produk Cosmoderm yang aku cuba. Sekarang paling buat aku jatuh cinta ialah dengan Vitamin E Cream 3,000 I.U with Rosehip Oil. Sungguh jatuh cinta. Aku pakai krim ni pagi dan malam sebelum tidur. Memang nampak perubahan kat muka aku.
Sejak yang aku jatuh sakit awal tahun hari tu, aku memang tak jaga muka. Sudahnya jerawat mula naik dan tinggalkan parut-parut hitam dimuka. Sejak guna Vitamin E Cream keluaran Cosmoderm ni aku mula nampak perubahan, parut semakin menipis dan rasa kulit semakin halus. Lagipun Vitamin E Cream 3,000 I.U with Rosehip Oil ni teksturnya ringan dan tidak berminyak. Aku dah banyak cuba vitamin E krim tapi rasa tak sesuai sebab terlalu berminyak. Tapi Vitamin E Cream Cosmoderm ni langsung tak berminyak dan terus meresap ke dalam kulit.
Vitamin E Cream 3,000 I.U Cosmoderm ni adalah pelembap yang berkhasiat dan kaya dengan anti-oksidan untuk memperbaharui, melindungi dan menyihatkan kulit untuk anti-penuaan dan pemudaran parut. Ia juga terbukti berkesan dalam pemulihan semula kulit kering dan rosak, memudarkan parut jerawat, kemalangan dan pembedahan. Selain itu ia juga membantu mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam. Juga amat berkesan dalam melindungi dan menyihatkan semula kulit wajah yang terdedah kepada bahan kimia yang mengikis permukaan kulit dan iklim kering, panas dan sejuk. Jadi kalau korang merancang untuk travel jangan lupa bawak krim ni. Aku dah cuba dan aku sangat berpuas hati. Tapiiiii..korang kena la sabar sikit sebab untuk dapat hasil yang baik bukan amik masa sehari dua. Jangan lah pulak malam ni pakai esok harap terus hilang semua parut kat muka tu.
Cuba lah korang krim ni..murah je tak mahal pun..harga mampu milik cuma RM27 je untuk krim 50 ml ni. Lama boleh pakai. Aku dah pakai sebulan masih tak luak-luak lagi.. Camne nak dapatkan? Korang boleh beli secara online di LAMAN WEB COSMODERM atau di farmasi-farmasi terpilih seluruh Malaysia seperti Guardian, Vitacare, Aeon Wellness & Independent Pharmacy.
32 Comments
teringin nk try cosmoderm..nt nk cr farmasi
ReplyDeletehaa..cari kat guardian mudah
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteha'ah memang best..try la
DeleteHi.. nk tya pendapt , kalau pkai cleanser vit e . Kdg2 naik jerawat besar2 . Patut ke says stop?
DeleteHi, kalo memang pasti slps pakai tu naik better stop dan dapatkan nasihat pakar. Cuma utk setengah orang maybe itu proses purging tp better rujuk pakar ye
Deletewahh, bagus krim ni rupenye, ok malam nti nak letak dekat muka. tenkiu kak min!
ReplyDeletelaaa..tak pakai lagi ke? hahaha
DeleteSuka jugak, best pakai!
ReplyDeletekannnn..hehe
DeleteKlau kulit sensitive bleh ke pakai??
DeleteUntuk kulit sensitif seeloknya dapatkan nasihat pakar dulu ye.
DeleteVit E Cosmoderm tu my favourite! Dah bertahun guna, masih setia :-)
ReplyDeleteYka
Deletebagus ni..dulu pernah guna..dah habis..memang nak cari lagi ni
ReplyDeleteLynda pun amal pakai pagi dan malam. Nak hilangkan jeragat hitam dan sunburn.
ReplyDeleteOoo blh hilangkan jeragat jgk k dik...nk try jgk laaa
DeleteThis Cosmoderm cream looks interesting. I really like to try this because its not greasy, to renew our skin and protect from aging. I will definitely check this out.
ReplyDeleteYey something new to try, been looking for something with good vitamins in it.
ReplyDeleteape beza 1000 dgn 3000
ReplyDelete3000 lebih pekat dan sesuai utk parut yg degil.
DeleteApe beza 1000iu dgn 3000iu cream vit e cosmoderm
ReplyDeleteNie yg rsa nak try jugak nie ..
ReplyDeleteHi, krim ni, kalau pakai siang, dia kena pakai sebelum moisturizer atau selepas??
ReplyDeletekalau malam??
Sy pakai sebelum apply moisturizer. Kalo malam sy apply tu je tanpa krim lain
DeleteSerious ke berkesan utk hilangkan bekas2 jerawat..dh byk juga try product tapi itulah sama je.. Susah nk cari product yg dptkan hilangkan bekas jerawat...huhuhu
ReplyDeleteguna sabun cuci muka centaphil... In Sha Allah jerawat kurang lama2 akan hilang... pastu guna krim 3000 cosmoderm... muka akan hilangkn parut... sy dah cuba tak tukar lain dah... lama2 muka licin...
Deletetry pakai pencuci muka centaphil dan krim 3000 cosmoderm
Deletesebelum min pakai produk ni min ada guna toner ke?
ReplyDeleteYe pakai..
DeleteKrim ni boleh ganti dengan sunscreen ke?
ReplyDeleteTak boleh, sebab xde protection UV dlm ingredients dia.
Delete