Tutorial Ringkas Cara Buang Broken Link

Aku pasti ramai yang ambil kisah tentang Broken Link sebab tak nak perjalanan blog korang terganggu dari segi page view mahupun SEO. Ada beberapa cara untuk mengenal pasti broken link dan untuk membuang broken link ni sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi..haha..maklum la kalau dah beribu broken link yang nak dibersihkan memang pening dibuatnya,

Kenapa perlu buang broken link? Sebab broken link akan memberi impak kepada SEO blog korang! Untuk dapatkan blog yang betul-betul berkualiti pastikan korang rajin mengaudit blog korang sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.

Cara Buang Broken Link 

Aku sebenarnya tak ada la rajin sangat nak clearkan broken link ni, tapi jika aku berkesempatan memang aku akan cuba clearkan sikit-sikit. Jom aku kongsikan cara aku buang broken link aku.

1. Pergi ke website https://www.brokenlinkcheck.com/


Aku suka menggunakan website brokenlinkcheck.com ni sebab pada aku mudah. Korang cuma perlu pergi ke website ini dan masukkan details URL korang dalam kotak yang disediakan dan klik pada yang tertera 'Find broken links' macam dalam gambar di bawah.


2. Masukkan details URL dan Security code

Selepas korang dah klik 'Find broken links' tadi, akan keluar pula 1 kotak untuk masukkan lagi sekali URL korang dan masukkan security code yang diberi pada kotak yang disediakan dan kemudian klik pada kotak yang tertera 'Find broken links now!'  Sila rujuk gambar untuk lebih faham apa yang aku maksudkan.


3. Semak senarai broken links yang keluar

Bila korang dah klik pada 'Find broken links now!' akan keluar satu senarai link-link yang dah broken. 


4. Klik pada kotak sebelah kanan senarai broken links

Disebelah kanan senarai broken links tu ada 1 kotak yang tertera 'Page where found' di situ korang akan nampak url dan src .

1st korang klik pada url dan akan keluar artikel mana yang perlu korang removekan broken link tu. Dan klik la pada entry yang diberitahu.


Selepas tu untuk rujukan pada link yang mana yang dah rosak, korang klik pula pada src dan akan keluar seperti gambar ini.


Korang nampak tak pada line pink tu? ha..itu la link yang dah broken tu! Nak tau link tu betul-betul dah broken? Ikut step seterusnya.

5. Pergi semula pada entry yang dinyatakan dan check pada link yang dikatakan broken

Step di atas korang dah tau mana satu link yang dikatakan broken jadi untuk pastikan yang memang link tu dah tak ada atau dah terjejas, korang pergi la semula pada entry yang korang dah published tu dan klik je pada link yang dipinkkan macam step no 4 di atas tu.

Macam aku, entry terjejas ialah entry food review. Bila aku check semula rupanya link FB nya yang dah tak wujud. 




6. Buang link yang dah broken

Bila korang dah kenal pasti yang link mana yang dah terjejas jadi mudah la kan? Maka dengan itu korang remove je la link tu atau delete je. Macam kes aku yang kat atas ni, aku cuma remove je link tu. Tadaaa..siap dah.

Jadi selamat ber remove broken link ye u olllsss. Oh ye, btw yang aku cerita ni untuk blogspot ye. Untuk wordpress aku tak pasti macam mana hahaha..

Post a Comment

7 Comments

  1. Nampak mudah tapi kalau kena mereka yang beribu dapat broken link tu, jenuh nak edit kann...alhamdulilah, semalam check, dari 3000 link, Sis hanya ada 23 aje broken link, dah settle buat dah huhuhu

    ReplyDelete
  2. wahhh baru tahu pasal ni. nanti nak try la check broken link. mesti banyak ni. mmmm tunggu mod rajin tu datang dulu.

    ReplyDelete
  3. Zumal pernah buat tahun lepas je. Lepas dah jual laptop memang pencen la. Hihi

    ReplyDelete
  4. syoknyaaa ada ratus ratus je broken link hahaha. inshaaAllah nanti ada masa saya nak juga check kihkih

    ReplyDelete
  5. kak AJ dah delete bertahun lepas dah broken links ni tapi nanti ada juga dia muncul hehe.. Salam ukhuwah dan follow Min sini #189

    ReplyDelete
  6. Alaa tak reti nak buang broken link pakai hp ni. Berpinau mata. Tp nanti Qiss rujuk sini ajelah

    ReplyDelete