Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Aku dah lama menyimpan impian untuk jejakkan kaki ke Terrapuri Heritage Vilage yang terletak di Kampung Mangkuk Penarik, Setiu, Terengganu. Maklumlah, Terrapuri Heritage Village ni agak terkenal dengan senibina yang unik dan klasik.


Setelah sekian lama menyimpan impian, Alhamdulillah baru-baru ini aku berpeluang menjejakkan kaki ke Terrapuri Heritage Village. Menyimpan kisah-kisah menarik untuk setiap buah rumah, Terrapuri Heritage Village menjadi destinasi yang paling menarik minat aku.

Terrapuri Heritage Village telah dibangunkan oleh Mr. Alex, seorang lelaki berbangsa Cina Peranakan yang sangat mencintai warisan lama. Berbekalkan minat dan semangat, Terrapuri Heritage Village telah dibina menggunakan rumah-rumah asli Melayu lama yang berusia ratusan tahun. Lebih menarik lagi ialah di Terrapuri Heritage Village ini terdapat 29 buah rumah dengan 29 kisah tersendiri.

Aku difahamkan yang kebanyakan rumah-rumah Melayu lama ini didirikan berlandaskan kitab lama Tajul Muluk. Malah menurut Mr. Alex, rumah-rumah Melayu lama ini tidak menggunakan paku dan mudah untuk dibuka dan dibangunkan semula.

Jom, aku kongsikan setiap kisah menarik di sebalik 29 buah rumah yang terdapat di Terrapuri Heritage Village ini.

 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Jujur, aku sangat tertarik dengan setiap rekaan rumah yang terdapat di Terrapuri Heritage Village ni. Tambah menarik minat aku ialah bila mendapat tahu yang Terrapuri Heritage Village ini dibangunkan atas usaha dan jerih payah seorang lelaki berketurunan Cina Peranakan yang cintakan adat dan budaya warisan Melayu.

Aku adalah seorang pecinta sejarah. Setiap sejarah yang tersimpan di Terrapuri Heritage Village ini sangat bermakna buat aku. Sebab itu aku suka nak berkongsi dengan korang tentang sejarah dan kisah setiap buah rumah yang terdapat di Terrapuri Heritage Village.

1. Rumah Tembakang

Dipercayai dibina pada akhir kurun ke-19 dan dimiliki oleh Khatib Abdul Rahman yang merupakan seorang guru agama, ketua kampung dan juga bangsawan.



2. Rumah Paloh

Ini rumah yang aku menginap ketika berada di  Terrapuri. Rumah ini dimiliki oleh Mek Long seorang pengusaha tenunan kain songket bangsawan Terengganu. Tidak hairanlah kenapa di rumah ini terdapat banyak 'pencetak songket' dijadikan hiasan. 




3. Rumah Kedai Buluh

Rumah ini asalnya dimiliki oleh seorang pendekar yang bernama Abu Bakar. Rumah ini dibina oleh tukang mahir dan anak buah silat pendekar Abu Bakar sendiri.


4. Rumah Binjai Rendah

Rumah ini pemilik asalnya adalah seorang wanita bernama Mariam yang merupakan usahawan menjual kain pada akhir kurun ke-19.

5. Rumah Belukar Titian

Didirikan oleh Mat Zin yang merupakan pengusaha manisan kelapa. Beliau juga membuat anyaman daun mengkuang dengan bantuan anak perempuan beliau

6. Rumah Tasek

Dimiliki oleh saudagar perahu besar. Dibina pada penghujung abad ke-19. Dibeli oleh penghulu, Ali bin Ghani. Rumah ini telah dipindahkan sebanyak 2 kali dari kampung asal Chabang Tiga dan yang terakhir dipindahkan ke Kampun Tasek.

7. Rumah Dusun

Didirikan oleh saudagar perahu bedar. Dibeli oleh tok guru agama, Ustaz Abdul Rahman Harun dan isterinya, Che Nik Ibrahim yang mengambil upah menjahit baju.



8. Rumah Jeram

Kepunyaan Katib Ali Mat yang merupakan seorang guru agama di Jeram dan mempunyai ramai penuntut. Rumah Jeram ini dibina oleh seorang tukang tersohor.



9. Rumah Sg. Mas

Dimiliki oleh pengusaha tanaman ubi yang bernama Ismail Hj Salleh. Dibina oleh tukang sohor iaitu Ayah Ngah Kot.

10. Rumah Pulau Musang

Dibina pada abad ke-19 oleh seorang guru agama. Penduduk kampung menghantar anak-anak mereka untuk belajar agama dan mengaji Al-Quran di sini.

Dalam banyak-banyak rumah aku sangat tertarik dengan rumah ini. Rumah ini dikatakan rumah ulamak. Pada dinding (atas) rumah ini ditulis dengan kalimah ayat suci.

11. Rumah Seberang Takir

Dimiliki oleh Ismail atau Pak Wei yang dibeli dari seorang saudagar. Rumah asal terletak di Kg. Binjai Rendah tetapi dipindahkan ke Kg Seberang Takir.

Sebab itulah rumah ini dinamakan Rumah Seberang Takir, sempena rumah asal yang dipindahkan ke Seberang Takir.

12. Rumah Gelugor Raja

Pemilik asal rumah ini bernama Tok Lijah Yusof yang merupakan seorang guru mengaji dan guru agama. Selain menjadi seorang guru mengaji dan agama, beliau seorang yang mahir membuat kuih tradisi Terengganu lama.



13. Rumah Pengkalan Kubu

Pemilik rumah asal Rumah Pengkalan Kubu ini ialah Awang Yusof iaitu ketua Kampung Kubu. Rumah ini telah dibina pada tahun 1908 (1326H)

14. Rumah Kubang Jela

Rumah ini telah dibeli oleh Hj Omar bin Ismail daripada Che Mat Che Lek yang merupakan saudagar batik dan songket.

15. Rumah Nibong

Merupakan rumah bangsawan Melayu Terengganu yang didirikan sekitar tahun 1888. Rumah ini kemudiannya diwarisi oleh Haji Abdullah Said yang merupakan Ketua Kampung.


Setiap rumah di sini disediakan tempayan dan betuk disetiap tangga rumah. Adat orang dulu-dulu, sebelum naik ke rumah mestilah membasuh kaki dan di Terrapuri Heritage Vilage ini, mereka mengekalkan adat Melayu lama tersebut.



Keunikan Terrapuri Heritage Village


Di sini aku kongsikan kisah 15 buah rumah antara 29 buah rumah yang ada di sini. Kenapa 15 je? Sebab 15 unit rumah ini adalah unit yang dibuka untuk para tetamu. Selebihnya masih dalam pembaikkan dan pemulihan. Insyallah jika berkesempatan, akan aku kongsikan kisah disebalik rumah yang lain pula.

Antara lain ialah Rumah Serada yang dijadikan reception oleh pihak Terrapuri heritage Village ini.


Keunikan setiap binaan, rekabentuk dan kisah yang tersirat disebalik setiap buah rumah menjadikan Terrapuri Heritage Village ini antara resort yang unik di Malaysia.

Bagi mereka yang 'cari makan' melalui gambar, aku sangat mencadangkan Terrapuri Heritage Village sebagai tempat untuk photo shoot. Buat pengetahuan, selain boleh menginap di sini..Terrapuri Herritage Village juga dibuka untuk pameran namun dikenakan sedikit bayaran. 


Malah pihak Terrapuri Heritage Village turut membuka peluang bagi mereka yang ingin membuat photo shoot gambar perkahwinan di sini serendah RM500 untuk setengah hari. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini, Terrapuri Heritage Village turut menyediakan pakej dan menerima tempahan.



Pengalaman Aku Menginap di Terrapuri Heritage Village 

Aku sangat sukakan keunikan setiap seni bina dan rekabentuk tiap rumah yang ada di sini. Pengalaman menginap di sini satu pengalaman paling berharga buat aku yang cintakan sejarah. Menginap di sini seakan-akan menggamit kenangan di kampung ketika kecil dahulu.



Suasana yang permai, persekitaran yang 100% menggambarkan kehidupan tradisional Melayu, peralatan lama yang digunakan serta dipamerkan di sini seolah membawa aku ke suatu zaman yang berlainan. Tapi jangan bimbang, walaupun keadaan rumah lama dikekalkan namun setiap rumah di Terrapuri Heritage Village ini turut diberi sentuhan moden.



Setiap rumah disediakan penyaman udara, pemanas air dan bathtub. Sentuhan moden kontemporari pada setiap rumah menjadikan rumah Melayu lama ini kelihatan sangat mewah. Namun paling menarik adalah sentuhan klasik yang dikekalkan hinggakan sabun mandi yang dibekalkan untuk pengunjung juga sangat menggamit memori masa silam.



Oh ye, ketika kunjungan kami tempohari ke Terrapuri Heritage Village..kami turut ditunjukkan demonstrasi menggoreng keropok secara tradisional menggunakan pasir. Ha..pelik dan menarik bukan? Tetapi itulah caranya masyarakat Melayu lama memasak.  Kami turut dihidangkan dengan pelbagai kuih muih tradisional.



Pada sebelah petang, aku sempat merayau sekitar kampung dan bergambar untuk mengabadikan kenangan di dalam blog aku ni sambil aku dapat berkongsi cerita dan pengalaman aku dengan korang semua.



Pada sebelah malam pula, jika bernasib baik..korang akan berpeluang untuk melihat sendiri kelip-kelip di depan mata.

Bagi korang yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman seolah berada di zaman silam, datanglah bercuti bersama keluarga ke Terrapuri Heritage Village. Untuk keterangan lanjut :

Alamat : Terrapuri Heritage Village
Kampung Mangkuk, 22120,
Setiu, Terengganu

Tel : +(609) 6245 020
Tel : +(609) 6312 081
Fax : +(609) 6228 093
Email : info@terrapuri.com

Facebook : https://www.facebook.com/Terrapuri/
Instagram : https://www.instagram.com/terrapuri/


"Artikel ini sempena Media FAM Trip You'll Love Terengganu now & forever anjuran Tourism Terengganu & Gaya Travel"
Share
Tweet
Pin
29 comments
Terengganu sememangnya terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong baik dari dalam mahupun luar negara. Namun begitu, kebanyakan pelancong banyak tertumpu ke pulau-pulau yang terdapat di Terengganu..tapi tahukah korang, selain mempunyai pulau yang cantik, Terengganu juga mempunyai banyak lagi destinasi pelancongan yang korang wajib ketahui.

1. Kampung Mangkuk, Setiu

Kampung Mangkuk terletak berhampiran Pantai Penarik dan mempunyai tarikan tersendiri dan keindahan semulajadi yang masih belum terusik dek projek pembangunan, menjadikan ia antara lokasi yang perlu dilawati.

Aku sempat melawat sekitar Kampung Mangkuk pada lawatan ke Terengganu pada minggu lepas. Seriously kampung ni cantik sangat dan memang lokasi insta worthy. Aku sendiri tak lepaskan peluang untuk bergambar di sini dan hasilnya memang meletop!



2. Terrapuri Heritage Village

Terrapuri Heritage Village telah dibangunkan sejak 2011 dan terletak di Kampung Mangkuk, Setiu. Terrapuri Heritage Village adalah sebuah resort yang menempatkan rumah Melayu Tradisional Terengganu.


Resort yang terdiri dari 29 buah rumah mempunyai ciri antik dan klasik berusia ratusan tahun dipelihara dan disusun atur sebaiknya. Terrapuri dan kawasan persekitarannya diilhamkan dari istana Terengganu pada abad ke-17. 



Bukan sahaja dijadikan resort penginapan, Terrapuri yang bermaksud The Land of Palace (Tanah Istana) turut membuka peluang untuk orang ramai melawat resort mereka namun dikenakan sedikit bayaran. Malah Terrapuri turut membuka pintu resort mereka untuk photo shoot perkahwinan dengan bayaran sebanyak RM500 untuk setengah hari.


3. Rumah Botol

Terletak di Setiu, Rumah Botol mula ilhamkan oleh Tengku Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ayah Ku. Bermula dengan usaha murni beliau yang enggan melihat para pelancong tercedera ketika menikmati keindahan pantai di Terengganu yang berjalan menyelusuri pantai berkaki ayam, Ayah Ku mula mengutip botol-botol yang terpakai untuk dibuang.



Namun begitu, setelah mendapati setiap botol mempunyai ciri unik tersendiri..akhirnya Ayah Ku mula mengumpul dan menjadikan botol-botol tersebut sebagai koleksi. Sehingga kini terdapat lebih 7,000 botol di dalam simpanana beliau dan mula dipamerkan.


Antara koleksi kesayangan Ayah Ku

4. Dusun Warisan Pelong, Sg. Tong

Dusun seluas 20 ekar ini membuka peluang kepada para pelancong dan penduduk tempatan untuk menikmati segala jenis buah-buahan tempatan yang ada di sini dengan bayaran sebanyak RM50 sekepala. Korang boleh menikmati segala macam buah-buahan tempatan yang ada di sini seperti manggis, rambutan, pulasan, durian, dokong, duku, langsat, salak Terengganu dan pelbagai lagi.



Dusun Warisan Pelong ini turut menyediakan pakej makan tengahari di dusun. Pengunjung bukan sahaja takat boleh menikmati buah-buahan tempatan dan makan tengahari menu masakan Melayu tetapi juga dapat bermain sungai di sini.


Hidangan masakan menu ala kampung yang kami sempat jamah umbut sawit masak acar, ayam kampung goreng, masak lemak umbut sawit dan sambal belacan

5. Rumah Warisan Haji Su

Terletak di Kampung Losong, Rumah Warisan Haji Su ini adalah peninggalan Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji Mohammed iaitu seorang tokoh yang sangat berpengaruh dan merupakan pedagang kaya yang telah banyak memberikan sumbangan kebajikan di kampung Losong ini.


Rumah kepunyaan Allahyarham Su Mohammed Salleh Mohammed ini dibina pada 1850 bercirikan reka bentuk rumah Limas Belanda dan rumah Bujang Berpeleh Kembar Tiga yang berkait rapat dengan identiti negeri Terengganu.



6. Tempat Pemprosesan Keropok Lekor, Losong

Kampung Losong memang terkenal sebagai tempat pemprosesan keropok lekor di Terengganu. 

Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.



7. Drawbridge/Jambatan Angkat Terengganu

Drawbridge ini adalah tarikan terbaru di negeri Terengganu Darul Iman ini.


Jambatan Angkat Terengganu atau Terengganu Drawbridge merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.
Jambatan Angkat Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).
Jambatan Angkat Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sewaktu musim perayaan Aidilfitri, kemudian ditutup semula untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ujian dan penambahbaikan. Akhirnya ia dibuka kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.
Aku sangat bernasib baik kerana berpeluang untuk menyaksikan keindahan Drawbridge ini dari dalam cruise yang membawa kami menyaksikan keindahan Terengganu. Bertuah juga kerana aku sempat mengabadikan gambar di sini.


8. Kampung Jambu Bongkok

Kampung Jambu Bongkok adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di daerah Marang. Masih terpelihara dari sebarang pembangunan, menjadikan Kampung Jambu Bongkok ini unik dan sering mendapat perhatian. 

Kalau tak silap aku, di sinilah penggambaran salah satu filem lakonan Zizan Razak tapi aku tak pasti filem yang mana satu. Tapi percayalah, korang takkan menyesal datang ke Kampung Jambu Bongkok ni sebab bagi korang yang suka bergambar, tempat ni memang insta worthy sangat!

  

9. Tempat Pemprosesan Nisan Nira

Nisan Nira sangat terkenal di Pantai Timur. Nisan adalah singkatan dari perkataan MANISAN. Gula Nisan atau Nisan Nira ni tak jauh bezanya dari gula melaka namun dihasilkan dari manisan nira kelapa.

Kalau berkesempatan, datanglah sendiri ke Kampung Batangan, Marang, Terengganu ini bagi menyaksikan sendiri cara pemprosesan gula nisan. Nisan yang asli menggunakan 100% nira dijual pada harga RM4 sekeping.

Pada lawatan aku ke Terengganu yang lepas, aku berkesempatan melawat ke tempat memproses gula nisan di Manis Sokmo Enterprise. Bukan setakat menghasilkan gula nisan, Manis Sokmo Enterprise turut menghasilkan dodol daun palas, candy kelapa dan juga air nira kelapa asli.

Kalau korang berminat untuk melihat dengan lebih dekat, datanglah ke Manis Sokmo Enterprise yang terletak di Kampung Batangan, 21600, Marang, Terengganu



10. Warisan Sari

Warisan Sari adalah tempat mempersembahkan persembahan tradisional seperti gamelan. Dibuka pada setiap hujung minggu untuk pengunjung, Warisan Sari tidak mengenakan sebarang bayaran pada pengunjungnya. 

Warisan Sari terletak di Lot 20237 (sebelah Sek. Keb. Tok Jembal), Jalan Tok Jembal, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.

Kedatangan kami pada minggu lalu ke Warisan Sari sangat bertuah kerana kami telah dipersembahkan dengan persembahan gamelan oleh Kumpulan Gamelan Sri Gelam Ratna Kusuma dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam.



Bagi yang tidak tahu tentang sejarah gamelan, nah aku kongsikan petikan gamelan yang aku ambil dari wikipedia.

Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.
Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.
Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.
Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".
Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.


banyakkan tempat menarik di Terengganu ni? Itu pun aku belum habis cerita semuanya. Masih tersimpan rapi kisah di Tanah Bris, tempat membuat Tembaga, Pulau Kekabu dan banyak lagi. Insyallah jika berkesempatan aku akan kongsikan lagi tempat menarik yang wajib korang terjah di Terengganu Darul Iman ni. 

Hingga berjumpa lagi..chioww..

Apa pun, nah aku hadiahkan korang 1 video tentang Terengganu



"Artikel ini sempena Media FAM Trip You'll Love Terengganu now & forever anjuran Tourism Terengganu & Gaya Travel"
Share
Tweet
Pin
25 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates