Lulu Hyper Market Buka Cawangan Kedua di Malaysia

Siapa yang tak kenal Lulu Hypermarket kan? Lulu Hypermarket adalah antara hypermarket yang besar dan mempunyai hampir 200 cawangan seluruh dunia.

Cawangan pertama Lulu Hypermarket yang terletak di Capsquare, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Berikutan itu, mereka telah mengorak langkah dengan membuka cawangan kedua mereka di 1 Shamelin Mall, Cheras pada 1 Julai lepas.


Majlis pembukaan Lulu Hypermarket untuk cawangan kedua ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Turut menghadiri majlis tersebut ialah Pengerusi Lulu Group iaitu Mr. Yusuff Ali.


Hari pembukaan Lulu Hypermarket ni memang meriah sekali. Orang ramai dah mula membanjiri pasaraya ini sejak awal pagi lagi. Mana tak nya..Lulu Hypermarket telah membuat jualan runtuh kaw-kaw! Ada barangan yang potongannya hampir 50%!!




Antara harga  tak masuk akal yang aku cakap kat atas tu ialah :

✔️ Milo (1kg) harga biasa RM21.40 kini cuma RM13.90
✔️ Nescafe Classic Refill Pack (200g) harga biasa RM20.10 kini cuma RM9.90
✔️ Minyak Masak Aliff (5kg) harga biasa RM24.50 kini cuma RM14.90
✔️ Panasonic Blender harga biasa RM105 kini cuma RM60

😱😱😱😱😱 Serbu wei korang! jangan tak serbu‼️








Lulu Hypermarket Turut Pasarkan Produk Tempatan

Satu lagi kelebihan Lulu Hypermarket yang aku sangat suka iaitu Lulu Hypermarket ini memberi peluang kepada usahawan-usahawan tempatan untuk memasarkan produk mereka. Pada hari pembukaan Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall, para usahawan terpilih turut serta dalam mempromosikan produk mereka. 

Antaranya ialah Fatihah Food, Yusa Food, Pakchips dan banyak lagi.


Barisan usahawan tempatan yang terpilih memasarkan produk mereka di Lulu Hypermarket

Promosi Pembukaan Lulu Hypermarket 1hb Julai Hingga 4hb Julai 2019

Macam yang aku terangkan di atas, promosi pembukaan Lulu Hypermarket ini berlangsung dari 1 Julai sehingga 4 Julai 2019. Promosinya hampir 50% dan sangat mendapat sambutan pelanggan.

Tengok je la macam mana mereka beratur panjang untuk membayar.

Aku sendiri ke Lulu Hypermarket pada hari terakhir promosi (kononnya sebab tak nak bersesak pada hari pertama) tapi agak hampa sebab kebanyakan barang promosi memang dah habis terjual. Antara barang yang aku nak sangat beli ialah blender Panasonic yang berharga RM105 dijual pada harga RM60. Tapi memang sangat hampa sebab blender tu dah habis terjual pada hari ketiga.

Orang ramai? Perghh memang bukan nak kata la..cam semut orang berebut. Bukan setakat barang yang dipamerkan je mereka berebut, malah barangan yang baru dikeluarkan dari store pun tak sempat para pekerja nak susun dah berebut orang ambil! haha..memang hebat ye penangan pembukaan Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall, Cheras ni.


Jadi, untunglah penduduk sekitar Cheras sebab Lulu Hypermarket dah dibuka di sana. Untuk tahun 2020 ini Lulu Hypermarket mensasarkan lagi 4 cawangan termasuk di Setia Alam. Yeayyy! Aku tunggu yang Setia Alam buka muahahaha..dekat je dengan rumah! 

Post a Comment

1 Comments