Aku pasti ramai yang menghadapi masalah jerawat terutama bagi mereka yang meningkat remaja. Namun, tahukah korang yang masalah jerawat ni bukan hanya dikalangan remaja malah yang meningkat usia pun akan menghadapi masalah ini jika tidak bertindak untuk mengatasinya.

Apakah Itu Jerawat?

Jerawat adalah keadaan di mana bintik atau benjolan pada permukaan kulit. Masalah jerawat ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Masalah jerawat boleh dikategorikan dari biasa ke masalah yang teruk.

Acne vulgaris termasuk bintik hitam, bintik putih, papul, nodus dan cyst adalah di antara masalah jerawat yang paling biasa dihidapi oleh ramai orang.

Peringkat Jerawat

Buat pengetahuan semua, terdapat pelbagai peringkat jerawat yang perlu kita ketahui. Peringkat jerawat tersebut adalah :


Jerawat terhasil apabila folikel rambut tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama-sama sel kulit mati dan bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Masalah jerawat yang ringan seperti bintik hitam dan bintik putih boleh dirawat dengan ubat yang boleh diperolehi dari farmasi, manakala masalah jerawat yang sederhana dan teruk memerlukan rawatan dari dermatalogis.


Clinic d'Umra Punya Solusi Merawat Jerawat

Kalau korang mempunyai masalah jerawat macam yang aku terangkan di atas dan korang dah cuba pelbagai rawatan untuk mengatasinya tapi tidak berjaya..apa kata korang datang ke Clinic d'Umra yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam?! Kerana Clinc d'Umra sedia membantu mereka yang mengalami masalah kulit.

Terus terang, muka aku agak teruk berjerawat sejak 6 bulan lepas selepas aku mencuba 1 produk yang agak terkenal dan mahal. Terpengaruh dengan kata-kata beauty consultant dan terpengaruh dengan 'hasil' daripada mereka yang sesuai menggunakan produk berkenaan, aku mencuba produk berkenaan namun hasilnya sangat mengecewakan aku. Kulit mula jadi gelap, kusam dan jerawat yang sebelum ini memang wujud jadi makin parah pula.

Kecewa dengan penangan produk yang kononnya sangat bagus tu, aku dicadangkan oleh seorang kawan untuk ke Clinic d'Umra untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan rawatan dari pakar. Tak berlengah, 5 hari sebelum masuk Syawal haritu aku terus ke Clinic d'Umra.

Pertemuan dengan Dr Lashela A/P Dharmadass (Aesthetic Practitioner ~ MD (UGM), Dip Family Medicine (AFPM), Dip Aesthetic Medicine (US), LCP Holder) telah membuka mata aku tentang masalah jerawat yang aku hadapi. Nasihat doktor ialah menghentikan serta merta produk yang tidak bersesuaian dengan kulit supaya tidak menjadi semakin parah.

Dr.Lashela A/P Dharmadass


Memandangkan kulit aku sejenis kulit yang berminyak dan mempunyai masalah bintik hitam, bintik putih dan jerawat yang agak teruk.. Dr. Lashela mencadangkan aku untuk membuat rawatan Extraction, Microdermabrasian, Q-Switch Laser & Cyroderm di mana kulit aku akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum diwapkan seketika dan dibuang segala kekotoran pada muka.

Apakah maksud Extraction, Microdermabrasian, Q-Switch Laser & Cyroderm ni?

Extraction adalah proses membersihkan liang-liang roma yang tersumbat. ianya sering dilakukan disebahagian daripada wajah yang bermasalah terutama pada mereka yang sering menggunakan solekan. Ini kerana solekan akan menutupi liang roma sekiranya tidak dilakukan extraction ketika membuat facial & ini akan menimbulkan masalah kulit dikemudian hari.


Microdermabrasion adalah prosedur invasif yang minimum yang digunakan untuk memperbaharui rona dan tekstur keseluruhan kulit. Ia boleh merawat kedutan, garis halus, pigmentasi, parut jerawat, melasma, dan masalah yang berkaitan dengan kulit wajah.
.
Q-Switched Laser pula digunakan kebanyakannya untuk peremajaan kulit bukan ablative, bintik hitam, spider veins & membuang bulu roma.

Proses yang mengambil masa hampir 2 jam tersebut juga menggunakan kaedah laser untuk mematikan segala kuman dan membantu untuk mencegah jerawat kembali bertapak di kulit muka. Selepas rawatan laser dibuat, kulit 'disejukkan' seketika sebelum masker diletakkan bagi menyejukkan dan menyembuhkan kulit. Hasilnya kulit lebih licn, cerah dan kurang berminyak.


Pendek kata, aku dapatlah beraya dengan gembiranya sebab kulit muka dah tak seteruk sebelum rawatan dijalankan.

Sedikit Tentang Clinic d'Umra

Bagi mereka yang masih belum mengenali Clinic d'Umra, Clinic d'Umra adalah sebuah klinik Asthetic atau dalam bahasa pasar kita ialah klinik kecantikan yang mempunyai rekod di dalam The Malaysia Book of Records sebagai 1st Aesthetic Clinic in Malaysia with Syariah Compliant Treatment!


Pergh..bukan calang-calang ye Clinic d'Umra ni sebab klinik Aesthetic pertama yang mendapat anugerah sebagai klinik patuh syariah. Jadi, korang jangan la was-was bila mendapatkan rawatan di klinik ni.

Terdapat pelbagai rawatan kecantikan di Clinic d'Umra ini :

  • Skin & Laser Clinic
  • Treatment Of Acne & Acne Scarring
  • Skin Rejuvenation & Skin Tightening
  • Pigmentation
  • Fine Lines & Wrinkles
  • Dermal Filler
  • Treatment of Stretch Marks
  • Hair Removal, Spiderveins Treatment
  • Keloids Reduction
  • Hair Removal, Spiderveins
  • Weight Loss, Body Contouring
  • Hair Loss Services
  • Hair Transplant
  • Anti Aging Treatment
  • Laser Vaginal Rejuvenation
  • Thread Lift
  • Laser Tattoo Removal
  • Plastic Surgery (consultation only)
  • Anti-Aging & Wellness
  • Cryolypolisis

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan di klinik pertama yang mendapat pengiktirafan sebagai klinik patuh syariah ini, boleh lah ke :

Alamat : No.12, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55180009
Fax : 03-55114319
HP : 017-8831944
Website : www.umraskin.com
Facebook : https://www.facebook.com/DUmraClinicOfficial/