Tony Roma's Perkenalkan Festive Delight Sempena Bulan Ramadan

Bila sebut je Tony Roma's mesti terbayangkan steak yang sedap. Allahu..bulan-bulan puasa ni bila sebut je Tony Roma's mesti rasa meleleh air liur.

Minggu lepas dek kerana tak tahan godaan menu-menu Tony Roma's, aku dan kawan-kawan berbuka di Tony Roma's. Tony Roma's yang jadi pilihan ialah Tony Roma's yang terletak di Citta Mall. Agak dekat dari rumah aku, sebab tu decide berbuka kat sana je.



Sampai je di Tony Roma's kami telah diperkenalkan dengan menu yang dikeluarkan eksklusif sempena bulan Ramadan. Untuk masa yang terhad ini, Tony Roma's telah memperkenalkan 2 jenis hidangan yang dinamakan Selera Iftar dan Meriah Meal.

Menariknya hidangan ini ialah Tony Roma's memang menyediakan hidangan untuk makan secara berkumpulan. Ye la..bila berbuka puasa mestilah lebih meriah makan beramai-ramai bersama keluarga atau pun rakan taulan kan?

Jadi, prihatin dengan kemeriahan berbuka puasa beramai-ramai maka Tony Roma's memperkenalkan Selera Iftar yang sesuai untuk hidangan 3-4 orang dan Meriah Meal yang sesuai untuk kumpulan 5-6 orang.


  • Selera Iftar (RM168.80)
Hidangan sesuai untuk 3-4 orang. Apa yang terhidang dalam set Selera Iftar ini ialah Lamb Ribs Roma Rack with honey plum sauce, BBQ 1/2 chicken, Beef Riblet with TR's original sauce, coral mix salad, corn on cob, two hot baguette, four mashed potatoes/rice & four cups soup of the day.

Pendek kata semuanya ada..baik lamb, daging dan ayam yang dihidang dengan kentang putar atau nasi mengikut pilihan dan juga sup.


  • Meriah Meal (RM258.80)
Hidangan Meriah Meal ni pula sangat sesuai untuk kumpulan 5-6 orang dengan hidangannya Lamb Ribs Slab with honey plum sauce, BBQ 1/2 chicken, two slabs of Beef Riblet with TR's original sauce, coral mix salad with kickin' Shrimp, three hot baguette, six mashed potatoes/rice & six cups soups of the day

Lebih kurang sama dengan hidangan Selera Iftar cuma ditambah portion serta di tambah dengan udang. Seriously aku dah cuba menu ni memang sangat sedap dan berbaloi. Makan pun sampai kekenyangan macam ular sawa. Tapi paling sedap udang tu hehe..mana taknya dengan udang yang digoreng rangup lepas tu dicicah bersama sos istimewa..perghh memang tangkap leleh!


Bagi peminat-peminat ayam pula, kali ini Tony Roma's memperkenalkan 3 set Ayam BBQ iaitu :


  • Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken
Ayam BBQ yang dipanggang bersama sos serai dan dihidangkan dengan jagug rebus, salad & pilihan nasi kuning atau kentang putar.

  • Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken
Ayam BBQ yang dipanggang bersama sos BBQ Tomyum dan dihidangkan dengan jagug rebus, salad & pilihan nasi kuning atau kentang putar. Seriosly aku penggemar tomyam dan aku rasa gabungan rasa ayam BBQ ni dengan tomyam memeng kena sangat dengan tekak aku.

  • TR Original BBQ 1/4 Chicken
Ayam BBQ yang dipanggang bersama sos BBQ asli Tony Roma's dan dihidangkan dengan jagug rebus, salad & pilihan nasi kuning atau kentang putar.

Setiap hidangan ayam ini cumalah RM30.90 sahaja! memang sangat berbaloi untuk berbuka puasa di Tony Roma's.




Jadi, jangan lupa memeriahkan Festive Delight di Tony Roma's dan buat tempahan anda sekarang bersama yang tersayang. 

Untuk keterangan lanjut bolehlah melwat ke laman web dan social media mereka :

Instagram : TRMalaysia
Twitter : TRMalaysia1

Post a Comment

1 Comments

  1. Looks so delicious! Tapi Tony Roma's x ada kat Sabah....huhuhu! Salam Aidilfitri. :D

    ReplyDelete