Aplikasi NGO Negaraku Bantu Golongan Yang Memerlukan

April lepas aku menghadiri sebuah majlis anjuran NGO yang yang telah memperkenalkan sebuah Aplikasi NGO Negaraku yang diwujudkan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Aplikasi tersebut adalah aplikasi Mobile App NGO Negaraku yang diwujudkan dengan inisiatif NGO dengan kerjasama pihak swasta yang berurusan dengan Syarikat Social Enterprise ke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara badan-badan bukan kerajaan seperti NGO, Koperasi dan yayasan.


Gabungan ini dibuat menerusi kecanggihan teknologi dan ianya dijayakan secara tertutup dan khusus untuk ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah Aplikasi NGO Negaraku.

Apa yang lebih menarik lagi adalah penggunaan aplikasi ini adalah PERCUMA bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju ke hadapan mengikut keperluan dan situasi semasa.



Menerusi program aplikasi ini pelbagai program diperkenalkan dan induk kepada program ini adalah BUY & SAVE.

Apakah BUY & SAVE | CSR | SMART PARTNERSHIP?


1.

Inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk membantu pelajar khususnya di IPTA dan IPTS bagi mendapatkan produk dan barangan dengan harga penjimatan.


2.

Program ini sedang mengumpul penyertaan syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC untuk bersama menjayakan melalui penawaran produk dan barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar.


3.

Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi.


4.

Melalui kaedah ini pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platform ini secara berterusan.


5.

Untuk manfaat berganda, maka lebihan hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk akan dikembalikan kepada pelajar melalui sumbangan CSR


6.

CSR ini akan memastikan pelajar yang tidak berkemampuan akan turut beroleh manfaat.


Jadi, apa yang dapat aku rumuskan di sini adalah :


  • Aplikasi NGO Negaraku dapat membantu dan memastikan NGO dan ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini.
  • Penglibatan dan penyertaan syarikat pembekal termasuk GLC adalah kunci bagi menjayakan program ini.
  • Pulangan dan perkongsian dari belian pukal akan memastikan pembeli dapat berjimat dan program CSR diperluaskan.

Post a Comment

0 Comments