Siapa yang tak nak kelihatan langsing, sihat dan cantikkan? Aku tak terkecuali..impian aku ialah nak lebih kurus dan langsing. Tapi ada 1 masalah yang aku hadapi iaitu aku gagal mengawal selera makan aku.

Tambah la lagi dengan niche blog aku yang memang lebih kepada makanan ni..haha..jadi korang dapat agak la kan yang aku memang bab makan ni susah nak menolak..haha.. Inilah yang menjadi kebimbangan aku sebab aku biasanya akan makan apa sahaja dan aku kurang dan amat jarang bersenam.


Aku sangat bimbang bab kesihatan sebenarnya berbanding nak kelihatan cantik. Maklum la, usia macam aku ni dah tak terlalu ghairah nak kelihatan cantik tapi aku lebih fokuskan untuk kekal sihat. Tau je la, bila makan macam-macam ni, risiko untuk kandungan kolestrol dalam darah tu tinggi.

Jadi, apa yang perlu aku buat selepas aku gagal mengawal nafsu makan aku? Haa..cara yang terbaik adalah D.E.T.O.X bagi mencuci segala kekotoran dalam usus. Kenapa perlu detox? Sebab detox berfungsi untuk :

  • Membuang toksin dalam badan
  • Mencegah penyakit kronik
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Mengurangkan berat badan
  • Memperlahankan proses tua sebelum waktunya
  • Meningkatkan tenaga
  • Mencantikkan kulit
  • Mengembalikan kestabilan sistem dalam badan.
Sekarang terdapat banyak lambakan produk yang membantu kita untuk detox. Tapi tahu tak korang yang ciri-ciri produk detox yang baik untuk badan adalah produk detox yang mengandungi 5 ciri berikut :


5 Ciri Yang Perlu Ada
Fungsi
1.       Hi-Fiber
Berfungsi untuk membuang toksin dan menyerap kolestrol berlebihan dalam badan
2.       Enzymes
Enzyme membantu dalam penghadaman dan menggalakkan penyerapan nutrient dan memulihkan sistem enzyme dalam badan
3.       Kaya Anti-oksidan
Melindungi sel daripada kerosakan radikal, menggalakkan pertumbuhan sel dan membantu mencegah penuaan berlaku dengan pantas
4.       Prebiotics
Membantu mengembangkan bakteria yang berfaedah dalam badan
5.       Probiotics
Menggalakkan perkembangan bakteria yang baik dan berfaedah dalam badan bagi mengantikan bakteria yang jahat.


Easy 123 Mempunyai 5 Ciri Penting Tersebut

Oleh sebab aku dah tau tentang kepentingan detox dan ciri-ciri penting yang perlu ada dalam produk detox, aku terus jatuh cinta dengan Easy 123 yang diperkenalkan pada aku oleh abang Marcus Osmand. 



Lately memang terasa sangat berat badan makin naik dan aku ada masalah dalam menguruskan masa untuk bersenam memandangkan jadual kerja aku terlalu padat hingga lewat malam. Bila aku mengadu tentang masalah aku, terus abang Marcus suggestkan aku untuk guna produk Easy 123 ni.

Easy 123 mempunyai kesemua ciri penting yang aku terangkan di atas dan yang paling menarik Easy 123 ni mengandungi 'super fruits'. Jom kita tengok apakah super fruits yang terkandung dalam Easy 123 ni .


  • Maqui Berry
Maqui Berry adalah sejenis buah yang telah digunakan berkurun lamanya oleh suku kaum Mapuche Indian dari Amerika Selatan dan tumbuh secara eksklusif di daerah Patagonia di Selatan Chile dan Argentina.Maqui Berry adalah simbol kekuatan, kecergasan dan kesihatan oleh masyarakat asli Chile dan dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan yang kuat.

Maqui Berry mengandungi anti-oksida tertinggi di dunia dan mempunyai khasiat seperti berikut :

  • Melindungi sel dari radikal bebas
  • Menurunkan berat badan
  • Meningkatkan kekuatan dan ketahanan badan
  • Sumber vitamin C, Kalsium, Magnesium yang baik
  • Memperbaiki kesihatan kulit.




  • Goji Berry
Goji Berry adalah super fruits yang terkenal dikalangan masyarakat cina. Kandungan beta karoten dalam Goji Berry dikatakan lebih tinggi berbanding yang terkandung di dalam lobak merah selain mempunyai anti-oksidan yang tinggi. Disebabkan itu Goji Berry sangat terkenal dalam menyihatkan mata, mengawal kolestrol serta meningkatkan kesuburan.


  • Manggis
  • Blueberry
  • Raspberry
  • Blackcurrants
  • Strawberry
  • Lemon
  • Apple Fiber
  • Acacia Gum
  • Buah Arhat
Ha..itu adalah antara kandungan super fruits yang ada di dalam Easy 123 ni.

Pengalaman Aku Menggunakan Easy 123

Aku dah consume Easy 123 ni dalam seminggu. Tiap malam aku akan ambil 1 sachet sebelum tidur dan Alhamdulillah, walaupun aku tak pernah mengalami masalah nak buang air tapi pada aku..bila consume Easy 123 ni lebih memudahkan dan melancarkan proses pembuangan tu.

Yang aku perasan, bila aku minum Easy 123 ni sebelum tidur..biasanya dalam pukul 6 secara konsisten aku akan bangun untuk buang air. Dan aku perasan jugak yang perut aku agak kempis sikit berbanding sebelum aku consume Easy 123 ni.


Tapi jika korang memang benar-benar berhajat untuk kurus dan kurangkan berat badan, korang tak boleh la bergantung pada Easy 123 ni semata-mata tanpa mengawal pemakanan dan tak melakukan senaman! Apa pun produk yang korang consume pastikan korang kawal potion pemakanan korang dan lakukan senaman walaupun sekali dalam seminggu tau!

Ingat ye! Segala jenis produk untuk detox atau kurus ni sebenarnya cuma membantu sikit sahaja dan selebihnya bergantung pada usaha kita.

Cara nak consume Easy 123 ni pun sangat mudah. Memandangkan ia didatangkan dalam bentuk sachet, jadi korang cuma perlu masukkan 1 sachet dalam air kosong dan goncang. Kalau nak campurkan dalam smoothie pun boleh. Macam hari tu, ketika aku diperkenalkan dengan Easy 123 ni..diaorang blendkan tembikai, orange dan longan dijadikan smoothie dan ditambahkan 1 sachet Easy 123..perghh memang sedap sangat.



Bagi korang yang berminat untuk mencuba Easy 123 ni, korang boleh la menghubungi mereka di :

Talian Bebas Tol : 1 800 88 4411
Website : www.show-u.com.my