Berkesempatan merasai sendiri kari kepala ikan yang viral di Batu 3, Shah Alam minggu lepas adalah ibarat rezeki tergolek buat aku.

Mana taknya..selama ni asyik dengar tentang 'kehebatan' kari kepala ikan di sini tapi belum berkesempatan nak rasa sendiri. Bila ada member yang ajak lepak makan kari kepala ikan di sini Sabtu lepas, langsung aku tak menolak.

Terletak betul-betul di tepi jalan berhampiran stesen minyak Petron dan kilang gula CSR, D'Warees Resipi ini memulakan operasi seawal 6.30 pagi dan tutup pada pukul 4.30 petang. D'Warees Resipi beroperasi setiap hari kecuali pada hari Ahad.


Oleh kerana D'Warees Resipi ni terkenal dengan hidangan kari kepala ikan yang 'menyengat', warung viral tepi jalan ni memang sentiasa penuh dengan kehadiran pelanggan dari seluruh pelusuk daerah di Malaysia ni. Cakap je dari mana..Johor? Perak? Kelantan? semua pun serbu warung ni demi kari kepala ikan.



Menurut En Ahmad Tarmizi iaitu pemilik D'Warees Resipi, hidangan kari kepala ikan menjadi permintaan pelanggan seawal pukul 10 pagi. Katanya kalau pukul 10 pagi kari kepala ikan belum dihidangkan, pelanggan mula merungut. Perghhh agak dahsyat ye penangan kari kepala ikan di sini.

En.Ahmad Tarmizi Bin Khalid (pemilik D'Warees Resipi)


Pengalaman Merasai Sendiri Keenakan Rasa Kari Kepala Ikan di D'Warees

Tak tahan asyik dengar cerita yang kari kepala ikan kat sini sedap, minggu lepas aku sendiri 'turun padang' ke D'Warees Resipi ni. Dari rumah aku tak jauh sangat pun sebab aku tinggal di Klang, manakala D'Warees Resipi ni terletak di Batu 3, Shah Alam.

Hidangan utama dan pertama yang aku order sudah semestinya kari kepala ikan la. Sampai je kari kepala ikan kat meja, memang dah rasa kecur air liur. Mana taknya, bukan main besar kepala ikan yang dihidang dengan bau kari yang cukup menyelerakan.



Di sini, ada beberapa jenis kari kepala ikan yang dihidangkan. Antaranya ialah :

  • Ikan Merah
  • Ikan Jenahak
  • Ikan Kerapu
  • Ikan Tenggiri
  • Ikan Mayong
Harga setiap hidangan kari kepala ikan ini pula bermula dari RM25-RM100 mengikut jenis dan saiz ikan. Pernah juga harganya mencecah sehingga RM200 mengikut saiz permintaan daripada pelanggan. Untuk pengetahuan korang, rekod kepala ikan terbesar yang pernah dihidangkan ialah kepala ikan bersaiz 7kg! Allahu..besarnya..

Kat sini, kari kepala ikan yang terjual setiap hari adalah sehingga 50-70 ketul kepala ikan tau! Perghh punya dahsyat ye penangan kari kepala ikan kat sini.

Kalau tanya aku tentang kesedapan kari kepala ikan kat sini..aku bagi 5 bintang! Memang sedap sangat dan yang penting kepala ikan tu sendiri segar ye! Menurut pemilik D'Warees Resipi lagi, bekalan kepala ikan segar ini dibeli setiap pagi seawal pukul 4 pagi pada setiap hari.



Bagi yang tertanya..cuma kari kepala ikan je ke yang ada di sini? Jangan bimbang, sebab selain kari kepala ikan terdapat pelbagai lagi hidangan lain yang sedap-sedap. Antaranya kari kambing, masak lemak nangka, asam pedas, kuma daging, pajeri nenas, ulam-ulaman, sambal belacan dan banyak lagi yang korang boleh pilih. tapi yang paling istimewa di sini selain kari kepala ikan ialah ikan pinpin yang digoreng rangup! aku pun kali pertama cuba ikan ni..hehehe..memang sedap sebab rangup macam keropok.



Selain ada jualan lauk dan nasi, sebenarnya di sini juga ada dijual kuih muih. Hehehe..peberet kuih kat D'Warees Resipi ni ialah kuih buah melaka. Kuih buah melaka kat sini memang kena sangat lah dengan tekak aku..hahaha..hari tu aku makan sepiring yeeee tanpa dikongsi dengan orang lain! hahaha..


Kalau korang yang sejenis kaki makan..aku memang cadangkan korang untuk datang ke D'Warees Resipi yang terletak di Batu 3, Shah Alam, bersebelahan dengan kilang gula CSR dan stesen minyak Petron. Atau korang waze je 'D'Warees Resipi'

Untuk maklumat lanjut mengenai warung viral tepi jalan ni, korang boleh lawati facebook mereka iaitu :

Facebook : https://www.facebook.com/dwareeshomepage

Last but not least, enjoy video ni ye..