Tiap kali nak travel ke luar negara benda yang paling aku risaukan ialah 'wifi'! hahaha.. Ialah, nanti tanpa internet susah aku nak berhubung dengan suami dan nak update kerja.

Baru-baru ni aku ke Kepulauan Riau, Indonesia selama hampir seminggu. Sebelum bertolak ke sana Mawardi dah ingatkan aku awal-awal tentang internet ni dan dia cadangkan aku untuk mencuba pocket wifi dari Travel Recommends.



Apa Itu Travel Recommends?

Travel Recommends adalah pocket wifi yang akan memastikan kita sentiasa dapat berhubung menggunakan internet walau di mana kita berada. Pendek kata,Travel Recommends ini dapat menghubungkan kita dengan dunia luar tanpa sempadan.

Jadi tak kira ke negara mana pun kita pergi, selagi ada 'internet coverage' selagi itu lah Travel Recommends akan menghubungkan kita dengan dunia luar! 



Bagaimana Cara Menyewa Travel Recommends

Mudah je untuk menyewa Travel Recommends ni. Yang penting korang merancang perjalanan korang dan pastikan korang membuat tempahan online sekurang-kurangnya sehari sebelum korang memulakan perjalanan korang.

Selepas membuat tempahan secara online, korang akan menerima email dan cara-cara membuat pembayaran secara online. lakukan pembayaran dan tadaaaa..korang akan menerima email pengesahan tempahan. Mudahkan? Tapi langkah ni belum habis lagi. Semasa membuat tempahan, korang boleh membuat pilihan bagaimana cara nak ambil router Travel Recommends ini.

1. Ambil dan hantar sendiri di beberapa cawangan mereka.
2. Menggunakan perkhidmatan courier (caj penghantaran RM20 sehala)

Boleh rujuk gambar dibawah ini bagi memudahkan korang untuk lebih faham.


Macam aku hari tu, aku ambil sendiri di KLIA 2. Kalau korang nak ambil di KLIA 2, Travel Recommends booth ni terletak betul-betul di dalam Tune Store iaitu di Arrival Hall. Cuma tunjukkan Kad Pengenalan korang dan korang akan terima sebuah beg kecil yang mengandungi pocket wifi, usb cable dan international socket serta risalah cara-cara penggunaan Travel Recommends ini.




Booth lain yang korang boleh ambil selain di KLIA & KLIA 2 ialah di :

Travel Recommends Booth at Penang Airport- Level 1
Lapangan Terbang Antarabangsa Penang,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia.

Travel Recommends Booth at Johor Bahru- Level 1
Ipoh Overland (First Floor Situated along CIMB Bank and Warakuya Japanese Restaurant),
15 A, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, 80400, Johor Bahru Johor.

Bagi korang yang berlepas tengah malam atau awal pagi mesti tertanya-tanya 'alaa..macam mana nak ambil sebab mesti kedai tak buka lagi' hehehe jangan bimbang sebab booth Travel Recommends di KLIA & KLIA 2 dibuka 24 jam.


Pengalaman Menggunakan Travel Recommends

Memang agak puas hati menggunakan Travel Recommends sebagai pocket wifi aku sepanjang berada di Kepulauan Riau. Cuma untuk tempat-tempat tertentu macam ketika berada di Pulau Batu Belubang yang memang langsung tak ada internet coverage..memang tak boleh guna la.

Tapi macam aku berada di Pulau Pancur dan Pulau Daik, Alhamdulilah dapat berhubung dengan suami di Malaysia dan dapat berkongsi gambar-gambar menarik di semua media sosial aku.



Bagaimana dengan plan yang disediakan oleh Travel Recommends? Boleh rujuk di bawah :


Dan sekiranya korang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Travel Recommends ni, korang boleh la layari :