Tips Persediaan Menghadapi Hari Pertama Persekolahan

Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2019. Selamat Tahun Baru semua! Moga tahun 2019 dan tahun-tahun yang mendatang akan menjadi tahun yang bertuah untuk kita semua.

Memandangkan hari persekolahan sudah bermula untuk sesi 2019 ni, jom aku sharekan sedikit tips untuk menghadapi hari pertama persekolahan untuk anak-anak yang masuk tadika. Maklumlah, untuk ibu bapa yang kali pertama menghantar anak ke tadika persaan terujanya kadangkala lebih dari anak sendiri.


Perghhh..lamanya tak update entry parenting wakakaka..tetibe semangat pulak nak update hari ni. Teruja sebab ini adalah entry pertama aku untuk tahun 2019. Tapi aku tak nak cerita tentang hal-hal remeh macam persediaan beli pakaian atau peralatan sekolah, atau tentang camne nak handle anak menangis pada hari pertama persekolahan..ekekeke.. Aku lebih nak share tentang 'kempen ke sekolah' untuk anak-anak.

Apa Itu Kempen ke Sekolah?


"Esok abang akan ke sekolah, malam ni abang tidur awal ye! Mama dah siapkan baju dan kasut sekolah abang..esok abang bangun pagi terus siap-siap ke sekolah ye?"

Ha..itu mungkin pesanan ibu bapa untuk anak-anak yang akan mulakan hari pertama persekolahan tak kiralah tadika atau sekolah betul. Anak-anak rata-ratanya memang teruja untuk menghadapi hari pertama yang berlainan namun ibu bapa mestilah dah 'berkempen' awal untuk serapkan semangat kepada anak-anak.

Apa yang boleh difahamkan dengan program 'kempen'? Ok camni..peranan ibu di sini ialah bukan sahaja menyediakan peralatan, baju sekolah dan sebagainya tetapi juga menyediakan minda anak yang mereka akan ke tadika dan membuatkan anak seronok apabila melangkah ke alam yang baru ini.

Ibu bapa boleh menunjukkan di mana tadika tersebut dan menyatakan yang baik tentang tadika itu dan menerangkan apa yang akan dilakukan di tadika. Anak juga perlu diberitahu masa yang dia akan berada di tadika daripada pukul berapa hingga pukul berapa ibu dan ayah datang untuk menjemputnya dari tadika.

Ibu dan ayah juga boleh membantu anak membayangkan bagaimana suasana ke tadika nanti. Ibu bapa boleh memberitahu yang anak ini akan bertemu dengan rakan baru, belajar perkara baru di sekolah yang baru. Persediaan ini perlu dilakukan kerana minda anak perlu bersedia untuk menghadapi pengalaman yang baru ini.

Anak yang bersedia untuk ke tadika, sudah diberi maklumat yang lengkap tentang bagaimana dia akan menghadapi hari pertamanya dan dengan ini memudahkan ibu bapa. Sebenarnya ibu bapa tak perlu menunggu di tadika. Mereka akan lebih  yakin kerana ibu bapa telah mempersiapkan diri anak untuk menghadapi hari pertama.

Gambar : Google
Berbanding dengan anak yang tidak diberi maklumat, ada kemungkinan anak itu tidak bersedia bersendirian tanpa ibu dan ayahnya. Ini menyebabkan kebanyakan ibu bapa akan mengambil cuti untuk menguruskan persekolahan anak-anak. Selalunya adalah dinasihatkan ibu bapa untuk tidak berada di kawasan tadika kerana ini akan sedikit sebanyak mengganggu guru tadika untuk menguruskan anak-anak ini.

Gambar : Google

Sekiranya ibu bapa telah memainkan peranannya dengan baik pada malam sebelum ke tadika, anak sudah tahu apa yang perlu dilakukan. Anak juga sebenarnya faham apa peranannya dan lebih bersedia untuk menghadapi hari pertamanya di tadika. Jadi, keesokkan harinya..pada hari pertamanya dia akan bersedia untuk ke tadika, bertemu kawan-kawan baru dan mula ke satu alam yang baru.

Sebab itu peranan ibu bapa untuk 'berkempen' sangat penting dan 'kempen' itu perlulah menerangkan tentang mengapa anak perlu ke tadika? mengapa perlu belajar dan berkawan? Dan mengapa ibu bapa perlu pergi bekerja dan tidak perlu menunggu di sekolah. Peranan ibu bapa dengan itu adalah menyediakan anak untuk hari pertama di tadika dengan memaklumkan kepadanya setiap hari dengan ayat berlainan dan anak akan teruja untuk ke tadika.

Persekitaran

Di tadika pula, peranan guru tadika adalah membuatkan anak merasa selesa dengan persekitarannya yang baru. Guru tadika memainkan peranan penting bagi mewujudkan persekitaran dan suasana yang menarik minat anak itu untuk ke tadika.

Gambar : Google

Aktiviti-aktiviti yang dilakukan dengan anak-anak seharusnya pendek, padat dan menarik. Guru tadika perlu kreatif untuk melayan pelbagai kerenah anak-anak di hari pertama mereka.

Gambar : Google

Persekitaran yang menarik pastinya akan menarik minat untuk anak terus hadir ke tadika. Suasana yang ceria dan menggembirakan pasti menarik minat anak untuk terus belajar, anak juga ada peluang untuk bermain bersama kawan-kawan sebaya. Program hari pertama seharusnya lebih kepada memastikan anak-anak selesa dengan persekitaran dan suasana tadika tersebut.

Hari Pertama Persekolahan

Hari pertama merupakan perkara paling penting bagi anak untuk menyesuaikan diri, mencari kawan baiknya dan merupakan asas kepada pembelajaran dan pembangunan sosialnya. Hari pertama merupakan hari penting untuk semua bukan sahaja anak, tetapi juga ibu bapa dan guru. Masing-masing mempunyai peranan masing-masing yang perlu dilakukan untuk anak percayai dan minat untuk ke tadika, kemudian ke sekolah dan langkah-langkah yang seterusnya.



Jadi untuk ibu bapa, selalu lah berkempen pada anak-anak sebagai persediaan minda anak-anak menghadapi hari yang baru dalam lembaran hidup mereka.

Itulah serba sedikit tips yang boleh aku kongsikan. Moga serba sedikit ilmu ini memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana. Insyallah jika ada kelapangan aku akan share kan sedikit demi sedikit ilmu yang aku belajar masa amik Early Childhood Education di UM dulu ye. Artikel ini juga kredit pada Dato' Dr Noor Laily, Institut Pembangunan Keluarga (aku memang selalu rujuk pada artikel Dato' ni selain Prof aku dulu iaitu Prof. Noraini)

Tetibe terimbau kenangan pertama persekolahan aku dulu. Hehe..aku memang kental sejak kecil..hahaha..hari pertama persekolahan aku arwah mak dan abah berada di Mekah jadi yang hantar aku ke sekolah ialah mak sedare aku tapi dia tak tunggu pun dan aku sikit pun tak menangis hahaha..ingat lagi masa tu aku jadi contoh..wakakaka..nampak tak yang aku memang sejenis kental dari kecik?? wakakaka..



Post a Comment

5 Comments

  1. Hantar anak ke tangga sekolah. lepas tu balik. Biasakan untuk dia biasakan diri. kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ye bagi dia biasakan diri. Lgpun bila ada mak bapak nnt anak lg kuat merengek..eh..kid komen entry kita laaa..terharu kte haha

      Delete
  2. Kenangan indah terpahat di hati seorang ibu..
    Lama takde anak kecil nak hntar ke sekolah..
    Alhamdulilah anak Sis dulu tak banyak ragamnya.. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semalam hari pertama Iman ke prasekolah. Adam pun sama. Semua berjalan lancar, tak ada drama air mata. Cuma Mak je yang over sikit kot. Terkilan sekelip mata sahaja anak cepat membesar.

    ReplyDelete
  4. Bagus tips yg cik min bagi.. Fiza boleh guna tahun depan.

    ReplyDelete