Mencari yang halal itu adalah satu kefardhuan! 



Allah SWT menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168:
Maksudnya: " Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. "
Umat Islam dituntut supaya mencari yang halal. Mencari yang halal itu adalah wajib. Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, yakni suci, bersih dan berkhasiat. Begitu juga untuk mencari dan memilih restoran, kedai makan dan gerai makan makan carilah dan pilihlah yang benar-benar dijamin halalnya, bersih, kemas dan menyenangkan selera. Ini selaras dengan anjuran Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: 
“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr)
Teramat penting pengusahanya dipastikan adalah orang Islam. Termasuk tukang masak, pembantunya dan penting juga mereka mempunyai sifat-sifat jujur, amanah dan taqwa. Sebagaimana kisah di zaman Khalifah Umar Al-Khattab RA bila seorang pengembala kambing digoda supaya menjual kambingnya, kerana tuannya tidak tahu kalau pun dia menjual kambing yang dijaganya itu, tetapi pengembala yang berhati bersih, jujur, mulia dan taqwa itu menjawab: 
"Tidak! Sebab Ada Allah Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui"

Mini Market Benzuli Berkonsepkan Halal Mart

Menyedari hakikat betapa pentingnya dan menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mendapatkan sumber yang halal, Mini Market Benzuli telah menjadikan mini market mereka sebagai hub produk halal tempatan.

Mula beroperasi pada 1 Januari 2019, Benzuli telah memilih kawasan Wangsa Maju Seksyen 2 sebagai tapak permulaan. Dengan kedudukan kedai yang strategik diharapkan agar pelanggan dapat memenuhi keperluan harian mereka dan bekalan makanan halal produk tempatan di Mini Market Benzuli ini.

Istimewanya hari pembukaan tersebut, ayam dijual serendah RM1 seekor dengan setiap pembelian RM50 dalam 1 resit! Memang jimat berbaloi. 



Segala barang keperluan ada di sini termasuk bahan mentah, keperluan dapur, keperluan harian dan sebagainya. Bagi peminat-peminat sambal hitam pahang juga jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan Min'z Sambal Hitam Pahang yang viral tu di Mini Market Benzuli ni!





Menurut pemilik Mini Market Benzuli, Fahmi Nazuli..Mini Market Benzuli sememangnya menyasarkan pengusaha-pengusaha produk PKS untuk memasarkan produk mereka melalui Mini Market Benzuli sekaligus memartabatkan produk-produk muslim keluaran bumiputera. Dengan ini dapat membantu kedua-dua belah pihak iaitu pihak pengusaha untuk memasarkan produk mereka dan pihak pelanggan bagi memudahkan mencari produk tempatan yang diyakini halal.

Menurut beliau lagi, perancangannya dimasa hadapan agar dapat membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia bagi memasarkan produk-produk tempatan yang diyakini halal sekaligus menjadi halal hub di Malaysia.


Mini Market Benzuli ini beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam. Lokasinya pula terletak di :

No.6 Jalan Metro Wangsa,
Wangsa Maju Seksyen 2,
Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Tel : 018-9767099

Bagi usahawan-usahawan PKS yang berminat untuk memasarkan produk, jangan lupa untuk menghubungi Mini Market Benzuli.