Zaman sekarang rata-rata orang jarang memasak dengan pelbagai alasan dan lebih memilih untuk menikmati hidangan di luar. Dan tanpa kita sedari kebanyakan makanan yang dihidangkan di luar mengandungi MSG atau nama panjangnya Monosodium Glutamate.
Monosodium Glutamate (MSG) sebenarnya tidak sihat untuk kita. Ya! Makanan korang akan jadi lazat tapi tahu tak korang tentang jangka panjang pengambilan MSG secara berterusan?
Kesan Pengambilan MSG
MSG boleh menyebabkan masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan ada yang menjadi buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan ialah dengan memberi haiwan makan MSG.
Aku ada memetik sebuah artikel http://pmr.penerangan.gov.my yang menerangkan tentang kesan MSG. Antaranya ialah :
a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.
b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.
Artikel ini disunting dari Buku Kawal Berat Badan, Bahrin Samah
Perencah INNNI Resipi Rahsia Sajian Istana
Menyedari tentang bahaya MSG, Umarial Enterpise sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Gombak telah memperkenalkan perencah serbaguna tanpa MSG yang dinamakan PERENCAH INNNI.
Menariknya tentang Perencah INNNI ialah mendapat ilham dari resipi istana. Pengasas Perencah INNNI ni asalnya adalah kerabat diraja yang dari kecilnya memang tinggal di istana. Dan pengasas INNNI iaitu Allahyarham Ungku Mohd Ariff yang juga dikenali sebagai Pak Ungku sangat menggemari sajian mee hailam yang disediakan tukang masak istana & sejak itu Pak Ungku berusaha untuk mendapatkan resipi yang sama macam masakan tukang masak istana.
Menariknya tentang Perencah INNNI ialah mendapat ilham dari resipi istana. Pengasas Perencah INNNI ni asalnya adalah kerabat diraja yang dari kecilnya memang tinggal di istana. Dan pengasas INNNI iaitu Allahyarham Ungku Mohd Ariff yang juga dikenali sebagai Pak Ungku sangat menggemari sajian mee hailam yang disediakan tukang masak istana & sejak itu Pak Ungku berusaha untuk mendapatkan resipi yang sama macam masakan tukang masak istana.
Akhirnya pada tahun 1986, Allahyarham Pak Ungku berjaya mengeluarkan perencah serbaguna yang diberi nama Perencah INNNI iaitu gabungan nama Allahyarham Pak Ungku sendiri, isteri dan anak-anak mereka.
Perencah INNNI telah dihasilkan setelah bertahun kajian dibuat. Malah isteri Allahyarham Pak Ungku sendiri akan mencampurkan perencah INNNI ini dalam setiap masakannya dan ini menjadikan perencah INNNI yang pada asalnya dicipta sebagai perencah Mee Hailam kini menjadi perencah serbaguna.
Perencah INNNI telah dihasilkan setelah bertahun kajian dibuat. Malah isteri Allahyarham Pak Ungku sendiri akan mencampurkan perencah INNNI ini dalam setiap masakannya dan ini menjadikan perencah INNNI yang pada asalnya dicipta sebagai perencah Mee Hailam kini menjadi perencah serbaguna.
Menarik tentang Perencah INNNI ialah perencahnya dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti bawang, serbuk lada, tepung dan menjadikan ikan bilis sebagai bahan perisa. Teksturnya seakan serbuk dan mudah untuk dimasukkan ke dalam masakan atau dijadikan bahan pemerapan.
Legasi Produk Perencah INNNI
Produk INNNI kini telah diusahakan sepenuhnya oleh En. Ungku Zubir bagi meneruskan legasi produk Perencah INNNI setelah pemergian ayahandanya Allahyarham Pak Ungku pada tahun 2012.
![]() |
Ungu Zubir (2 dari kanan) anak Allahyarham Pak Ungku yang meneruskan legasi Ayahandanya. |
Perencah INNNI telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM pada tahun 2006 dan seterusnya mendapatkan pensijilan MESTI dari kementerian kesihatan.
Oh ye! Ada satu rahsia yang aku nak kongsikan dengan korang. Menurut En.Ungku Zubir, Perencah INNNI pernah dilamar untuk dibeli oleh sebuah syarikat gergasi namun ditolak baik oleh Allahyarham ayahandanya kerana Allahyarham Pak Ungku sangat sayangkan produk yang dibangunkan sendiri oleh beliau ini. Setelah ditolak baik, syarikat gergasi tersebut telah mengeluarkan produk mereka sendiri yang diilhamkan dari Perencah INNNI.
Pada aku satu pencapaian yang sangat membanggakan apabila ada syarikat gergasi mengambil ilham dari produk keluaran tempatan. Tapi aku lagi bangga dengan Allahyarham Pak Ungku yang bertegas melindungi legasinya.
Perencah INNNI, Perencah Serbaguna
Aku dah ceritakan tentang sejarah INNNI, jom sekarang aku ceritakan tentang pengalaman aku menggunakan Perencah INNNI.
Aku sebenarnya orang yang agak sibuk dan kekurangan masa namun aku sejenis yang suka makan di rumah. Macam mana sibuknya aku, aku akan cuba sedaya upaya memasak walaupun seringkas yang mungkin. Alhamdulillah sejak diperkenalkan dengan Perencah INNNI ni, hidup aku lebih mudah. Masak campak-campak je dah siap dan sedap pulak tu masakan aku..hahaha..
Paling aku suka sebab Perencah INNNI ni ialah perencah serbaguna jadi korang nak masak apa pun guna je Perencah INNNI ni waimma nak goreng ikan atau ayam. Aku sekarang memang dah tak perlukan garam dan kunyit untuk goreng ayam atau ikan mahupun nak bakar-bakar. Aku cuma perapkan ayam/ikan dengan Perencah INNNI dan goreng atau bakar je terus..mudah dan senang weih! Tambahan pula Perencah INNNI ni macam serbuk je. Jadi korang tuangkan aje pada masakan korang. Dah tak payah tambah garam ye!
Macam aku semalam, aku buat nasi goreng bodoh je wei..hahaha..cuma perlukan bawang, telur, udang kering pastu campak-campak dalam kuali tapi tambahkan Perencah INNNI..perghhh hingga menjilat pinggan la sedapnya! hahaha..
Nak resipi? Nah aku sharekan resipi Nasi Goreng INNNI dengan korang.
Resipi Nasi Goreng INNNI
Bahan-bahan :
Cara-cara memasak :
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak
2. Tumis bawang hingga layu
3. Masukkan telur dan gaul hancur
4. Masukkan udang kering
5. Masukkan perencah INNNI
Tadaaaa..siap! Perghhh..senangkan? Kalau korang masih tak pasti, nah tonton video ni.
Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut mengenai Perencah INNNI :
Facebook : Perencah Inni
Instagram : Perencah Inni
Email : umarialenterprise2@gmail.com
Tel : 019-2870474