Bila dah berusia ni macam-macam masalah kulit yang dihadapi. Antaranya kulit kendur dan tiada lagi ketumpatan kulit yang menyebabkan kulit tidak lagi anjal.
Aku sekarang memang agak sensitif dengan penjagaan kulit ni..maklumlah, usia dah hampir menjangkau 40-an jadi aku sangat-sangat menjaga kulit agar kulit tak kelihatan kusam dan kendur. Ya! memang kita tak boleh menahan usia dari meningkat tapi kita mampu menjaga kulit agar tak kelihatan tua dan sebab itu aku mula memilih ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack.
Pada siapa yang memang follow aku tentu pernah baca review aku tentang ID.AZ Clay Mask BACA SINI. Puas hati dengan kesan dari produk ID.AZ yang aku guna sebelum ni, maka aku pilih ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack pula kali ni.
Pada siapa yang memang follow aku tentu pernah baca review aku tentang ID.AZ Clay Mask BACA SINI. Puas hati dengan kesan dari produk ID.AZ yang aku guna sebelum ni, maka aku pilih ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack pula kali ni.
ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack
ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni berfungsi untuk :
- Memperbaiki keanjalan kulit
- Memperbaiki kulit muka yang kendur
- Menegangkan kulit
- Anti-penuaan
- Membantu mendapatkan V-Shape pada muka
Datang dalam packaging yang sangat menarik, unik dan moden, ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni mempunyai tekstur yang sangat halus pada kulit.
Hanya sapukan sedikit pada wajah sebelum tidur, mampu membuatkan kulit muka aku lebih anjal, lembut dan berseri.
Pengalaman Aku Memakai Produk Ini
ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack sememangnya dihasilkan untuk anti kedutan dan sekaligus mencerahkan wajah. Aku dah pakai ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack hampir sebulan dan aku sangat suka kesannya pada kulit aku.
Jom aku tunjukkan pada korang tentang tekstur ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni yang sangat lembut dan menjadikan kulit lebih lembap dan anjal. Ini hasil selepas aku cuba applykan pada kulit tangan aku (saja buat camni supaya korang nampak jelas perubahan sebelum dan selepas penggunaan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack)
Yang penting selepas penggunaan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack kulit dah tak kering lagi. Tahu tak korang yang kulit kering akan mempercepatkan lagi proses penuaan dan menyebabkan garis-garis halus mudah terbentuk pada wajah?
Cara penggunaanya pula sangat mudah. Pastikan korang dah cuci muka, sapukan penyegar pada muka dan akhir sekali korang sapukan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack pada wajah korang dan terus masuk tidur. Gunakan setiap hari ye!
Antara perubahan ketara yang aku rasa selepas hampir sebulan menggunakan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni ialah kulit muka terasa lebih anjal dan kulit lebih cerah. Paling aku suka ialah kulit muka tak kering! Cuma mungkin sebab aku memang agak 'debab' dan muka agak bulat jadi aku belum rasa lagi perubahan dalam bentuk muka aku hehehe..apa pun aku sangat sukakan kesan dari pengunaan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni.
Bagi korang yang berminat nak mencuba ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack macam aku ni, korang boleh dapatkan produk ni di Watson berdekatan korang dan harga untuk ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni ialah RM 199 (Normal price) untuk harga istimewa korang boleh check di Watson atau Watson online store https://www.watsons.com.my/face-fit-cu-v-tensioning-sleep-mask/p/BP_98213?text=&page=0
1 Comments
Kita pun pakai ni juga, so far nampak lah kesan kulit moist dan wrinkles kurang..
ReplyDelete