Tiada penyakit yang tidak boleh dirawati..yang penting usaha, doa dan tawakkal kerana penyembuh kepada segala penyakit adalah Allah!
Siapa yang follow aku, mesti tahu yang pada awal tahun 2017 aku telah terlantar hampir 3 bulan akibat slipped disc. Dan Alhamdulillah atas kehendak Allah S.W.T aku kini kembali aktif bekerja malah menjalani kehidupan yang kembali normal dan aktif.
Umum tahu yang aku seorang usahawan selain menjadi seorang blogger dan kehidupan seharian aku sangat-sangat aktif dan aku jarang ada istilah 'cuti' dalam kehidupan seharian aku sebagai usahawan mahupun sebagai blogger.
Mushtanir, Bantu Aku Untuk Kembali Bertenaga
Aku mula kenal Mushtanir ni baru lagi iaitu akhir bulan Oktober lepas. Masa tu aku sibuk dengan event jualan produk aku dan berkenalan dengan kak Liza yang menjual produk-produk keluaran Jamu Ratu Malaya (JRM).
Macam biasa, aku memang jenis ringan mulut untuk bertanya tentang produk-produk usahawan lain..dan Kak Liza perkenalkan aku tentang Jus Mushtanir ni. Pada mula aku memang tak tertarik sangat dengan produk ni. Tapi bila Kak Liza ada menyentuh tentang slipped disc barulah aku agak tertarik dan lebih lagi tertarik bila Kak Liza bagitau yang setiap pembelian Jus Mushtanir ni akan dibekalkan dengan buku Rantai Doa Sufi! Wah..ni betul-betul menarik sebab sepanjang aku hidup ni tak pernah lagi bila beli produk kesihatan dibekalkan dengan buku doa..hehe..
Apa Itu Mushtanir?
Mushtanir merupakan minuman kesihatan yang kaya dengan bahan antiseptik semulajadi dan herba-herba terbaik seperti Cendawan Susu Harimau, Cuka Kurma, Mengkudu, Epal Hijau, Madu, Limau, Delima, Manggis dan pelbagai makanan sunnah terpilih.
Lebih menarik, Mushtanir ini turut diperkayakan dengan ayat-ayar Rukyah Al-Quran yang terbukti sangat berkesan untuk merawat penyakit rohani dan gangguan sihir & makhluk halus. Konsep rawatan Mushtanir terdiri daripada 3 elemen iaitu Herba + Doa & Al-Quran + Ayat-ayat Rukyah
Siapa Yang Patut Amalkan Mushtanir?
Mushtanir ini sangat sesuai diminum untuk semua golongan dan peringkat umur sebagai minuman kesihatan. Namun begitu bagi kanak-kanak dibawah umur 5 tahun dan wanita mengandung tidak dibenarkan mengambil Mushtanir kerana ia mengandungi banyak herba dan dikhuatiri mengakibatkan keguguran.
Bagi mereka yang mengalami penyakit slipped disc macam aku, memang digalakkan pengambilan Mushtanir untuk membantu merawat masalah sakit belakang dan sebagainya. Alhamdulillah aku dah cuba sejak Oktober dan ternyata masalah sakit belakang yang sering aku alami agak berkurangan, masalah cramp di kaki juga agak berkurangan sejak mengamalkan jus Mushtanir ni.
Selain itu, bagi yang mengalami masalah tenaga batin pula..jus Mushtanir ini dapat membantu :
- Meningkatkan stamina dan tenaga
- Meningkatkan kesuburan
- Menambahkan tenaga zahir dan batin
- Menambahkan keinginan untuk bersama
- Mengimbangi mood
- Merawat pasangan yang sukar hamil
Bagi mereka yang mengalami masalah alahan pula, oleh kerana jus Mushtanir ini sangat tinggi dengan bahan antiseptic semulajadi herba maka dapat membantu :
- Mengubati radang ekzema
- Menyembukjan penyakit kulit/luka
- Menghilangkan jerawat
- Merawat resdung
Ha..itu serba sedikit tentang kebaikan jus Mushtanir ni. Disamping itu mohon semua yang mengamalkan jus Mushtanir ini juga mengamalkan doa-doa seperti yang terkandung dalam buku Rantaian Doa Sufi yang dibekalkan sekali dengan setiap pembelian jus Mushtanir ini. Jangan lupa..bergantung haraplah sepenuhnya pada Allah dan bermohonlah untuk kesembuhan pada setiap penyakit yang kita hadapi.
Antara doa-doa yang terdapat di dalam Buku Rantaian Doa Sufi |
Bagaimana Ingin Membeli Jus Mushtanir?
Bagi yang berminat untuk membeli jus Mushtanir ni boleh lah hubungi Kak Liza di :
Telefon No. : 017-6740020
Facebook : https://www.facebook.com/olizajrm.olizajrm
Instagram : https://www.instagram.com/olizajrm/
3 Comments
Abe yakin betul dengan produk ni sebab cik puan bini pun dah mula pengambilannya
ReplyDeletewah,first time dengar supplemen di ruqyah.Lg mujarab jika begini.Moga kak min sihat2
ReplyDeleteAlhamdulillah, k linda juga amalkan mustanir ni...sgt bagus dan sedap..
ReplyDelete