20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang

Korang, ni ada berita baik yang aku nak share kan dengan korang tentang 1 projek perumahan yang dalam pembinaan namun sudah 80% siap!

Bagi korang yang sedang mencari peluang untuk memiliki rumah sendiri..inilah masanya! Rumah yang aku ceritakan ini ialah sebuah perumahan baru di Sepang iaitu Taman Salak Lestari

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang


Taman Salak Lestari, Sepang


Terdapat 2 jenis rumah teres di Taman Salak Lestari ni iaitu teres 1 tingkat dan teres 2 tingkat. Taman perumahan yang masih dalam pembinaan ini telah siap sebanyak 80% dan cuma tinggal lagi 20 unit sahaja untuk korang rebut! Haaa..memang laris..laku macam goreng pisang panas gittewww..

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang

Teres 2 tingkat di Taman Salak Lestari ini dibina dengan kemudahan 4 bilik tidur, 3 bilik air dan 1 buah stor. Berkeluasan 20' x 67' yang sememangnya cukup luas untuk didiami sekeluarga.

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang


Taman Salak Lestari ini adalah Tanah Rizab Melayu. Apa yang korang faham tentang Tanah Rizab Melayu ni? Jom aku terangkan serba sedikit supaya korang tak keliru dengan istilah Lot Bumiputera

Tanah Rizab Melayu


Adalah satu kesilapan biasa bila mentafsirkan Tanah Rizab Melayu sama dengan Lot Bumiputera! Ye...aku pun macam tu. Dulu aku tak berapa nak faham perbezaan antara Tanah Rizab Melayu dan Lot Bumiputera. 


Faktanya 2 jenis tanah ini adalah berbeza sama sekali di mana Tanah Rizab Melayu adalah tanah yang hanya boleh di miliki oleh Melayu. Tak seperti Lot Bumiputera, Tanah Rizab Melayu adalah hampir mustahil untuk diubahmilik kepada bukan Melayu.

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang


Beberapa ciri yang membezakan Tanah Rizab Melayu dengan Lot Bumiputera adalah :

  • Pemilik bumiputera TIDAK dibenarkan menyewakan hartanah di atas Tanah Rizab Melayu kepada bukan Melayu.
  • Semua perniagaan yang dijalankan di atas Tanah Rizab Melayu mestilah dimiliki oleh Melayu.
  • Syarikat yang diniagakan secara awam mestilah memiliki pemegang saham Melayu sahaja.

Ha..dah jelas sekarang tentang Tanah Rizab Melayu? Sebab itu memiliki rumah di Taman Salak Lestari ini adalah satu kelebihan sebab Taman Salak Lestari ni ialah Tanah Rizab Melayu.

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang


Apa yang menarik minat aku tentang perumahan di Taman Salak Lestari, Sepang ni ialah rumahnya yang luas. Di bahagian tingkat bawah terdapat ruang tamu yang sangat luas dan selesa, dapur, bilik air dan sebuah stor.


20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang
Ruang tamu yang sangat luas dan selesa

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang
Bahagian dapur (maaf ye sebab rumah ni masih dalam pembinaan jadi tak dapat nak ambil gambar dapur dalam keadaan kemas)

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang
Ruangan stor di bawah tangga turut disediakan.


Manakala di bahagian atas pula terdapat bilik utama yang disediakan bilik air, 2 bilik yang berkongsi 1 bilik air dan juga terdapat balkoni

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang
Balkoni di tingkat atas

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang
Menuju ke tingkat atas


Kenapa Perlu Memilih Rumah di Taman Salak Lestari?


Mungkin itu persoalan yang berputar dalam kepala korang kan? Kenapa perlu memilih rumah di Taman Salak Lestari? Jawapannya :

  • Taman Salak Lestari ini di bina atas Tanah Rizab Melayu
  • Harga lebih murah berbanding di tempat lain (bermula dari RM440K untuk rumah teres 2 tingkat yang dilengkapi dengan 4 bilik, 3 bilik air + 1 stor)
  • 10 minit ke KLIA/Mitsui Outlet/Dengkil/Nilai University
  • 4 minit dari ERL Station/Kip Mart/Mc Donald
  • 15 minit ke Putrajaya/Cyberjaya/D'Pulze
  • 30 minit ke Kuala Lumpur/Petaling/Subang/Shah Alam

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang
Berdekatan juga dengan Tabung Haji


Kerana kedudukan Taman Salak Lestari ini strategik dan di jual dengan harga yang sangat berpatutan, unit yang masih tinggal dah tak banyak pun. Daripada 35 buah rumah teres 2 tingkat yang dibina, kini cuma tinggal lagi 20 unit yang masih kosong.


Manakala bagi rumah teres 1 tingkat, cuma tinggal lagi 3 unit yang masih menanti pembeli. Memang laris sangat kan? 

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang

Pelan Lantai & Butiran Rumah 

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang

Jenis rumah : Rumah Teres 2 tingkat
Harga : Bermula dari RM440K
Luas tanah : 20' x 67'-69'
Luas binaan : 1960 kps
Luas rumah : 4 bilik, 3 bilik air

Sedikit Mengenai Pemaju Taman Salak Lestari


Taman Salak Lestari telah dibangunkan oleh Fitrah Properties Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pemaju yang dimilik oleh 100% bumiputera.


Telah memulakan projek pertama mereka sejak 6 tahun lepas dan sehingga kini Fitrah Properties yang diterajui oleh Hj Azmi iaitu seorang bekas peguam giat membangunkan perumahan-perumahan yang memberi kelebihan kepada bangsa Melayu.


Terbaru, perumahan AAkh milik mereka baru sahaja selesai penyerahan kunci kepada pemilik rumah.

20 Unit Terakhir di Taman Salak Lestari, Sepang
Hj. azmi


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fitrah Properties Sdn.Bhd boleh lah layari facebook mereka di https://www.facebook.com/Fitrahproperties/

Oh ye..sebelum aku terlupa, bagi pinjaman perumahan..panel bank yang disediakan ialah RHB, Maybank dan BSN.

Sekiranya korang berminat untuk memiliki rumah di Taman Salak Lestari, Sepang ini boleh lah hubungi pihak pemaju iaitu Fitrah Properties Sdn Bhd di talian :

03-87065254/017-8235254

Atau langsung terus ke pejabat mereka yang beralamat :

Pejabat Jualan Fitrah Properties
No.37 Jalan Seroja 4,
Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi,
43900, Sepang
Selangor (Bersebelahan 7 Eleven Taman Seroja)




Post a Comment

18 Comments

  1. the house looks great. It's nice to get a landed house especially for family with kids. so that they have bigger space to live.

    ReplyDelete
  2. kita memang tengah mencari rumah sekarang ni..kebetulan ternampak post ni...bolehla tengok2 nanti

    ReplyDelete
  3. Wow...baru tau beza tanah rizab melayu dengan lot bumi...selalu duk dgar pasal lot bumi ja. Nice info cik min...alia baru tau psai ni...harga utk rumah 2 tgkt mcm ni kt kwasan yg strategik mcm tu kira not bad la jugak kan...

    ReplyDelete
  4. rumah sekarang ni melambung² harganya...Nak tak nak kena jugak beli rumah.Bila dah invest untuk rumah,kena cari yang betul² pilihan bijak sebab ia makan masa yang panjang untuk habiskan hutang..hehe..
    Kawasan rumah di taman salak lestari ni luas dan kawasannya sungguh strategik...tak rugi beli rumah kat sini rasanya

    ReplyDelete
  5. Kalau tempat kerja berdekatan KLIA dan sekitarnya sesuai sangat beli rumah kat sini. Dekat la nanti dengan KLIA, Mitsui Outlet, Xiamen University. Berbaloi juga.

    ReplyDelete
  6. Nasib baik la dah lama beli rumah, kalau nk beli zaman sekarang hmm rasanya tak mampu kot.

    ReplyDelete
  7. Bestnya kalau dapat sebiji rumah macam tu. Serba serbi luas. Tergoda la kita. Puas dapat mendeco umah.
    Lagi lagi ruang dapur pun besar. Seronoknya..

    ReplyDelete
  8. Nampak cantik dan berbaloi2. Kalau la emi dah ada duit yg mencukupi untuk beli rumah, rasanya rumah kat sini akan termasuk dalam list untuk dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  9. wow! last 20.. better grab it if anyone planning to buy one before it's sold out.. great place to live in..

    ReplyDelete
  10. Bagus beli rumah dekat tanah rizab melayu. Rumah pun nampak cantik dan luas. Yang belum beli rumah elok sangat grab peluang yang ada ni.

    ReplyDelete
  11. Cantik dan luasnya rumah ni memang menjadi idaman nak memiliki rumah macam ni tapi tak tahu bila hehehe asyik duduk rumah tinggi jer hehehehe... dapat tanah macam ni kan best....

    ReplyDelete
  12. Cantiknya rumah ni. Memang sesuai untuk sebuah keluarga yang besar macam sis.

    ReplyDelete
  13. Nampak luas dan tersusun seni binaan rumah nie.. tambahan dekat dgn fasiliti kemudahan lain.. mmg jadi pilihan..tggl 20 unit je.. wah.. betul2 sakan permintaan yea

    ReplyDelete
  14. Cantiknya kak min rumah dekat salak lestari ni.Luas sangat dan dekat dengan semua tempat terutama KLIA.Boleh tengok kapal terbang hari-hari. Nak survey la memandangkan tinggal 20 unit.

    ReplyDelete
  15. centik juga rumah ni. sesuai untuk keluarga sederhana besar. lepas tu dekat dengan banyak kemudahan awam pulak tu..

    ReplyDelete
  16. Eh kak, alang-alang suami saya memang tengah nak survey rumah teres area Sepang boleh la pass ni kat dia. Harap harga mampu milik.

    ReplyDelete
  17. wow rumah ni so spacious dan cantek ni....i pun teringin nak beli jugak..

    ReplyDelete
  18. Wah serious cantik design rumah Dan bahagian dalam rumah. Memang sesuai untuk keluarga besar tinggal di sini.

    ReplyDelete