Alhamdulillah..baru-baru ni berkesempatan menjamu selera di Indobowl  Cafe yang terletak di Lake Fields Sg.Besi.

Selama ni aku selalu dengar je tentang masakan yang dihidangkan di Indobowl Cafe ni sedap-sedap belaka. Terpengaruh dengan semua review yang ada, hari Ahad haritu aku sendiri pergi untuk merasakan sendiri masakan di sini..sedap ke idok?? Hahaha..sila baca entry ni sampai habis ye.


Indobowl Cafe

Indobowl Cafe ni sebenarnya tak jauh pun dari stesen LRT Sg. Besi. Kalau naik grab dari stesen LRT Sg. Besi tu cuma RM5 je tambangnye sebab memang dekat sangat.

Aku hari tu, sampai je aku terus tertarik dengan signboard Indomie. Hehe..rasanya Indomie ni memang tak asing lagi namanya di Malaysia ni. Jadi pertama yang terlintas di fikiran aku yang baru pertama kali mengenali Indobowl ni ialah mesti main menu kat sini Indomie.

Hehe..ni la signboard yang aku cakap tu

Sape yang pertama kali datang sini pasti tak sesat sebab dari jauh memang dah nampak signboard Indobowl Cafe yang terpampang besar ni
Ternyata tekaan aku benar. Kat sini main menunya memang Indomie. Ha?? Indomie? Maknanya dia cuma hidangkan kita meggie je? Huh..aku tau itu mesti soklan peberet semua orang..hahaha..sebab aku pun sama.

Ye wakk...sini memang main menunya Indomie tapi bukan lah diaorang hidangkan kita mee segera macam yang kita masak kat rumah tu. Kat sini hidangannya lebih istimewa. Selain Indomie ada juga menu lain seperti nasi dan satay tau kat sini sebab konsepnya ialah menghidangkan 'Indonesian Street Food' . Jadi kat sini semua masakan adalah masakan hidangan dari Indonesia.



Jom aku kongsikan antara menu hot yang ada di Indobowl Cafe.

Menu Hangat di Indobowl

1. Indomie Salted-Egg Chicken

Indomie salted-egg chicken ni menu peberet aku sebab aku memang suka makan apa-apa je makanan yang berasaskan salted-egg..hehehe..dah jadi macam ketagih lak.

Hidangan ni sebenarnya Indomie yang dihidangkan bersama seketul ayam yang disalutkan dengan telur masin, telur mata dan juga sambal. Memang sedap..aku suka hidangan ni.

Harga : RM11.90


2. Indomie Cheesy Chicken Chop

Hidangan ni pula ialah Inomie yang dihidangkan bersama chicken chop yang bersoskan keju. Cuma aku kurang gemarkan hidangan ni sebab terlalu muak pada aku padanannya.

Bagi korang yang memang sukakan makanan berasaskan keju boleh lah cuba menu ni. Jangan terpengaruh ngan tekak aku yang kurang gemarkan padanan ni..hehe..sedap cuma terlalu muak kalau nak habiskan sorang..hehe..

Oh ye..selain chicken chop, juga dihidangkan bersama telur goreng 

RM14.90


3. Mambo Jumbo Seafood Soto

Menu ni menarik sebab segala jenis seafood ada dalam ni. Yang ni hidangan berkuah. Memang sedap! Tapi aku nak ingatkan yang korang kalau nak order ni pastikan korang bukan datang sorang ye sebab hidangannya banyak! Sesuai untuk makan 2-4 orang.

Yang ni aku memang suka sebab memang sedap sangat. Kalau hujan atau demam rasanya hidangan ni memang ngam la! hahaha..

Harga : RM39.90


4. Indomie Mumbo Jumbo

Yang ni versi mee goreng yang dihidangkan bersama Ayam Madura, Lamb Rack, Rib Eye, 2 cucuk satay ayam dan telur goreng.

Hidangan ni pun pada aku memng sedap dan kena dengan selera aku. Ada pulak sambal-sambal Indonesia yang memang terkenal sedap tu pulak kan..memang bertambah.

Oleh sebab hidangan ni besar jadi aku cadangkan korang datang lah bersama kawan-kawan dan order ni 1 je jadi boleh lah berkongsi rasa dengan gembira sambil mengeratkan lagi hubungan mesra..gitoooohhh..

Harga : RM59


Macam yang aku dah terangkan di atas, bagi yang tak suka nak makan mee..jangan bimbang ada banyak lagi menu selain mee ada di sini. Cuma aku nak kongsikan dengan korang tentang 4 menu yang memang top di Indobowl Cafe ni je.


Kalau berminat nak cuba kelainan, korang boleh la terus datang ke Indobowl Cafe yang beralamat di :

72, Jalan Tasik Utama 7,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Tel : 019-5426869