Keunikan Rasa Masakan di Indobowl

Alhamdulillah..baru-baru ni berkesempatan menjamu selera di Indobowl  Cafe yang terletak di Lake Fields Sg.Besi.

Selama ni aku selalu dengar je tentang masakan yang dihidangkan di Indobowl Cafe ni sedap-sedap belaka. Terpengaruh dengan semua review yang ada, hari Ahad haritu aku sendiri pergi untuk merasakan sendiri masakan di sini..sedap ke idok?? Hahaha..sila baca entry ni sampai habis ye.


Indobowl Cafe

Indobowl Cafe ni sebenarnya tak jauh pun dari stesen LRT Sg. Besi. Kalau naik grab dari stesen LRT Sg. Besi tu cuma RM5 je tambangnye sebab memang dekat sangat.

Aku hari tu, sampai je aku terus tertarik dengan signboard Indomie. Hehe..rasanya Indomie ni memang tak asing lagi namanya di Malaysia ni. Jadi pertama yang terlintas di fikiran aku yang baru pertama kali mengenali Indobowl ni ialah mesti main menu kat sini Indomie.

Hehe..ni la signboard yang aku cakap tu

Sape yang pertama kali datang sini pasti tak sesat sebab dari jauh memang dah nampak signboard Indobowl Cafe yang terpampang besar ni
Ternyata tekaan aku benar. Kat sini main menunya memang Indomie. Ha?? Indomie? Maknanya dia cuma hidangkan kita meggie je? Huh..aku tau itu mesti soklan peberet semua orang..hahaha..sebab aku pun sama.

Ye wakk...sini memang main menunya Indomie tapi bukan lah diaorang hidangkan kita mee segera macam yang kita masak kat rumah tu. Kat sini hidangannya lebih istimewa. Selain Indomie ada juga menu lain seperti nasi dan satay tau kat sini sebab konsepnya ialah menghidangkan 'Indonesian Street Food' . Jadi kat sini semua masakan adalah masakan hidangan dari Indonesia.



Jom aku kongsikan antara menu hot yang ada di Indobowl Cafe.

Menu Hangat di Indobowl

1. Indomie Salted-Egg Chicken

Indomie salted-egg chicken ni menu peberet aku sebab aku memang suka makan apa-apa je makanan yang berasaskan salted-egg..hehehe..dah jadi macam ketagih lak.

Hidangan ni sebenarnya Indomie yang dihidangkan bersama seketul ayam yang disalutkan dengan telur masin, telur mata dan juga sambal. Memang sedap..aku suka hidangan ni.

Harga : RM11.90


2. Indomie Cheesy Chicken Chop

Hidangan ni pula ialah Inomie yang dihidangkan bersama chicken chop yang bersoskan keju. Cuma aku kurang gemarkan hidangan ni sebab terlalu muak pada aku padanannya.

Bagi korang yang memang sukakan makanan berasaskan keju boleh lah cuba menu ni. Jangan terpengaruh ngan tekak aku yang kurang gemarkan padanan ni..hehe..sedap cuma terlalu muak kalau nak habiskan sorang..hehe..

Oh ye..selain chicken chop, juga dihidangkan bersama telur goreng 

RM14.90


3. Mambo Jumbo Seafood Soto

Menu ni menarik sebab segala jenis seafood ada dalam ni. Yang ni hidangan berkuah. Memang sedap! Tapi aku nak ingatkan yang korang kalau nak order ni pastikan korang bukan datang sorang ye sebab hidangannya banyak! Sesuai untuk makan 2-4 orang.

Yang ni aku memang suka sebab memang sedap sangat. Kalau hujan atau demam rasanya hidangan ni memang ngam la! hahaha..

Harga : RM39.90


4. Indomie Mumbo Jumbo

Yang ni versi mee goreng yang dihidangkan bersama Ayam Madura, Lamb Rack, Rib Eye, 2 cucuk satay ayam dan telur goreng.

Hidangan ni pun pada aku memng sedap dan kena dengan selera aku. Ada pulak sambal-sambal Indonesia yang memang terkenal sedap tu pulak kan..memang bertambah.

Oleh sebab hidangan ni besar jadi aku cadangkan korang datang lah bersama kawan-kawan dan order ni 1 je jadi boleh lah berkongsi rasa dengan gembira sambil mengeratkan lagi hubungan mesra..gitoooohhh..

Harga : RM59


Macam yang aku dah terangkan di atas, bagi yang tak suka nak makan mee..jangan bimbang ada banyak lagi menu selain mee ada di sini. Cuma aku nak kongsikan dengan korang tentang 4 menu yang memang top di Indobowl Cafe ni je.


Kalau berminat nak cuba kelainan, korang boleh la terus datang ke Indobowl Cafe yang beralamat di :

72, Jalan Tasik Utama 7,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Tel : 019-5426869








Post a Comment

20 Comments

  1. haha i baru cek dm terlupa nak rsvp indobowl ni..
    kalau tak dah dapat makan sekali lagi dia punya mee tu
    last time pergi memang terasa sedap dia punya daging lebih lebih lagi sambal dia memang marvellous ;)

    ReplyDelete
  2. wow! indobowl dengan indomie yang begitu enak sekali.. banyak nya style boleh makan indomee.. hehehehe~ syok dan yummy!

    ReplyDelete
  3. sedapnya semua menu-menu kat sini kita naik selera nak makan hehehe semua sedap-sedap akan tak ajak kita pun hehehehe tapi kita suka lagi mee goreng mamak wakakaka and isi ayam goreng best terbaik...

    ReplyDelete
  4. Macam - macam menu ada ha..menarik la..macam- macam style ada kan..entah bila la dapat pi singgah merasa..

    ReplyDelete
  5. mati-mati ingat ada indomie je kat kafe ni..rupanya banyak lagi menu sedap-sedap..dapat Indomie Salted-Egg Chicken sepinggan pun jadilah

    ReplyDelete
  6. Hari ni saja dah 2 blog review pasal in mee. semalam pun ada juga. Nampaknya ramai yang makan mee segera dengan sentuhan berbeza ni. Sedap agaknya

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak min indobowl. Nk makan lg rasanya. Tak rasa lg satay die. Mcm best.

    ReplyDelete
  8. Wuuuu menyelerakan makanan dia , menu yang menarik gambar pun cantik , bila nak dating eh ... Btw tak pernah lagi pegi sini

    ReplyDelete
  9. Bestlah awok dpt merasa makan kat Indobowl..kita x dpt..huhu. tak ada rezeki kita. Nanti nk cari indomielah..buat sendiri kat umah

    ReplyDelete
  10. Teringin nak try yang indomi salted egg tu, mesti sedap. Kedai ni berdekatan rumah abg emi je. Selalu duk lalu situ, tapi tak pernah cuba.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah apa lah dosaku..pagi2 hari da nampak makanan2 sedap..terliurnya Ya Allah...huhuhu..dah la jauhhhhh..japgi nak kena pi cari indomie la nak wat ala2 ni..hahhaha

    ReplyDelete
  12. makan mi segera pun boleh jadi sedap dan menyelerakan kalau tambah macam-macam rencah dalamnya. macam di Indobowl ni lah.. fuhhh menarik betul semua makanan tu, rasanya mesti sedap kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Mama memang kurang nak makan makanan segera ni sebab tiap kali mesti kepala pening dan rasa berat. Cuma sesekali teringin juga

    ReplyDelete
  14. bestnya dapat makan dekat indobowl nie. memang best2 hidangan dia. lagi2 salted egg chicken dgn cheesy chicken chop tu. sedap tak ingat dunia. jom repeat lagi kak min !

    ReplyDelete
  15. Boleh cuba ni.. Sbb mmg akan singgah sg. Besi kalau singgah kl

    ReplyDelete
  16. Kita suka indo mee... Skrg dh boleh dptkn kt indobowl xde mslh dah... Tp jauh lak.. Hihi... Tgk menu2 dia menyelerakan je semuanya kan..

    ReplyDelete
  17. Wah sepinggan besar tu boleh share makan ramai2. teringin nak rasa masakan Indomie kat sini. Nampak sedap dan menyelerakan.

    ReplyDelete
  18. oh my god, sanasini nampak indobowl ni..memng nak hasut kita suruh pergi ni..hahaha..nampak sedap semua makanan dia..penuh satu pinggan tu..nanti ada mas nak pergi

    ReplyDelete
  19. Makanan kat indobowl memang sedap kan?? AM pun suka dgn menu dia especially indomie salted egg chicken..

    ReplyDelete
  20. Indomee slted egg tu mmg win sangat2. Rasa dia unik dan tak jemu bila makan

    ReplyDelete