Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Siapa peminat kopi? Ha..aku memang seorang 'coffee lover' memang kemana-mana pun aku lebih memilih kopi berbanding minuman lain dan pilihan aku biasanya 'black coffee' la yang tanpa gula tu.

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk ke Genting Coffee Festival yang diadakan di Resort World Genting pada 19-21 Oktober lepas. Buat pengetahuan semua, ini adalah festival kopi pertama yang diadakan di sini.


Genting Coffee Festival ini dianjurkan dengan usahasama NESCAFE dan Barista Guild Asia (BGA). Untuk pengetahuan semua BGA ini adalah sebuah akademi yang melahirkan ramai barista profesional tau!





Genting Coffee Festival 19-21/10/18

Sepanjang 3 hari festival yang pertama kalinya diadakan di Resort World Genting ini, pelbagai peraduan dan bengkel telah diadakan termasuk 'bonding', 'brewing', dan 'tasting'. Bengkel ini adalah percuma di mana para pengunjung akan belajar segalanya tentang kopi.




Bukan itu saja, para pengunjung juga akan diajar tentang seni latte..alaaa..yang nak lukis-lukis dalam kopi tu ekekek..macam-macam lukisan korang boleh buat tak kira la bentuk bunga ke, kartun ke.


Menariknya pada hari kedua dan ketiga festival, telah diadakan pertandingan 'Brista Smackdown' dan 'Latte Art Throw' yang menyaksikan barisan barista mempamerkan kehebatan masing-masing dan juara berjaya membawa pulang wang sebanyak RM1,000 tunai manakala tempat kedua dan ketiga berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 dan RM300.

Barisan juri professional



Tawaran Menarik di Resort World Genting

Ini pula adalah tawaran-tawaran menarik yang telah diadakan di Resort World Genting sekarang khas untuk peminat-peminat kopi macam aku :

  • Resort World Genting Coffee Festival Room Package ~ penginapan 1 malam di Frirst World Hotel bermula dari RM219 termasuk 1 Le Festin Hight Tea Set di Cafes Richard di SkyAvenue. Penginapan dari 1-31 Oktober (Isnin-Khamis, tidak termasuk cuti umum)
  • Genting Coffee Festival Sign-up ~ daftar untuk festival 19-21 Oktober 2018 dan dapatkan sekeping voucher untuk kopi percuma di Cafes Richard atau Park Avenue Lounge di SkyAvenue.
  • Kumpulkan 8 Genting Point sepanjang 1-31 Oktober dan tebus 2 minuman NESCAFE secara percuma.
Coffee-related offers dari Resort World Genting merchant/tenants bermula 1-31 Oktober termasuk :
  • Cafes Richard ~ promosi beli 1 percuma 1 untuk kopi terpilih dari Isnin hingga Jumaat
  • Cafes Richard ~ complimentary slice of cheesecake dengan pembelian slow-drip coffee dari Isnin hingga Jumaat khas untuk Genting Reward members.
  • Park Avenue Lounge ~ Promosi beli 1 percuma 1 untuk kopi terpilih dari Isnin hingga Jumaat.
  • Coffee Bean ~ RM10 untuk 12oz Hazelnut Americano (diskaun 23%)
  • Coffee Bean ~ RM10 untuk Nitro Cold Brew (diskaun 31%, sah sehingga 21 Oktober 2018 sahaja)
  • DalKomm ~ diskaun sebanyak 30% untuk pembelian minuman kedua
  • DC Comics Super Heroes Cafe ~ diskaun sebanyak 30% untuk pembelian mana-mana kopi (kecuali espresso dan americano)
  • Morganfield's ~ complimentary Chocolate Flawless Cake dengan setiap pembelian Coffee on the Rock
  • San Francisco Coffee ~ beli 1 percuma 1 Ultimate Frappes (Mocha, Latte, Chocolate atau Vanilla)
  • Starbucks ~ complimentary fresh brewed coffe dengan pembeliam minima RM50 dalam 1 resit
Wah..menarikkan semua tu? Untuk keterangan lanjut korang boleh layari www.rwgenting.com atau pun hubungi mereka di talian +603 61011118

Pengalaman Aku di Genting Coffee Festival

Sabtu lepas, macam yang aku dah ceritakan di atas..aku berkesempatan untuk menghadiri Genting Coffee Festival ni bersama rakan-rakan blogger lain.

Tempat pertama yang kami tuju hari tu ialah Cafes Richard untuk melihat demonstrasi dan penerangan mengenai kopi oleh Mr. Luc JIGUET iaitu Brand Ambassador. Memang satu pengalamn yang menarik bagi aku la untuk memahami serba sedikit tentang kopi dan merasai sendiri kopi yang disediakan oleh beliau.





Selesai je demontrasi terus kami dibawa makan tengahari..maklum lah masa tu pun dah hampir pukul 12 lebih..memang time makan pun.

Alhamdulillah di sini kami dijamu dengan pelbagai hidangan menarik. Terima kasih Resort World Genting kerana menaja makanan kami.
Selesai makan tengahari barulah kami dibawa ke SkyAvenue mall di mana tempat berlangsungnya Genting Coffee Festival. Kat sini pelbagai lagi ilmu tentang kopi yang kami pelajari. Terima kasih pada Mr. Daniel Liew selaku Academic Director di Barista Guild Asia yang telah banyak memberi penerangan tentang kopi from bean to cup!



Dari Mr.Daniel la baru aku tahu tentang latte art yang sebenar dan betul-betul berkualiti ialah yang cuma menggunakan tangan bukan sebarang alat macam lidi dan sebagainya. Menurut Mr. Daniel lagi..kalau boleh elakkan minum latte art yang dilukis menggunakan lidi bagai tu..hehehe..hygiene purpose katanya.

1st time aku tau pasal mesin kopi ni




Apa pun terima kasih sangat pada pihak Resrt World Genting yang sudi menjemput kami untuk turut sama memeriahkan festival ni. banyak yang aku pelajari..maklumlah aku memang peminat kopi..heheh..tak lupa juga jutaan terima kasih juga pada pihak NESTLE..

Lagi sekali aku nak ingat kan korang...Untuk keterangan lanjut korang boleh layari www.rwgenting.com atau pun hubungi mereka di talian +603 61011118

Share
Tweet
Pin
19 comments
Ahad lepas sekali lagi aku berkesempatan untuk turut hadir memeriahkan majlis 'CANNIS ~ THE FUTURE STAR OF NASDAQ' yang diadakan di KLCC Convention Centre yang turut dihadiri oleh lebih 3 ribu hadirin.


Pada yang memang follow aku mesti dah pernah baca artikel aku mengenai CANNIS. Bagi yang belum pernah baca boleh la klik link ni ..hehehe..http://www.bebelancikmin.com/2018/08/aplikasi-cannis-gabungan-7-dalam-1.html

NASDAQ

Sebelum aku pergi lebih lanjut, aku nak terangkan sedikit pada korang apa itu NASDAQ? NASDAQ adalah singkatan kepada National Association of Security Dealers Automated Quotation iaitu pasaran perdagangan sekuriti ekuiti berskrin elektronik terbesar di Amerika Syarikat. 

Dengan kira-kira 3,700 syarikat dan perbadanan, bursa ini menikmati jumlah dagangan sejam yang terbanyak di kalangan semua bursa saham di dunia.

Sedikit Tentang CANNIS

Ha..bila korang dah faham apa itu NASDAQ barulah senang aku nak ceritakan lebih lanjut tentng CANNIS pulak. Dan untuk tak memeningkan kepala korang, aku ceritakan serba sedikit tentang CANNIS sebelum aku ceritakan tentang aplikasi CANNIS dan sebagainya..hehe..

CANNIS adalah sebuah syarikat yang mempunyai hampir 100 orang pakar engineer daripada syarikat software di Hong Kong dan Amerika Syarikat.

CANNIS ni bukan calang-calang syarikat tau sebab CANNIS ini diketuai oleh insan-insan hebat di Malaysia seperti Y.A.M Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai Pengerusi CANNIS, Y.Bhg. Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat sebagai Naib Pengerusi, Miss Angle Huang sebagai CFO dan Dato' Dr Azman Ching sebagai Group CEO.

Dato' Dr Azman Ching sebagai Group CEO.

Y.A.M Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai Pengerusi CANNIS telah diiringi oleh Dato' Dr Azman Ching untuk masuk ke dewan.


Tan Sri Dato' Sri Ong Tee Keat sebagai Naib Pengerusi

Aplikasi CANNIS

CANNIS telah mencipta sebuah aplikasi gabungan 7 dalam 1 iaitu :
  • Live Broadcast
  • Creative Video
  • E-Dagang
  • Social Media
  • Diskaun untuk membeli-belah
  • Online game
  • Pembayaran online

Bayangkan, dalam masa kurang 2 bulan, aplikasi mudah alih CANNIS ini telah berjaya mengumpul 100 ribu pengguna! Hebat kan? Mana tak nya..korang boleh lakukan banyak perkara cuma menerusi 1 aplikasi sahaja. Senang dan sangat menjimatkan masa.

Sejak awal tahun 2018 lagi sebenarnya CANNIS telah melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama rakan strategik mereka, CANNIS telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di NASDAQ tidak lama lagi. 

Dengarnya Suku Ketiga tahun 2018 telah menjadi musim yang paling menguntungkan untuk App Store  sebab dikhabarkan jumlah muat turun aplikasi komprehensif pada musim tersebut di App Store dan Google Play telah melebiji 29 bilion, kenaikan 10%. Ha..jadi bagi korang yang berminat untuk mencuba aplikasi CANNIS ni jangan lupa untuk download di Google Play dan App Store..

Menurut Dato' Dr Azman Ching ketika sidang akhbar baru-baru ni, CANNIS juga bakal melancarkan Long TV iaitu sebuah siaran tv yang menyediakan pelbagai channel dan juga 'powerbank station' yang memudahkan pengguna untuk menggunakan powerbank secara sewaan. Ha? Camne tu? Ekekeke..tak sabar aku nak tunggu diaorang melancarkan ini semua.



Bagi korang yang masih mahukan keterangan lanjut dan lebih pemahaman korang boleh lah dapatkan keterangan lanjut mengenai CANNIS ni di :

Website : www.cannis.app
Instagram : www.instagram.com/cannisapp
Facebook : www.facebook.com/cannisapp

Share
Tweet
Pin
20 comments
Siapa peminat pizza? Lebih spesifik lagi siapa peminat Domino's Pizza? Haaaa..ni ada berita baik untuk korang..hehehe..


Sekarang ni Domino's Pizza tengah ada peraduan terbaru dan korang yang peminat tegar Domino's pizza ni berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih RM130,000 termasuk sebuah kereta Honda City tau!! Perghhh memang berbaloi-baloi oiii..

Syaratnya pun mudah je korang..korang cuma perlu beli pizza kegemaran korang dan padankan dengan zero-calorie Pepsi Black! zero-calories Pepsi Black ni tanpa gula tau..so kalo korang yang sejenis macam aku tak suka minum minuman bergas sebab kandungan gula yang banyak..sero-calories Pepsi Black ni adalah penyelesaian untuk masalah korang hahaha..sebab memang Pepsi Black ni tak ada kandungan gula.


Baru-baru ni aku berkesempatan lah untuk menghadiri majlis pelancaran peraduan "Everyone's A Winner"ni. Dan aku difahamkan untuk pemenang utama akan mendapat sebuah kereta Honda City yang bernilai RM80,000..wahhh masyukkkkkk..dan hadiah-hadiah lain yang turut disediakan bagi pemenang ialah 3 buah Samsung Galaxy S9, 10 Logitech G560 Gaming Speaker, 20 Samsung Gear VR with Controller, 50 vouchers untuk 1 tahun..



Peraduan ini bermula dari 8 Oktober sehingga 4 November 2018! Jadi tunggu apa lagi korang! Cepat dapatkan pizza kegemaran korang sekarang di mana-mana cawangan Domino's Pizza yang berhampiran korang.

Untuk keterangan lebih lanjut untuk setiap penyertaan korang, boleh lah layari laman web mereka www.dominos.com.my/EveryoneIsAWinner
Share
Tweet
Pin
22 comments
Sebut je OSIM semua orang dah terbayangkan kerusi urut..perghh..bayangkan diri dimanja di atas kerusi urut sambil melonggarkan ketegangan berdepan dengan kesibukan kerja seharian! HEAVEN..

Tu baru aku sebut perkataan OSIM je..belum cerita lagi tentang produk terbarunya..ekeke..Ha?? produk baru?? Ye! OSIM baru-baru ni telah melancarkan produk terbarunya di One Utama Shopping Centre..


Alhamdulillah sebab aku telah diundang untuk menghadiri majlis pelancarannya. Nak tau apa produk terbaru OSIM tu? Jom aku share kan dengan korang..

uLove 2 Bagai Di Urut 4 Tangan

uLove 2 adalah produk terbaru keluaran OSIM. Dengan teknologi urutan 4 tangan, OSIM mengungguli carta yang pertama di dunia memperkenalkan teknologi yang hampir sama dengan urutan tangan manusia dan tukang urut profesional.


Perghh..menarik tu...mana tak nya..OSIM telah mengkonfigurasikan reka bentuk dan ciri-ciri teknikal kerusi urut uLove 2 untuk memberi pengalaman yang memberi kelegaan dan memanjakan badan seperti yang lain. Ia membantu melegakan kesakitan dan ketegangan otot daripada kepala hingga ke hujung kaki.

Program urutan uLove 2 memaksimumkan penggunaan teknologi terkini dan canggih bagi V-Hand dan 4 tangan yang membantu memberi kelegaan kepada 4 titik utama badan iaitu :
  • Kepala dan leher
  • Leher dan bahu
  • Bahagian tulang belakang dan punggung
  • Punggung dan peha


Yang lebih menarik lagi ialah korang boleh memuat turun program urutan ini menerusi aplikasi uLove 2 secara percuma di telefon korang jadi senang la korang nak kontrol segala fungsi-fungsi yang ada dalam tu.

Antara ciri-ciri menarik uLove 2adalah sistem audio surround 3D yang canggih, fungsi audio visual bluetooth tanpa wayar ini memberi pengalaman yang tenang dan santai.

Cepat korang..dapatkan kerusi urut uLove 2 edisi terhad berwarna biru yang dihiasi dengan lukisan tangan bunga peony iaitu bunga yang menjadi simbol keberuntungan dan keindahan dari zaman purba.



Pengalaman Merasai Sendiri Urutan 4 Tangan

Masa majlis pelancarannya baru-baru ni, aku berkesempatan untuk merasai sendiri bagaimana hebatnya urutan 4 tangan dengan uLove 2 ni! Perghhh..memang betul-betul best la korang! Memang rasa macam ada 4 tangan yang mengurut badan kita.

Punyalah selesa sampai aku hampir-hampir nak terlena. Lepas dah urut dihidangkan pula dengan teh yang menyegarkan..heheh..memang terasa segar betul badan selepas habis sesi urut ni.


Yeayy dapat passport holder dengan nama sendiri dari osim! Tq Osim!

Berminat? Jangan lupa pergi ke OSIM berdekatan korang ye..

Specification
Model : OSIM uLove 2
Model Number  : OS-888
Power consumption : 260W
Auto timer : 15 minutes
Reclining angle : 120 - 152 degrees
Dimensions
Upright : 125(L) x 72(W) x 116(H)cm
Reclined : 180(L) x 72(W) x 90(H) cm
Net Weight : Approx. 96 Kg
Program urutan uLove 2 memaksimumkan penggunaan teknolog
i terkini dan canggih,
bagi V-Hand dan empat tangan yang membantu memberi kelegaa
n kepada empat titik
utama badan: k
epa
la & leher, leher & bahu, bahagian tulang belakang & punggung, d
an
punggung & peha.
Program urutan uLove 2 memaksimumkan penggunaan teknolog
i terkini dan canggih,
bagi V-Hand dan empat tangan yang membantu memberi kelegaa
n kepada empat titik
utama badan: k
epa
la & leher, leher & bahu, bahagian tulang belakang & punggung, d
an
punggung & peha.
Share
Tweet
Pin
18 comments
Tahu tak korang yang pengambilan susu seharian adalah sangat penting untuk kesihatan kita? Alhamdulillah..aku bersyukur sangat sebab aku adalah antara yang tergolong dalam kategori penggemar susu. Sejak kecil memang aku gemar minum susu. Jadi memang tak ada masalah la untuk aku minum segala jenis susu.

Jom aku sharekan dengan korang tentang beberapa fakta dan kebaikan susu untuk kesihatan.

Fakta Penting Mengenai Susu

  • Lemak susu TIDAK menyebabkan kegemukan. Namun begitu kadar pengambilan susu mestilah terkawal dan tidak diambil secara berlebihan.
  • Pengambilan susu secara konsisten dapat mengelakkan beberapa penyakit seperti:  
1. Osteoporis iaitu sejenis penyakit tulang yang dicirikan oleh pengurangan ketumpatan mineral tulang, gangguan mikroarkitektur tulang, dan perubahan jumlah serta protein bukan kolagen di dalam tulang. Tulang osteoporosis lebih mudah patah dan penyebab utama osteoporosis ialah kerana kekurangan kalsium.


2. Hipertensi 


3. Kanser Kolon

  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Meminum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Meminum susu secara tetap dan konsisten dapat mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf setelah penat bekerja seharian.
  • Pengambilan susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat.
  • Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan kita.
  • Pengambilan segelas susu ditambah 1 sudu badam dikisar dan 1 sudu madu setiap pagi dapat menajamkan minda dan menguatkan daya ingatan.
  • Susu mampu menjadikan kulit cerah dan berseri.

Susu Pilihan Aku? Mestilah Fernleaf!

Nah..sekarang korang dah tau kan banyaknya kebaikan susu untuk kesihatan kita. Selain untuk kesihatan, susu juga penting untuk kecantikan tau! Sebab tu Cleopatra dikhabarkan mandi susu setiap hari.



Tapi dalam banyak-banyak jenama susu..aku pilih Fernleaf. Kenapa? Sebab susu yang dihasilkan oleh Fernleaf ini datang dari lembu tenusu yang menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Hurmmm..macam mana tu ek? Jom aku cerita kan..

Lembu Tenusu & Rumput

Untuk pengetahuan korang, bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput. Tetapi Fernleaf yang diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand ini sangat berlainan dari susu yang lain kerana di New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

Di New Zealand, lembu tenusunya dapat meragut rumput secara bebas, TANPA TERKURUNG DALAM KANDANG yang mana rumput di sana adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu-lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.


Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu-lembu tenusu secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Sebab itulah susu Fernleaf mengandungi vitamin D yang lebih tinggi!


Jadi..korang dah faham kan kenapa susu Fernleaf lebih berkhasiat dan lebih baik? Sebab dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu mereka menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak!


Susu Keluaran Fernleaf 100%Mmmmm

Sekarang korang dah faham la kan kenapa aku memilih susu Fernleaf yang diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand ni? Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman, terbukti Fernleaf menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. 



Mana tak nya...peladang mereka sangat berdedikasi tinggi dan bangga dalam kerja mereka tau bagi memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

Aku memang setiap hari akan minum susu Fernleaf ni. Terdapat 3 jenis susu keluaran Fernleaf iaitu Low Fat, Full Cream dan Coklat


Hehe..paling aku suka mestilah coklat. Untuk full cream dan low fat walaupun aku selalu jugak minum bergelas-gelas kekadang aku kreatifkan sedikit pengambilan susu tu macam aku rendamkan beberapa biji kismis dalam susu dan minum setiap pagi.


Kadang-kadang aku blendkan 3 biji kurma dengan segelas susu full cream. Tak pun kadang-kadang aku buat french toast je..pecahkan sebiji telur dan campurkan sedikit susu dan kemudian aku salutkan dengan roti dan goreng..perghhh..memang sedap.

Apa pun..aku sarankan korang juga untuk ambil susu Fernleaf macam aku..memang 100% Mmmmm


[Trailer Filem Min, Moo & Fernleaf]

Mengisahkan tentang Moo yang berasal dari New Zealand merentasi dunia untuk bertemu Min semata-mata untuk memperkenalkan Min kepada susu Fernleaf yang dihasilkan oleh Moo.. 

Moo menghasilkan susu Fernleaf dengan penuh kesegaran dan tanpa sebarang penggalak susu kerana di New Zealand rumputnya berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang segar. Tambahan pula Moo meragut rumput secara bebas

Bagaimanakah kesudahan kisah Min, Moo & Fernleaf ini? Mampukah Moo membuatkan Min jatuh hati dengan Fernleaf? 

Jangan lupa saksikan kesudahannya sekarang.. 

Nota kaki :  tak tau berapa kali aku gelak guling2 nak tulis ni. Ada gaya tak nak jadi penerbit filem?haha.. 



Share
Tweet
Pin
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates