Dapat kulit sihat berseri tu memang impian setiap perempuan. Pulak-pulak dapat kulit yang glowing macam artis-artis Korea tu kan..pergh..alangkah bahagia kalau dapat kulit sehalus mulus gitu.


Tapi tahu tak korang..untuk mendapatkan kulit cantik berseri tu memerlukan usaha yang gigih juga? Bukan setakat cuci muka dengan pencuci muka je sebab mencuci muka hanya akan menghilangkan kotoran di permukaan kulit muka tetapi tidak di bawah lapisan kulit.



Sebab itu kita perlu untuk memakai mask antara 2-3 kali seminggu. Kenapa? Sebab masking ini membantu untuk exfoliates sel-sel kulit yag dah mati dan memastikan pori kita sentiasa bersih.


Kepentingan Mask Dalam Penjagaan Kulit Wajah

Ramai yang ambil mudah tentang penggunaan mask pada wajah. Sebenarnya mask ni sangat penting diamalkan penggunaannya. seeloknya amalkan memakai mask antara 2-3 kali seminggu.
Mask sebenarnya berfungsi membuang sel kulit mati dibahagian atas lapisan kulit disamping melembapkan kulit.

Mengamalkan pemakaian mask secara konsisten akan menjadikan kulit wajah lembut, licin dan gebu, menegangkan kulit muka, menghindarkan dari kedutan dan menganjalkan kulit.

Sebab itu aku sekarang mengamalkan penggunaan mask secara konsisten. Maklumlah..umur tak lama lagi dah nak menginjak ke angka 4 di depan..hehehe..jom aku share kan dengan korang mask yang aku guna sekarang..keluaran My Beauty iaitu produk dari Korea. Memang best sangat. Ada 3 jenis mask yang diaorang keluarkan :


1. Ginger Gold Hydrogel Mask

Halia terbukti banyak khasiat untuk kesihatan. Antara kebaikan halia adalah melambatkan proses penuaan.

Ginger Gold Hydrogel Mask ni 'Dermatology Tested' yang mempunyai 12.5ppm pure gold, 1g madu dan minyak halia asli.


Yang bagusnya.. kesemua mask My Beauty ni bebas :

  • Formaldehyde
  • Benzyl Alcohol
  • Paraben
  • Silicone
  • Sulfate Amine
  • Coal Tar Dyes
  • Mineral Oil
  • Animal-Derived Ingredient
Jadi tak perlu ragu-ragu nak menggunakan kesemua mask keluaran My Beauty ni.

Cara Penggunaan
Cara nak gunakan mask ni senang je. Cuma perlu buka bungkusan dan keluarkan mask, Apply kan pada muka dan biarkan selama 20 minit. Jangan lupa tepuk-tepuk sikit muka ketika rawatan hehe..

2. Red Ginseng Gold Hydrogel Mask

Red Ginseng atau pun ginseng merah memang sangat terkenal di Korea. Ginseng terbukti mempunyai banyak khasiat. Seperti juga halia, ginseng juga terbukti sangat berkesan untuk melambatkan prose penuaan.

Aku suka sangat pakai Red Ginseng Gold Hydrogel Mask ni sebab mask nya terasa sejuk di muka..maklumlah dia kan macam gel tu jadi bila pakai rasa rileks dan sejuk je.


Red Ginseng Gold Hydrogel Mask sangat bagus diamalkan penggunaannya kerana:
  • Dermatology tested
  • Terdapat 99.9% pure gold 12.5ppm
  • Terkandung madu asli yang bertindak mencerahkan kulit wajah
  • Terkandung ginseng merah yang berusia 6 tahun

3. Rice Sheet Mask

Siapa tak tahu tentang kebaikan beras kan? Masa aku remaja dulu memang amalkan mask beras. Tapi dulu aku blend beras yang digoreng tanpa minyak bersama susu tepung. Kemudian pupur pada muka. Memang best sangat sebab lepas pakai memang kulit akan jadi lembut sangat.

Sekarang dah senang. Aku cuma amalkan pakai Rice Sheet Mask keluaran My Beauty ni je. Cuma perlu buka dan applykan pada wajah.


Baik korang amalkan penggunaan Rice Sheet Mask ni sebab setiap helaian mask sheet ni:
  • Dermatology tested
  • Whitening & wrinkles improvement certified
  • 1% ekstrak beras
  • 1g madu

Terus terang selepas aku mengamalkan penggunaan mask secara konsisten ni, kulit memang terasa lebih lembut, lembap dan anjal. Rasa bersih sangat kulit muka ni tau! Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang mask keluaran My Beauty ni korang boleh layari laman web mereka di http://www.myproductco.com/