Siapa yang tak suka persembahan silap mata kan? Sejak kecil memang kita dihidangkan dengan persembahan-persembahan silap mata di kaca-kaca tv. Masa kecil dulu, selalu juga di bawa ke fun fair untuk melihat persembahan silap mata..hehehe..masa kecil-kecil memang suka la tengok.
Jadi, bila mendapat jemputan ke majlis pelancaran Siri Jelajah Ilusi Silap Mata ke Seluruh Negara yang Pertama The Magic Library : New Chapter, rasa macam dapat durian runtuh. Ye la..nanti boleh tengok persembahan silap mata di depan mata sendiri..bukan di kaca tv lagi.
The Magic Library : New Chapter
The Magic Library : New Chapter adalah persembahan silap mata dan ilusi bertaraf dunia oleh sekumpulan ahli silap mata muda serta kontemporari di bawah bimbingan Master Leow Fee Loong yang merupakan orang penting di sebalik Perfect Illusions dan lagenda dalam dunia silap mata di Malaysia. Bagi yang tak tahu, Master Leow Fee Loong ini adalah pemenang anugerah ahli silap mata professional bertaraf dunia yang mempunyai pengalaman selama lebih 50 tahun dalam persembahan ilusi dan silap mata.
The Magic Library : New Chapter adalah hasil kerjasama antara CRID STUDIO dan Perfect Illusion dengan World Crypto Asset Blockchain Alliance (WCBA) sebagai penaja rasmi pelancongan seluruh negara untuk menyebarkan live magic show ini. Persembahan ini akan diadakan di Town Park, MyTOWN Shopping Centre bermula 19 Julai ini sehingga 26 Ogos 2018.
Menariknya tentang The Magic Library : New Chapter ini juga telah memberi inspirasi kepada generasi muda untuk perkara yang lebih besar dan memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang kreatif dan berpandangan jauh kerana magician yang terlibat semuanya muda-muda belaka. Aku yang melihat persembahan dari mereka memang sangat kagum dengan kebolehan dan persembahan yang ditunjukkan.
Menariknya tentang The Magic Library : New Chapter ini juga telah memberi inspirasi kepada generasi muda untuk perkara yang lebih besar dan memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang kreatif dan berpandangan jauh kerana magician yang terlibat semuanya muda-muda belaka. Aku yang melihat persembahan dari mereka memang sangat kagum dengan kebolehan dan persembahan yang ditunjukkan.
Sekitar Majlis Pelancaran
Majlis Pelancaran The Magic Library : New Chapter telah berlangsung di level 3 MyTOWN Shopping Centre. Memorandum Of Understanding turut dimeterai antara pihak The Magic Library, Master Leow Fee Loong dan pihak penaja.
Beberapa persembahan silap mata turut dipersembahkan kepada hadirin. Persembahan penuh akan berlangsung pada 19 Julai ini sehingga 26 Ogos 2018. Ketika persembahan penuh nanti, The Magic Library : New Chapter akan melakukan persembahan selama 1 jam tanpa henti! Jadi jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke MyTOWN Shopping Centre pada 19 Julai - 26 Ogos 2018 nanti bagi menyaksikan persembahan yang sungguh mengagumkan ini.
Waktu Persembahan & Tiket
Waktu persembahan The Magic Lirary : New Chapter adalah :
- 8.30 malam (Isnin - Rabu)
- 8.30 malam & 10.30 malam (Khamis, Jumaat & Cuti Umum)
- 4.00 petang, 8.30 malam & 10.30 malam (Sabtu & Ahad)
Perincian Tiket :
Kategori | Dewasa | Kanak-kanak | Penerangan |
VIP | RM84.00 | RM49.00 | Tempat duduk bernombor |
HOT Seats | RM69.00 | RM39.00 | Tempat duduk bebas |
Umum | RM54.00 | RM34.00 | Tempat duduk bebas |
Keterangan Lanjut & Pembelian Tiket
Pembelian tiket boleh didapati daripada Box Office Booth, Level 1, MyTOWN Shopping Centre atau dapatkan secara online menerusi www.ticketpro.com.my
Untuk maklumat lanjut atau tempahan sila e.mail ke info@themagiclibrarymsia.com
FB : http://www.facebook.com/themagiclibrarymsia
IG : http://www.instagram.com/themagiclibrarymsia
Website : http://www.themagiclibrarymsia.com
Tak percaya? Nah aku belanja sedikit sedutan dari persembahan yang aku tengok. Nak tengok penuh kena la pergi tengok sendiri di MyTOWN Shopping Centre hehehe..
Pengalaman Aku Menyaksikan Persembahan Sebenar Pada 19hb Julai 2018
Terus terang, ini kali pertama aku menyaksikan sendiri persembahan silap mata secara langsung dannnnnn..persembahan yang dipersembahkan oleh The Magic Library ini sikit pun tak mengecewakan. 1 jam berlalu terasa seakan 10 minit sahaja sebab persembahan terlalu mengujakan.Tak percaya? Nah aku belanja sedikit sedutan dari persembahan yang aku tengok. Nak tengok penuh kena la pergi tengok sendiri di MyTOWN Shopping Centre hehehe..
0 Comments