Wilqadry Realisasikan Perkahwinan Meriah Dynas Mokhtar & Shazrik

Wahhhh Dynas Mokhtar dah kawen la..actually aku pun baru je tau, maklum la lately ni sibuk sikit dengan kerja jadi agak kurang ambil tahu tentang hal-hal dunia hiburan ni.



Dynas Mokhtar dan pasangan telah menganjurkan perkahwinan mereka di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur pada Sabtu 5 Mei 2018. Majlis gilang gemilang Dynas Mohktar dan Shazrik ini  dianjurkan oleh Wilqadry iaitu syarikat pengaturcara inovatif yang pakar dalam bidang dekorasi dan teknologi.

Yang menariknya tentang majlis perkahwinan Dynas Mokhtar dan Shazrik ni ialah untuk pertama kalinya di Malaysia, majlis perkahwinan ini akan mempamerkan unsur Maghribi diwarnai air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin dan juga visual pergerakan tandatangan di atas kek yang menggunakan teknologi 'projecting mapping'.

Menariknya juga, 'projecting mapping' yang digunakan telah menggabungkan konsep perkahwinan tradisional dengan teknologi audiovisual terkini.

Terus terang, aku adalah antara yang beruntung sebab yang pertama mengetahui konsep majlis perkahwinan Dynas Mokhtar & pasangannya sebelum majlis bermula.

Mengenai Wilqadry

Telah diasaskan oleh Sharifah Rohaida Al Qadry iaitu seorang ahli perniagaan yang berumur 32 tahun dan berasal dari Shah Alam. Beliau mempunyai latar belakang dalam industri tekstil, reka bentuk dan kejututeraan.



Wilqadry adalah sebuah syarikat kreatif dan pengurusan acara yang berkepakaran dalam bidang teknologi dan mempunyai pelbagai fungsi dalam pelbagai konsep acara seperti perkahwinan, gaya hidup, hiburan dan korporat. Mempunyai 30 orang kru dan kakitangan dari pelbagai bidang.

Nama Wilqadry adalah gabungan perkataan 'will' yang bermaksud pertimbangan untuk mencapai matlamat tertentu dan nama pengasas syarikat Sharifah Rohaidah Al Qadry dimana nama 'Qadry' membawa maksud 'ketepatan', mengupas idea Wilqadry yang meletakkan kepentingan dalam memasang niat yang pasti untuk melakukan sesuatu dengan tepat.

Sekitar Majlis Sidang Akhbar Majlis Perkahwinan Dynas-Shazrik

Actually sidang akhbar majlis perkahwinan Dynas-Shazrik ni diadakan sekali dengan majlis menandatangani kontrak antara Dynas dan Wilqadry. Dynas secara rasminya menjadi duta untuk Wilqadry selama 2 tahun.





Sidang akhbar tersebut juga memberi gambaran tentang majlis Dynas-Shazrik yang berlangsung pada 5 Mei lepas. Secara jujur aku agak teruja bila Wilqadry menunjukkan demo kek perkahwinan Dynas-Shazrik dimana terdapat visual pergerakan tandatangan di atas kek! Menarik kan? ni yang pertama tau di Malaysia.

Shazrik Din, Dynas & Sharifah Rohaida Al Qadry

Hehe..sempat bergambar dengan pengantin baru


Hubungi Wilqadry

Oh ye, pada bulan Julai nanti Wilqadry bakal mengendalikan dewan aturcara sendiri iaitu 'Grandeur Hall' yang berlokasi di Putrajaya. Dewan ni boleh menampung seramai 500 hadirin. 

Jadi, kalau korang berminat untuk mengadakan sebarang acara termasuk konsert, pertunjukan fesyen, pameran seni, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis..korang boleh lah hubungi Wilqadry di :

Whatsapp : +60197571786
Hotline : +60126348985

Alamat : Wilqadry Grandeur Enterprise
Suite 5A, Level 5, Menara Dato Onn, 
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Hall : Wilqadry Grandeur Hall Unit
No.C-1-01 & 02 & 03, Conezion-IOI Resort City,
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya



Post a Comment

3 Comments

  1. Handsome la suami dia..ehhh...hehehehe...bestnya la kan majlis kahwin yang grand2 macam ni...ada sesapa nak taja akak kahwin tak..hehehe...

    ReplyDelete
  2. encem suami dynas..hehe. Tahniah & selamat pengantin baru dynas & pasangan..:)

    ReplyDelete
  3. Teruka kita tgk demo kt kek tu..semoga perkahwinan ni kekal hingga ke Jannah kan

    ReplyDelete