Pernah dengar tak nama My Delicacies? Aku secara jujurnya memang dah lama tahu tentang kewujudan My Delicacies yang cawangan pertamanya terletak di Jakel Mall Kuala Lumpur.
Bagi yang belum pernah dengar dan tak tahu apa itu My Delicacies..My Delicacies ni ialah sebuah kedai yang menjual semua jenis makanan kering daripada kerepek, biskut raya, serunding hinggalah kepada pelbagai pilihan sambal.
Pada 12hb May 2018 yang lepas, My Delicacies telah pun membuat majlis perasmian dan pelancaran cawangan baru mereka yang terletak di Busana @ Menara MARA. Terletak di aras 1 bangunan MARA, My Delicacies ibarat syurga membeli belah bagi biskut raya.
Yang menariknya, semua makanan dan biskut-biskut yang ada di sini bukanlah bermusim! Sepanjang tahun pun ada bertepatan dengan tagline mereka iaitu 'Hari Hari Rasa Raya'.
Bagi yang tak tahu, My Delicacies juga adalah pakar pembuat serunding tempatan tau! Serunding mereka adalah serunding asli Kampung Laut yang terkenal tu dan hasil air tangan kepada ibu mertua Pengarah Urusan My Delicacies Puan Suhaily Hamzah.
Menurut Puan Suhaily Hamzah, My Delicacies membantu usahawan-usahawan IKS yang masih belum mendapat sijil Halal untuk memasarkan produk mereka. Maklumlah, untuk mendapatkan sijil Halal bukan sesuatu yang mudah ye korang, terutama bagi mereka yang berniaga kecil-kecilan dan proses pembuatan dilakukan di rumah.
Bergambar kenangan bersama Pengarah Urusan My Delicacies Puan Suhaily Hamzah |
Sesi interview bersama Pengarah Urusan My Delicacies |
Antara yang menarik minat aku ialah Maruku Gantung yang dijual di sini. Menurut Puan Suhaily Hamzah lagi, Maruku Gantung ini adalah hasil tangan usahawan seorang makcik yang berniaga kecil-kecilan namun atas bantuan My Delicacies memasarkan Maruku Gantung ni, Alhamdulillah jualan mencapai 1000 paket sebulan! Tahniah My Delicacies atas usaha membantu usahawan-usahawan IKS di samping membantu pengguna juga untuk memudahkan mereka membeli di satu tempat.
Aku sebagai pengguna memang sangat berpuashati sebab semua makanan yang aku nak ada dalam 1 bumbung, tak payah aku penat-penat berjalan dari satu tempat ke satu tempat.
Bagi mereka yang nak cari kuih raya yang semakin hampir ni boleh la kunjungi My Delicacies di
Lot No.01-03, Aras 1,
Busana @ Menara MARA
232 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
PC 102, Busana @ Menara MARA
232 Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur
Lot G.04 (Ground Floor)
Signature A&B Lot 159,
Jakel Square Persiaran Capsquare
Off Jalan Munshi Abdullah
50100 Kuala Lumpur
1 Comments
Wowwww banyaknyaaa kudapan..
ReplyDeleteLebih-lebih lagi muruku gantung tuuu..
Aishh kalau dekat Sis dh gi serbu dah..
Kita td nak sebut nama tu, tergeliat lidah hehehe