Tahun ni apa yang aku perasan ialah kebanyakan hotel dan
restoran memilih konsep pasar malam.
PWTC tak terkecuali..tahun ni, Riverside Restoran PWTC
menawarkan konsep pasar malam khas untuk pengunjung-pengunjung yang bakal berkunjung
ke restoran mereka.
Untuk tahun 2018 ni, PWTC bakal menghidangkan lebih 300
juadah makanan termasuk 24 gerai makanan berkonsepkan pasar malam. Ye la,
kebanyakan daripada kita memang suka juadah yang banyak dijual di pasar malam
atau bazar Ramadan. Aku sendiri pun, tiap tahun memang tak akan ‘missed’ untuk
ke bazar Ramadan..rambang mata bila tengok juadah berbuka yang dijual kat sana
kan..
Mungkin mengambil pendekatan itu, pihak PWTC membawakan
‘pasar malam’ selesa dalam tempat bertutup dan berhawa dingin yang akan turut
dihiburkan dengan persembahan alunan muzik dan nyanyian Kumpulan Picha-Picha
featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadan nanti.
Bab menu pula, antara menu-menu pasar malam yang ditawarkan
di 24 gerai makanan Selera Ramadan di PWTC ni termasuklah benda yang biasanya
memang aku akan cari bila ke pasar malam iaitu apam balik!..wohoooo..sedap
giler apam balik kat PWTC ni.
Selain tu ada char kuey teow, putu piring, nasi kerabu, nasi
dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih Melayu, roti canai dan murtabak,
pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate,
yong taufu, cakoi, tauhu bakar, rojak dan rojak buah serta air tebu dan air
mata kucing.
Pakej Bankuasi / Korporat Berbuka Puasa
Selain daripada buffet Selera Ramadan berkonsepkan pasar
malam di Legar Putra, PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian
dan korporat di Dewan ankuasi dengan harga RM98.00 bersih seorang dengan
tempahan 100 orang ke atas manakala harga bagi tempahan minima 50 orang pula
ialah RM115.00 bersih seorang.
Pakej persendirian dan korporat ini termasuk hidangan
buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, system audio, ruang khas solat serta
kadar bayaran parkir tetap RM5.00 sekali masuk (bermula jam 6.00 petang)
Kemudahan di PWTC
Kalau korang berhajat untuk berbuka puasa di PWTC ni, dan
sekiranya korang berhajat untuk datang menaiki kenderaan sendiri..jangan
bimbang, lot parkir bertingkat disediakan di sini.
Dan kalau korang berhajat
nak datang menggunakan pengangkutan awam sebab tak nak hadap jem..korang boleh
naik lrt. Senang je..memang turun dekat PWTC je Cuma korang kena berjalan kaki
sikit menaiki jejantas.
Bagi kita orang Islam ni, kemudahan surau yang besar dan
selesa juga disediakan. Siapa yang pernah datang atau biasa berkunjung ke PWTC
ni mesti tau yang surau di PWTC ni sangat besar dan selesa.
Harga Buffet ‘Selera Ramadan’
Dewasa :
RM88.00 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM75.00 nett
Kanak-kanak (7-12 tahun) :
RM45.00 nett
Early Bird :
RM75 nett bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018
Untuk membuat tempahan atau pembelian baucer buffet Selera
Ramadan @ PWTC, boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka
dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh menghubungi Restoran
Riverside :
Tel : 03-26146701/6702 atau 03-26146262
Website : www.pwtc.com.my
1 Comments
kalau bulan puasa ternampak balang-balang air tu, mau hilang kontrol ayu makan kat PWTC :p
ReplyDelete