Pilihan 30-40 Lauk Pauk Sehari di Restoran Niarasa, Setia Alam

Korang peminat masakan ala kampung? Kalau ye..jom aku nak ajak korang semua ke Restoran Niarasa yang terletak di Setia Alam.

Restoran Niarasa ni memang sentiasa penuh terutama ketika 'lunch hour'. Biasanya masa tu memang pack giler-giler jadi kalau korang nak datang menjamu selera di Restoran Niarasa ni aku cadangkan supaya korang datang lebih awal atau bukan ketika 'peak hour' la..





Apa Yang Istimewanya di Restoran Niarasa

Yang istimewanya di Restoran Niarasa ni ialah korang akan pening kepala nak pilih antara 30-40 lauk pauk sehari. Apa?? 30-40??? Banyakkknya..

Ye betul! 30-40 lauk sehari which is korang akan rambang mata nak pilih yang mana 1. Kebanyakan menu adalah masakan ala kampung seperti Ayam Masak Lemak Cili Api, Asam Pedas Ikan Pari, Singgang ala Kelantan Ikan Tongkol, Ayam Percik, Ikan Percik, ulam-ulaman dan pelbagai lagi menu yang buat korang rambang mata.

Aku dah cuba menu-menu yang ada di Restoran Niarasa ni..jadinya..aku dah ketagih nak makan kat sini setiap hari hahaha..

Paling aku suka ialah di Restoran Niarasa ni, diaorang tak kedekut! Kebanyakan lauk yang diaorang sediakan adalah bersaiz besar. Kalau tak percaya korang tengok je la Asam Pedas Ikan Pari ni..

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari kat kedai ni serious memang sedap. Agak jarang nak makan asam pedas yang sedap di kedai-kedai tapi asam pedas kat sini memang terangkat! Kalau tak percaya meh la datang cuba.

Selain Asam Pedas Ikan Pari yang mabeles ni aku paling suka Ayam Masak Lemak Cili Api..tapi awas..kalau korang jenis tak makan pedas jangan gatal-gatal nak cuba. Memang sedap dan pedas dan sangat menepati piawaian tahap kepedasan yang aku nak! hahaha..

Ayam MAsak Lemak Cili Api

Gulai Lemak Rebung

Lala Masak Pedas

Kerabu Taugeh & Kacang Botol

Masak Lemak Bayam & Labu

Ikan Kerisi Goreng

Asam Pedas Ikan Kembung

Masak Lemak Telur Itik

Ikan Masak Merah

Encik suami pula, sebab dia orang Kelantan jadi tiap kali ke Niarasa ni..menu pilihan dia ialah singgang kelantan ikan tongkol. memang bertambahlah nasi kalau dia order tu..kena pulak degan budu dan ulam-ulaman.

Singgang Ikan Tongkol

Ulam-ulaman

Pendek kata semua lauk pauk di Restoran Niarasa ni sedap-sedap belaka. Restoran ni beroperasi setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 malam. 

Lokasinya pula terletak di :

No.45 Jalan Setia Gemilang BG U13/BG,
Setia Alam, 40170 Shah Alam
Tel : 03-33585579


Post a Comment

2 Comments

  1. sedapnyerr..banyak giler lauk dia ehh.. lemak rebung tu mcm sedap

    ReplyDelete
  2. menelan air liur tgk menu huhuuuu ikan aye singgang fuhhhhh sedapnyaaa

    ReplyDelete