Kerjasama Inomedik & Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) Melebarkan Informasi Tentang Kanser

Terkini Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) telah bekerjasama sebagai Komuniti Blogger Rasmi INOMEDIK dalam membantu menyebarkan bahan portal INOMEDIK kepada orang ramai di media sosial.

Tentang INOMEDIK

Web INOMEDIK mengabungkan informasi daripada pakar-pakar perubatan di seluruh Malaysia yang bertujuan memberi pendedahan pada rakyat Malaysia. Kalau korang layari web INOMEDIK ni, korang akan didedahkan dengan banyak informasi tentang kesihatan.

INOMEDIK adalah sumber utama info perubatan dan berita kesihatan terkini yang dipercayai. INOMEDIK menyediakan artikel, video dan ulasan pakar. Yang menariknya ialah INOMEDIK adalah kerjasama oleh pihak Hospital, Universiti dan NGO.

Tapi harus diingat..INOMEDIK tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. INOMEDIK sekadar menyalurkan info yang berkaitan tentang kesihatan sahaja. Pendek kata, INOMEDIK memang cuma menyalurkan semua info-info berkaitan kesihatan sahaja seperti 1001 sakit & rawatan. Informasi ini juga mendedahkan masyarakat tentang kanser.



Kerjasama KBBA9 & INOMEDIK

Dengan hasil kerjasama KBBA9 sebagai Komuniti Blogger Rasmi INOMEDIK, masyarakat akan lebih mudah mendapat info-info terkini berkaitan kesihatan di media sosial. Diharapkan kerjasama ini mampu memberi manfaat sepenuhnya kepada masyarakat.



Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang INOMEDIK, bolehlah layari laman web mereka http://www.inomedik.com/. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua

Post a Comment

6 Comments

  1. info yang ringkas dan padat.terima kasih kak min

    ReplyDelete
  2. terbaik! semoga kbba9 terus menyalurkan maklumat yang bermanfaat buat semua!

    ReplyDelete
  3. Sebar ilmu pun dapat pahala berterusan. Tahniah kbba9

    ReplyDelete
  4. bagus la ada sumber utk rakyat malaysia dptkan informasi berguna

    ReplyDelete
  5. waa.. bagus team KBBA !! semoga terus mara !!

    ReplyDelete