Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Kebelakangan ni mata aku memang rasa penat sangat. Faktor usia mungkin..bila tiap kali aku buat kerja terpaksa minta tolong orang double checkkan untuk aku. 

Memandu malam pun dah tak secerah masa muda-muda penglihatan aku ni. Haa..nampak sangat dah berusia kan? Jadi untuk mengelakkan keadaan lebih teruk aku cuba supplement penjagaan mata dari BerryBright.



Kenapa Aku Pilih BerryBright?

BerryBright ni disyorkan untuk :

  • Pengguna Contact Lens
  • Berhadapan dengan skrin untuk jangka masa panjang (macam aku memang dr pg sampai la petang menghadap PC, balik pulak kalau tak hadap tv mesti menghadap fon je la kan..)
  • Mata yang kering/letih
  • Memandu untuk janga masa panjang
  • Membaca untuk jangka masa panjang
  • Pendedahan yang berpanjangan terhadap cahaya matahari
  • Kemerosotan tahap penglihatan
  • Rabun malam
  • Semua peringkat umur.
Aku pilih BerryBright ni sebab dia menggunakan bahan-bahan utama daripada sumber asli. Antara bahan yang digunakan ialah :-
  • NZ Antosianin Blackcurrant yang mampu melegakan keletihan mata, mengurangkan lingkaran bawah mata juga merangsang regenerasi rodopsin (sel mata) untuk meningkatkan penglihatan
  • Ektrak Eyebright iaitu sejenis herba Eropah yang digunakan sebagai ubat mata secara tradisional dan digunakan untuk merawat penyakit mata serta membantu melegakan mata kering.
  • Ekstrak Marigold iaitu sumber yang kaya dengan beta-karoten, lutein dan zeaxanthin. Ia juga melindungi retina mata dan melindungi mata daripada sinaran biru yang berbahaya.
  • Vitamin C yang sememangnya antioksidan larut air, melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas juga meningkatkan vaskulariti mata serta kerengsaan dan keletihan mata.
Oleh sebab BerryBright ni ada 2 jenis iaitu yang asli dan stevia, maka yang stevia pula tambahan bahan utama ialah :
  • Ektrak Billberi Eropah yang kaya dengan antioksidan seperti antosianin dan flavonoid serta menguatkan kapilari darah mata dan melancarkan peredaran darah.
  • Stevia iaitu pemanis tanpa kalori yang 100% semulajadi yang juga terbukti selamat untuk penghidap kencing manis.

BerryBright Pemenang Anugerah

Lagi satu sebab kenapa aku pilih BerryBright ni ialah sebab aku rasa yakin dengan diaorang..diaorang dah menang banyak anugerah tau selain diaorang mempunyai Sijil Halal JAKIM

Anugerah yang diaorang dapat adalah :
  1. Malaysia Health & Wellness Brand Award 2017, dianjurkan bersama Sinchew Daily and Life Magazines, disokong/disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pemenang bagi kategori "Makanan Kesihatan" (Health Food)
  2. Natural Health Readers' Choice 2017, 2015, 2014 Pemenang "Suplemen Penjagaan Mata Semulajadi Terbaik"
  3. Long Life Health & Beauty Awards 2015 & 2014 Pemenang kategori "Penjagaan Mata"
Ha..memang rasa yakin la kan? Nak minum pun senang je. Cuma sediakan 150mlm air bersuhu bilik atau sejuk (jangan guna air panas pulak), lepas tu masukkan berryberight ni dan kacau. Sedap baqhanggg..rasa blackcurrant.




Berita Baik Bagi Pembaca Blog Aku 

Ha..ni yang aku nak share sebenarnya.. kalau korang nak dapatkan diskaun 15%, masa korang beli tu sila guna code "cikmindc01". Ni betul tau..bukan main-main. Ni khas untuk korang. Tapi valid sampai 15 March 2018 ni je tau. Cepatlah korang..jom jaga mata sama-sama.

Camne nak beli? Korang boleh layari :

Laman Web : https://euryka.my/collections/influencer-campaign
Facebook : https://www.facebook.com/berrybrightmy
Instagram : https://www.instagram.com/berrybrightmy
Share
Tweet
Pin
29 comments
Seumur hidup aku, tak pernah jejakkan kaki ke kilang coklat. Alhamdulillah baru-baru ni mendapat jemputan dari Rachel Loh iaitu founder Foodlifecious & drLife untuk melawat ke Harriston Signature yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.


Menjejakkan kaki ke Harriston Signature ni ibarat macam menonton filem Charlie and the Chocolate Factory. Macam-macam jenis coklat terhidang depan mata. Walaupun aku bukan lah kategori peminat tegar coklat tapi bila tengok pelbagai coklat yang terbentang depan mata terus rasa cam 'hilang akal' sekejap..haha..


  

 Harriston Signature ni diasaskan oleh Mr. S.C Teng pada tahun 2005. Mr.S.C Teng sendiri adalah seorang peminat coklat sejak kecil lagi. 

Apa yang menariknya, di Harriston Signature ni korang boleh rasa sendiri keunikan rasa pelbagai jenis coklat bercitarasa asia. Haa..macam mana tu? Pernah tak korang rasa coklat perisa kari? atau coklat perisa cili? Kalau tak pernah meh la datang ke Harriston Signature ni dan rasai sendiri pengalaman merasa coklat-coklat yang unik selain perisa durian.



Tapi yang lagi best di Harriston Signature ni ialah bila kita diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman untuk buat sendiri coklat mengikut bentuk dan acuan kita. Nampak macam senang je orang lain buat tapi bila kena batang hidung sendiri..perghh bukan senang pulak-pulak tangan tak berseni macam tangan aku ni. Terkial-kial nak membuatnya.

Aku & rakan-rakan blogger dalam DIY Chocolate Workshop


Hehe berjaya buat Orang Utan..Orang Utan ni nama dia Harris tau..


Tada...Ni hasil tangan kayu aku..hahaha..ok laa..ada gak rupe kan?
Memang satu pengalaman yang berharga bagi aku dan rakan-rakan blogger yang lain. Terima kasih diucapkan pada En.Shahrel dari bahagian Sales & Marketing Harriston Signature yang sudi melayan kerenah kami. Tak lupa pada Rachel yang manis yang sentiasa tersenyum..tq Rachel sebab sudi jemput i olss..

Rakan-rakan blogger bersama En.Shahrel


Nampak tak muka berlagak aku dapat coklat banyak? Hahaha..Rachel & Tati rileks je..


Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang Harriston Signature ni, korang boleh la layari lama web mereka di http://harriston.org/ atau boleh melawat facebook mereka di https://www.facebook.com/HarristonMY/

Bagi yang ingin melawat sendiri kilang dan butik mereka:

Harriston Boutique :

20-D, Jalan Bagan Jermal
10250, Penang
Tel : +6042267010

Pusat Pelancongan malaysia (MATIC)
139 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
Tel : +60321622008/ +60321624008

Harriston Signature

10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa.
Jalan Cheras, 56100
Kuala Lumpur
Tel : +60392815122 / +60392825122

68, Jalan Kelawei, 
10250, Georgetown,
Penang
Tel : +6042261626 / +6042262306

Harriston

Gohtong Jaya Genting Highland,
1 & 2, Jalan Jati 1,
Bandar Gohtong Jaya, 
69000 Genting Highland,
Tel : +60361002010

Waktu Operasi : 9 pg - 6 ptg Setiap Hari
9 pg - 8 mlm Setiap Hari (Harriston Boutique Jalan Ampang)


Share
Tweet
Pin
22 comments
Dah namanya rezeki..Semalam, rezeki aku dan rakan-rakan KBBA9 mendapat jemputan dari pihak Hard Rock Cafe Kuala Lumpur untuk mencuba menu baru mereka.

Kebetulan semalam aku berpuasa..jadi rezeki aku jugak untuk berbuka puasa di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. 

Sedikit Tentang Hard Rock International

Umum memang dah tau pasal Hard Rock..bila sebut Hard Rock je semua akan buka mata. Hard Rock International (HRI) ni sebenarnya ada di merata tempat di seluruh dunia. Hingga kini terdapat 73 negara cawangan untuk HRI termasuk mempunyai 178 cafe, 24 buah hotel dan ada 11 casino.

Semua jenama Hard Rock dimiliki oleh HRI. Antara negara yang mempunyai cawangan Hard Rock selain di Kuala Lumpur adalah London, New York, San Francisco, Sydney dan Dubai. Untuk akan datang, Hard Rock Cafe akan dibuka di Phnom Penh, Cairo , Wroclaw dan Chengdu.

Korang boleh klik www.hardrock.com kalau nak tahu lebih lanjut mengenai HRI

Menu Baru Untuk Masa Terhad (Dari 10 Jan 2018 - 13 Mac 2018)



Bemula 10 Januari 2018 sehingga 13 Mac 2018, Hard Rock Cafe Kuala Lumpur telah memperkenalkan 3 menu inovasi yang akan menggegarkan selera makan korang. 3 menu yang dinamakan Rock'n Bowls tersebut adalah :


  • Southwest Meatball Bowl
  • BBQ Shrimp Noodle Bowl
  • Chili Lime Chicken Bowl


Southwest Meatball Bowl
brown rice bowl cooked with a blend of Cajun and Southwest seasonings, topped with hot meatballs, honey sriracha glaze, chili lime crema, grated cotija cheese and crispy, seasoned tortilla straws.

BBQ Shrimp Noodle ABowl
Rice noodle bowl served with grilled shrimp in an Asia BBQ sauce mixed with shredded napa cabbage, sesame soy glaze, sliced green onions, white sesame seeds, freshly squeezed lime juice and fried won tons.

Chili Lime Chicken Bowl
Brown rice bowl topped with grilled chili pepper lime chicken, Cajun seasoning, diced avocado, black beans, rosted corn, grated cotija cheese, chili lime crema, chopped cilantro and nacho seasoned tortilla straws.

Kesemua 3 menu ni memang sedap terutama BBQ Shrimp Noodle Bowl. Dia punya bihun tu memang secukup rasa ditambah dengan udang yang diserasikan dengan BBQ sos. Memang tangkap leleh la..

Alhamdulillah juga semalam kami dihidangkan dengan dessert yang memang tip top. Pendek kata makanan dan layanan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ni memang terbaiklah.

Gambar Kredit to https://ninamirza.com/


Lupa pulak..sebelum menu utama dihidangkan, kami terlebih dahulu dihidangkan dengan menu starter. Ok yang ni memang aku bagi 10/10 bintang..sedap tak henggat dik non oiiii..





Air pilihan aku semalam ialah Strawberry Basil Lemonade. Aduiii..nyaman benor kat tekak bila berbuka puasa dengan rasa segar buah strawberry..kui..kui..kui..


Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut pasal menu dan tentang Hard Rock ni, korang bolehlah layari laman web mereka di http://www.hardrock.com/




Share
Tweet
Pin
20 comments
Ni cerita minggu lepas..masa aku jumpe Ellie Toh kat Danau Kota. Kebetulan hari tu memang lapar giler..so dah plan siap-siap, alang-alang keluar baik makan je kat Danau Kota tu.


Aku memang dah lama aim Restoran Banngkok Street Food. Selalu sangat tengok orang up pasal Banngkok Street Food..memang terliur plak aku tengok semua jenis makanan kat Banngkok Street Food tu. Aku dah la giler dengan makanan Thai. Pada aku asalkan makanan Thai, semuanya sedap kecuali Green Curry hahaha..nape tah aku memang tak suka green curry.

Alkisah malam tu aku order set nasi dan sotong bakar sebab lapar giler..member aku order pad thai dengan Miangkem. Miangkem sampai dulu..so makan miangkem dulu la. Sedap cuma sos agak manis.



Sampai pad Thai member aku, aku try sikit..sedap..tapi manis sikit. Memang sedaplah pada tekak aku ni tapi pedas nak mampus. Tapi still sedap pada tekak aku yg memang suka makan pedas ni.

Bila set makanan aku sampai..perghh punya la terliur..nampak sedap bebenor. Sempat snap gambar sikit je..terus ngap. Suapan pertama..masih nyaman ditekak ni.. masuk suapan kedua, mula rasa cam manis sangat sos dia..(aku lupa dah apa nama menu aku order tu). Tapi aku telan lagi..masuk suapan ketiga..adussss tak leh nak telan oii..manis sangat sos nya.




So aku kuis-kuis sos..amik nasi kosong je telan..hahaha..tapi memang sedap cuma terlalu manis untuk tekak aku. Last..sotong bakar sampai..punya hepi aku..amik sepotong..cicah dalam sos..ok kali ni rasa nak menyumpah..hahahaha..sos pun terlalu manis. Tapi sotong memang sedap giler.



Overall makanan memang sedap..cuma aku tak tahan manis. Maybe next time aku nak suggestkan supaya chef yang sediakan makanan ni kurangkan tahap kemanisan yang memang tahap tertumpah gula. Malam tu aku tak berkesempatan nak komen direct kat chef..ekeke..

Repeat lagi? Insyallah..cuma kali ni kena pesan jangan manis sangat..hahaha..


Share
Tweet
Pin
3 comments

Apa uniknya Min'z Sambal Hitam Pahang⁉️


Uniknya Min's Sambal Hitam Pahang ialah kerana cipta kelainan untuk anda‼️ jika biasanya anda dihidangkan dengan sambal yang dipekkan dalam botol bulat (round jar),  Minionlicious Enterprise ini menyajikan anda sambal enak yang dipekkan dalam botol segi empat (cubic jar)..



.
Jika sebelum ini anda dihidangkan dengan sambal hitam ikan bilis yang basah, Minionlicious Enterprise menyajikan anda sambal hitam ikan bilis versi kering seakan serunding. Ikan bilis terpilih yang ditumis bersama bawang besar segar, cili api & belimbing rebus yang dimasak mesra dengan segala bahan selama 8 jam sehingga betul2 kering seakan serunding menghasilkan rasa sambal yang pedas,masam,masin & manis yang seimbang yang sangat enak.












.
Jika sebelum ini anda cuma dihidangkan dengan sambal hitam ikan bilis, Minionlicious menyajikan anda sesuatu yang baru iaitu SAMBAL HITAM IKAN TALANG. Sambal ini disajikan dalam versi basah. Menggunakan ikan masin jeruk talang yang terpilih yang ditumis bersama bawang besar,cili api, belimbing buluh rebus yang dimasak selama 8 jam menghasilkan rasa sambal yang enak & unik hasil gabungan rasa masam daripada belimbing buluh rebus & masin daripada ikan masin jeruk talang.




Setiap botol mempunyai berat bersih kandungan 120gm. Min'z Sambal Hitam Pahang ni bukan sahaja boleh dijadikan lauk ketika tiada kesempatan untuk memasak, malah boleh dijadikan perencah masakan dan juga dijadikan inti sandwich..Jika anda inginkan kelainan..sila hubungi Minionlicious Enterprise di :


FB : https://www.facebook.com/minionlicious
IG : https://www.instagram.com/minionlicious_enterprise
HP : 014-6667772


Share
Tweet
Pin
2 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates