Ingat lagi tak entri aku sebelum ni? Ok kalau tak ingat boleh klik http://www.bebelancikmin.com/2017/12/herbalife-bukan-ubat-kurus.html. Hehe aku kan dah janji nak share pasal berat badan aku kan..ok sekarang aku nak tunaikan janji.
Herbalife Bukan Ubat Kurus
Lagi sekali aku nak tekan kan kat sini..HERBALIFE BUKAN UBAT KURUS tau. Jadi bagi sesiapa yang nak dapatkan berat badan ideal atau nak kurus..mohon jangan salah anggap. Sebenarnya tak pernah ada jalan singkat untuk berjaya. Nak berjaya kena usaha! Nak kurus kena usaha! Nak cantik kena usaha!
Herbalife ni cuma pengganti makanan. Makan tetap kena makan cuma perlu kurangkan portion dan kawal pemakanan. Selain tu senaman pun kena juga buat.
Bahan-bahan yang terkandung dalam Herbalife Nutritious Mixed Soy Protein Drink yang aku ambil ni pun semuanya dari bahan-bahan yang berkhasiat dan yang paling penting mendapat sijil halal dari Islamic Food and Nutrition Council of America. Jadi jangan bimbang dan khuatir.
Bagi yang baru mengenali Herbalife pula, suka aku nak kongsikan yang Herbalife ni dah wujud sejak tahun 1980 dan terbukti dapat membantu ramai pengguna untuk kurus. Sebab tu diaorang berani bagi jaminan kembalikan wang dalam masa 30 hari.
Aku dah tak nak cerita bagaimana Herbalife membantu untuk kurus sebab aku dah share sebelum ni di http://www.bebelancikmin.com/2017/12/herbalife-bukan-ubat-kurus.html tapi aku nak share jadual pemakanan aku.
Jadual Pemakanan aku
Aku bukan la strict sangat berdiet. Aku kurang sikit disiplin dalam ikut jadual pemakanan sebab biasanya hari minggu aku selalu je cheat hahaha..tapi pada aku asalkan jaga pemakanan dan buat senaman memang boleh turun berat badan. Eh..jangan lupa minum air mineral 6 liter sehari.
Antara jadual pemakanan aku seharian :
Hari | Pagi (8.00 a.m) | 10.00 a.m | Tengahari (12.30 pm - 2.30 pm) | Petang (5.00 pm - 6.00 pm) | Malam (sebelum 9.00 pm) |
Isnin | Herbalife | Apple Hijau | Sup broccoli + Telur | 1 biji pisang + 1 sudu kecil peanut butter | Herbalife |
Selasa | Herbalife | Pear | Nasi perang + Ikan | 2 biji pisang + 1 sudu kecil peanut butter | Herbalife |
Rabu | Herbalife | Apple Hijau | sayur + ikan | sup broccoli / bayam | Herbalife |
Khamis | Herbalife | Jambu batu | Sweet potato + Ikan | Muesli + v soy | Herbalife |
Jumaat | Herbalife | Betik | Ikan Bakar + nasi | Segenggam kacang kuda | Herbalife |
Sabtu | Herbalife | pear | dada ayam + salad | Barli | Herbalife |
Ahad | Herbalife | Apple Hijau | Quinoa + salmon | Muesli + v soy | Herbalife |
Senaman
Untuk senaman pula, aku biasanya paksa diri untuk berjogging atau berjalan sekurang-kurangnya 3km sehari. Kalau tak dapat penuh, dapat atleast 2 kali seminggu pun dah cukup sebenarnya. Tapi kalau boleh paksa la diri untuk bersenam.
Macam aku cakap dari awal, nak cantik kena rajin la sikit sebab 'beauty doesn't come easy' ye kawan-kawan.
Banyak ke aku turun?
Hehe..sebab aku tak strict sangat diet jadi berat badan aku tak ada la turun banyak sangat. Aku cuma setakat ini turun 9kg je. Tapi bagi aku satu kejayaan yang besarlah untuk diri aku. Oh ye..lagi satu, pastikan korang ambil ukuran pinggul dan perut setiap minggu tau. Timbang juga berat korang setiap minggu untuk tengok perkembangan.
Macam mana nak dapatkan produk Herbalife ni?
Cam aku bagi tau sebelum ni..aku bukan penjual untuk produk herbalife ni..aku cuma pengguna yang berpuas hati dengan produk Herbalife ni. Sekurang-kurangnya produk ni membantu aku untuk rasa kenyang. dan sekali gus membantu aku untuk menurunkan berat badan.
Kalau nak order korang boleh wassap Coach Zu di nombor 019-9163961 nanti dia kan ajar sekali korang macam mana cara nak consume dan akan ajar sekali korang cara-cara diet yang sihat.
Lagi satu nak pesan..jangan sekali-kali beli produk Herbalife ni di tempat-tempat yang kononnya murah dari harga pasaran ye..contohnye macam dari Lazada sebab tak pasti ketulenan produk yang dijual. Jadi kena cari sendiri di stokis-stokis Herbalife sendiri atau direct kepada Coach yang terlatih macam Puan Zu tu.
Nah..aku belanja korang 1 video cara nak consume Herbalife Nutritious Mixed Soy Protein Drink
14 Comments
product untuk beratkan badan xde ke..:(
ReplyDeleteTry Weight Gain..ada kat farmasi
Deleteassalamualaikum riss aziela... Herbalife yg cik Min ni ambik.. boleh jugak consume utk yg nak tambah kg... boleh hubungi sy utk info lanjut ye .. 019-9163961
Deletewow kak min..jeles yer dah kurus..
ReplyDeleteAlhamdulillah..haha..tapi nak maintain tu susah..
Deletepatutla kak min kurus je. ha selalu la jgk dengar herbalife ni untuk kurus. hahha. tp pemakanan xjaga pn xjadi jgk
ReplyDeletehaha..kurussss la sangatt..tapi memang..kena jaga pemakanan kan..
Deletepergh..nampak kurusla..bguih..
ReplyDeletehaha..kurus sikit je laa
Deletenampak benar perbezaan tu. Teruskan usaha untuk kekal sihat dan cantik
ReplyDeletehehe..tu la..kena usaha lg utk maintainkan pulak
DeleteKuruihnya kakmin .. bagus produk ni hihih
ReplyDeletehehe..kuruihhh ye..
DeleteOk la tu. Kurang 9kg teruskan!! 💪💪
ReplyDelete