Lenyapnya Orang-Orang Soleh..
Semalam 14/09/2017 semua orang terkesan dengan kejadian yang menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Kebakaran yang berlaku pada 5.30 pagi yang telah meragut nyawa 21 orang pelajar dan 2 orang warden. Insiden menyayat hati yang meragut 23 nyawa ini turut mendapat liputan media antarabangsa termasuk CNN, BBC, Hindustan Times dan The Telegraph.
Aku sendiri buat pertama kalinya dalam hidup menangis sampai bengkak mata ketika menonton berita. Sungguh-sungguh terkesan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..moga keluarga kesemua anak-anak syurga ini tabah.
Kejadian yang berlaku semalam seakan mengamit kenangan silam tentang tragedi sedih yang menimpa Madrasah Taufiqiah Al-Khariah atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya pada 22 September 1989 yang meragut 27 nyawa pelajar perempuan. Kebakaran yang dipercayai bermula dari sebatang lilin yang terjatuh lalu mengakibatkan tragedi yang dahsyat ini.
Ingin aku kongsikan juga beberapa rentetan kejadian yang sama berlaku di Sekolah Tahfiz dan Pondok. Antaranya :
- 15 Jun 2013 - seorang pelajar rentung dalam kebarakan yang berlaku di Maahad Tahfiz Al-Baraqah, Tikam Batu, Sungai Petani Kedah
- 8 Ogos 2015 - Sekolah Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah, Tanjung Karang, Selangor
- 18 Jan 2016 - Sekolah Pondok Madrasah Tahfiz Al-Redzuan, Kampung Dato' Haji Ahmad Rozali, Dengkil, Sepang
- 14 Feb 2016 - 2 Blok bangunan asrama Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah, Padang Kerasah, Kuala Nerang Kedah
- 4 Mac 2016 - Tahfiz Kampung Seri Pandan, Petagas, Pemapang, Sabah
3 comments
Takziah buat keluarga mangsa, Al-Fatihah!
ReplyDeleteTurut terkesan dan bersedih.
ReplyDeleteInalillahiwainnailaihirajiun.
takziah, sedih nengok dorang
ReplyDelete