Anak akhir zaman

Pagi tadi rasa nak marah bila tengok video viral seorang budak lelaki pukul mak dia. Sungguh luluh rasa jantung. Tapi aku lagi nak marah bila ada pihak yang bela perbuatan budak tu..Allahuakbar..nak bela apa lagi kalau dah terang-terang dia pukul mak dia. Bela alasan kita tak tau hujung pangkal?? Haishh memang rasa nak terajang sape yang komen macam tu. Paham tak sekarang yang budak tu pukul MAK dia..M.A.K!!! bukan Makwe!! Paham Tak?? Tak tau hukum ke? Mak bapak tak ajar ke? Guru-guru agama ustaz ustazah tak ajar ke?? mesti diaorang ajar tapi sendiri tak nak dengar..huh!! Tau tak berdosa hukum derhaka dengan ibu bapa? Astagfirullah..hilang rasa sabar ni.


'Janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'AH' dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah pada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)'


Anak akhir zaman


Aku dulu kalau melawan siap la kena dengan mak dan abah aku. Dari kecil memang mak dan abah ajar jangan derhaka..jangan melawan..kalau tak memang ayat kat atas tu la ayah aku dok ulang2 beserta rotan ditangan. Dalam soal ni ntah la..kekadang aku bingung nak salahkan siapa (walaupun aku lebih menyalahkan didikan awal ibu bapa). Aku bukan bijak pandai tapi aku ada lah sedikit ilmu pendidikan awal kanak-kanak yang aku ambil masa kat UM dulu. Secara fitrahnya memang didikan awal ibu bapa terhadap kanak-kanak itu sangat penting dan menjadi teras untuk pembangunan kanak-kanak. Contohnya macam video viral anak derhaka yang aku tengok pagi tadi..aku nampak kelibat lelaki dalam video tu tengah duduk membeku langsung tidak dihalang anak tersebut berkelakuan seperti itu (kalau arwah abah aku atau abang-abang aku..mesti teruk dah budak tu dikerjakan). Mak budak tu pulak aku tengok lebih bersifat takut sedangkan sepatutnya anak dialah yang kena takutkan dia. Ntah tu je rumusan yang aku dapat dari video viral tu.


Mungkin aku salah, tapi ini adalah pandangan peribadi aku. Jom lah kita kembali mendidik anak-anak kita sepertimana ibu bapa kita mendidik kita dahulu. Zaman sekarang orang terlalu open minded kononnya..anak dilayan seperti kawan hingga anak hilang rasa hormat pada ibu bapa sendiri. Guru di sekolah, bila cuba mendidik anak-anak kita dengan cubit dan rotan..kita pulak yang melatah. Padahal itu sesuatu yang bagus..anak perlu diajar tegas tentang baik buruk sesuatu kelakuan. Zaman dulu misalnya..kita dirotan di sekolah oleh guru..balik..mengadu dengan mak ayah..pasti mak ayah tambah lagi sedas sebab mak ayah akan kata "mesti kamu buat nakal sebab tu cikgu rotan". Tapi ibu bapa zaman sekarang? Anak kena rotan mula la bapak-bapak sado datang ke sekolah serang cikgu. Mana yang berada pulak mula lah nak saman cikgu. Sudahnya cikgu pun dah give up nak ajar. Sampai satu tahap cikgu pun akan pikir lantak la apa nak jadi dengan anak kau..


Didikan agama tu penting!! sangat penting!! Didik anak tentang agama sejak kecil. Percayalah, anak yang sejak dari perutnya ibu bapa dah didik secara islam (di beri dengar alunan bacaan Al-Quran, ibu sering membaca Al-Quran) lain perangainya dengan anak-anak yang ibu bapa langsung tak sujudkan kepala di sejadah. Ini fakta..tapi tu lah..zaman sekarang orang lebihkan pendidikan sekular. Anak umur 10 tahun tak pandai mengaji, tak pandai solat ibu bapa tak malu pun. Tapi kalau umur 4-5 tahun anak tak pandai cakap inggeris mula la ibu bapa segan. Ntah la..emosi aku bila bercakap soal ini. Percaya atau tidak..selidik la di sekolah-sekolah menengah..berapa orang murid tingkatan 4 & 5 masih tidak tau mendirikan solat..ini juga fakta. Ibu bapa diluar sana..tolonglah sedar..kita adalah acuan anak-anak. Jika kita sendiri tidak mendirikan solat macam mana anak-anak nak dirikan solat. Kang bila cakap..isu ni sensitif..tapi pengalaman aku bekerja, rakan sekerja cuma beberapa kerat je yang dirikan solat. Time rehat semuanya makan tapi beberapa orang je menjengahkan diri ke surau. Nak tengok orang dirikan solat, tengoklah masa bulan puasa..yang tak pernah pernah solat Zohor pun akan solat tapi selepas tamat bulan puasa semua kembali ke asal. Itu pengalaman aku sendiri..


Jadi isunya di sini..terapkan didikan agama di rumah. Jangan nak harapkan sekolah je..jangan nak harapkan pendidikan di luar rumah je. Perkara-perkara asas tu memang tanggungjawab ibu bapa. Ajar anak solat berjemaah, mengaji Al-Quran, makan bersama, riadah bersama..itu semua perkara asas. Kalau perkara asas pun tak boleh buat janganlah salahkan guru-guru. Pada aku kalau ibu bapa pun tak dapat nak disiplinkan anak..apatah lagi guru sebab guru cuma orang luar..ok..titik..aku dah penat.

Sertai link berikut untuk lebih banyak tips parenting dan ilmu pendidikan awal kanak-kanak https://t.me/+sacNR_e0JuI5MjVl


Post a Comment

2 Comments

  1. Betul min, takut tengok anak dia pukul maknya.. Nauzubillah

    ReplyDelete
  2. geram je tgk td.. rasa macam nak terajang je budak tu. biadap sgt..

    ReplyDelete