Hotel Tenera Bangi : Hotel Mewah Di Bandar Baru Bangi

Untuk hotel review kali ni aku ingin kongsikan mengenai Hotel Tenera Bangi yang terletak di Bandar Baru Bangi. 

Buat pengetahuan, Hotel Tenera Bangi ini adalah sebuah hotel di bawah pengurusan FELDA dan beroperasi sejak tahun 2017

Ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Hotel Tenera Bangi dan sebelum menjejakkan kaki ke sini aku beranggapan bahawa hotel ini adalah hotel biasa-biasa. Namun ternyata sangkaan aku meleset sama sekali ketika aku melangkah ke lobi. Ya Allah!! Ini bukan hotel biasa-biasa apatah lagi berada di Bandar Baru Bangi.


Kesilapan aku adalah aku tak membuat research terlebih dahulu jadi aku tak tahu yang hotel ni adalah hotel 4 bintang. Berada di ruangan lobi pun dah terasa kemewahannya.


Bilik Yang Selesa Dan Luas


Jenis bilik yang aku pilih kali ini ialah bilik jenis Deluxe. Melangkah masuk ke dalam bilik ini mata terus terpukau dengan susunan bilik yang menarik.

Berikut butiran jenis bilik yang aku menginap ini ;

Butiran Bilik:
✅ Tetamu: 2
✅ Saiz Bilik: 35 kaki persegi
✅ Saiz Katil: Katil Single & Twin Sharing
✅ Jenis Bilik: Deluxe Room

Kemudahan:

- Penghawa Dingin Berpusat
- Kemudahan Pembuat Kopi dan Teh
- Pengering Rambut
- Perkhidmatan IDD
- Seterika dan Papan Seterika
- TV LCD dengan saluran interaktif
- Peti Mini Bar


Bilik ini tidak hanya memberikan kemewahan tetapi juga kepraktisan. Ruang duduk yang luas membolehkan tetamu bersantai dengan selesa, manakala ruang simpanan beg memastikan segala keperluan perjalanan anda tertata dengan baik. Meja solek yang khusus memberikan ruang untuk bersiap sedia, dan meja belajar adalah tempat yang sesuai untuk urusan perniagaan atau pembelajaran.


Tapi apa yang lebih menarik bagi anda yang beragama Islam, kedatangan anda ke hotel ini akan disambut dengan set solat yang disediakan di dalam bilik. Dah berpuluh rasanya hotel yang aku review dan ini adalah hotel pertama yang menyediakan set lengkap untuk bersolat seperti telekung, kain pelikat, sejadah, tasbih dan yassin. Malah Al-Quran lengkap dengan rehal juga tersedia di dalam bilik.

Oleh kerana bilik aku dari aras 18, aku boleh melihat pemandangan Bandar Baru Bangi dan kebetulan aku datang pada hari Sabtu jadi aku berpeluang untuk mengambil gambar pasar malam yang terletak berhadapan Hotel Tenera dari tingkat 18.

Hotel Tenera Bangi : Hotel Mewah Di Bandar Baru Bangi
Pemandangan Hotel Tenera Bangi pada waktu malam



Buffet Hi-Tea di Saffron Brasserie


Oleh kerana aku datang pada hujung minggu jadi aku berkesempatan untuk menikmati Buffet Hi-Tea yang hanya tersedia pada setiap hari Sabtu dan Ahad.


Bagi mereka yang merancang untuk membuat jamuan atau sekadar ingin menikmati masa bersama keluarga, apa kata anda nikmatinya di Saffron Brasserie yang terletak di aras 2 Hotel Tenera Bangi.


Menghidangkan pelbagai jenis menu dari berat hinggalah pencuci mulut, Biffet Hi-Tea di sini adalah antara yang terkenal di Bangi.


Berikut adalah butiran mengenai Buffet Hi-Tea di Hotel Tenera Bangi ;

✅ Harga ;
Dewasa : RM78
Kanak-kanak : RM48

✅ Kapasiti tempat duduk : 250 orang

✅ Waktu Operasi (Buffet Hi-Tea) ; 
Setiap Sabtu & Ahad : 12 tengahari - 3.00 petang


Makan Malam Di Saffron Brasserie


Kebetulan juga tarikh aku menginap di Hotel Tenera Bangi adalah tarikh ulang tahun kelahiran aku iaitu pada 9 Disember, jadi pada malam harinya aku dan suami meraikan hari lahir aku dengan makan malam (ala-carte) di Saffron Brasserie.


Buat pengetahuan terdapat banyak menu menarik yang anda perlu cuba di sini. Untuk makan malam kami memilih 3 menu iaitu Mee Bandung Telur Pecah, Panini Steak Club Sandwich dan Nasi Goreng Bangi


Sarapan Pagi Di Selasih Garden Seafood Restaurant 


Untuk sarapan pagi pula kami bersarapan di Selasih Garden. Terdapat pelbagai pilihan menu sarapan yang anda boleh pilih di sini dan antara yang sempat aku makan adalah kueyteow goreng, capati, nasi lemak dan banyak lagi.


Sarapan disediakan bermula 7 pagi hingga 10 pagi namun aku nasihatkan agar pergi seawal sarapan bermula jika anda tidak mahu bersesak sebab di sini pada kebiasaannya memang dipenuhi oleh tetamu hotel, pendek kata hotel sentiasa penuh terutama dihujung minggu.


Suasana di Selasih Garden Seafood Restaurant ni benar-benar memukau kerana ianya dihias dengan indah dengan suasana taman yang mempesona. Buat pengetahuan restoran ini juga dibuka untuk makan malam bermula 5 petang sehingga 12 tengah malam dan suasana di waktu malam lebih memukau pandangan.


Dengan pelbagai pilihan restoran dan lokasi yang menarik, Hotel Tenera Bangi tidak hanya menawarkan penginapan yang selesa tetapi juga pengalaman gastronomi yang mengagumkan bagi para tetamu mereka. Disyorkan untuk membuat tempahan lebih awal untuk menikmati makanan yang lazat di tempat-tempat yang unik ini.


Nikmati Pengalaman Penginapan yang Luar Biasa di Hotel Tenera Bangi


Di Hotel Tenera Bangi, setiap unit dilengkapi dengan kemudahan yang melebihi jangkaan, yang membezakan hotel dari pilihan lain. Hotel Tenera Bangi menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk memastikan penginapan tetamu berlangsung dengan lancar.

Fasiliti dan Perkhidmatan Hotel:

  • Pusat Perniagaan (Business Centre):

Beroperasi 24 jam, memastikan tetamu tidak ketinggalan apa pun yang penting. Perkhidmatan disesuaikan untuk keperluan korporat dan pelancong rekreasi, dengan perisian terkini untuk memudahkan urusan perniagaan anda.

  • Faksimili, Fotokopi, dan Percetakan:
Menyediakan semua yang tetamu perlukan untuk keperluan korporat dan peribadi anda dengan efisien.

  • Fasiliti Perkhidmatan Tetamu:
- Staf yang fasih dalam pelbagai bahasa
- Meja Khidmat Nasihat (Concierge)
- Peti Simpanan Keselamatan
- Penyimpanan Beg
- Penukaran Mata Wang
- Perkhidmatan Mengekil Kasut
- Perkhidmatan Bilik 24 Jam
- Perkhidmatan Dobi dan Pembersihan Kering 24 Jam

  • Perkhidmatan Pengangkutan:
- Perkhidmatan Valet dan Limousin
- Pengangkutan ke Lapangan Terbang
- Perkhidmatan Lawatan Bandar

  • Tempat Hiburan dan Rekreasi:
- 3 Kolam Renang, termasuk 1 untuk Muslimah
- Gimnasium dan Pusat Kecergasan
- Spa Lelaki dan Spa Wanita

Ini antara yang paling menarik minat aku kerana di sini dibuat ruangan khas kolam renang hanya untuk wanita. Di ruangan ini hanya kaum wanita sahaja dibenarkan masuk

Bagi yang berkeluarga, anda boleh berenang di kolam renang keluarga yang mempunyai kopam renang untuk dewasa dan kolam renang kanak-kanak.

Kedua-dua kolam renang keluarga dan wanita ini beroperasi bermula 7.00 pagi hingga 7.00 malam.

  • Fasiliti Khusus:
- Tingkat Khusus untuk Wanita
- Tempat Letak Khas untuk Wanita
- Kemudahan Untuk Orang Kurang Upaya
- Tingkat Tembakau - Terletak di Tingkat 8 dan 9
- Galeri Perkahwinan - Peterena Cinta

Oh ya! Di Hotel Tenera Bangi ini mereka menyediakan ruangan parkir yang luas yang mencukupi untuk para tetamu. Aku difahamkan terdapat lebih 1,000 parkir yang disediakan di hotel ini.


  • Keperluan Khas:
- Keselamatan 24 Jam
- 3 Musolla (Lelaki dan Wanita)

Apa yang lebih menarik, memahami keperluan bagi mereka yang merokok, ruangan khas perokok disediakan di luar bangunan hotel. Ini kali pertama aku menyaksikan terdapat sebuah pondok khas dibangunkan untuk perokok tegar melepaskan gian.

Dengan kemudahan yang meluas dan perkhidmatan yang komprehensif, Hotel Tenera Bangi menjamin pengalaman penginapan  menjadi istimewa dan memuaskan.

Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut anda boleh layari ;

Instagram : Hotel Tenera Bangi

Untuk lebih banyak lagi review hotel seluruh Malaysia, anda boleh ikuti telegaram https://t.me/hotelreviewbymin


Post a Comment

1 Comments