Macam dah lama tak kongsi resipi kat blog ni. Hehe..maklum la kadang biasa ada resipi terus share di channel YouTube https://www.youtube.com/c/BebelanCikmin
Jadi hari ni rasanya nak berkongsi resipi kat sini la pulak. Dan untuk resipi hari ni aku nak kongsikan hidangan yang menjadi kegemaran aku kalau ke kedai mamak atau kedai nasi kandar iaitu Sotong Masak Hitam Ala Mamak
Resipi Sotong Masak Hitam Ala Mamak
Bahan-bahannya ;
1. 6 ekor sotong dibersihkan
2. 1 labu bawang besar
3. 4 ulas bawang putih
4. 1 inci halia
5. 1 sudu besar cili giling
6. Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga
7. 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
8. Kicap manis secukupnya
9. 1 batang serai (diketuk)
10. Daun kari secukupnya
11. 1 biji tomato dibelah 4
12. Minyak untuk menumis
13. Garam secukup rasa
Cara-cara memasak ;
1. Kisar bawang besar, bawang putih & halia. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Tumis bahan dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga. Tumis hingga naik bau.
4. Masukkan serbuk ketumbar
5. Masukkan serai dan daun kari. Tumis seketika.
6. Masukkan cili giling dan tumis hingga cili betul-betul masak.
7. Masukkan sotong
8. Masukkan kicap manis + garam
9. Masukkan tomato dan biarkan seketika sehingga sotong masak. Tak perlu tambah air sebab sotong sendiri akan mengeluarkan air.
10. Padamkan api & sedia dihidang
Sotong Masak Hitam Ala Mamak ni memang sedap dihidangkan dengan nasi putih panas-panas. Dah tak perlu lauk lain dah jika masak resipi ni.
Oh ye! Cantikkan bekas yang aku hidangkan Sotong Masak Hitam Ala Mamak ni? Bekas ni aku beli di website MyCookingStory. Bekas ni memang sangat berbaloi untuk dibeli sebab selain cantik untuk hidangkan masakan, ia juga mempunyai penutup kedap udara. Jadi, bila dah siap makan hanya tutup je..dah tak perlu nak guna tudung saji. Sangat jimat ruang di atas meja makan. Tambahan lagi bekas ni dari kaca yang sangat tahan panas. Jika ada lebihan makanan, simpan saja dalam peti dan boleh terus panaskan dalam microwave tapi pastikan penutupnya dibuka terlebih dahulu.
Jika berminat dengan bekas ini, anda boleh klik link ini untuk membeli https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin jangan lupa masukkan kod MCSMIN untuk dapatkan 10% diskaun. Bermula 23 November sehingga 31 Disember 2020 ni terdapat promosi Giler-Giler Sale dimana harga untuk 1 set bekas ni (ada 3 size berbeza) dijual pada harga hanya RM48 sahaja (dapat ketiga-tiga size tersebut), harga asal untuk set ini ialah RM143. Jadi jika anda berminat, lebih baiklah anda serbu sekarang kerana jika anda memasukkan kod MSCMIN, anda akan membayar pada harga cuma RM43.20 sahaja dan penghantaran adalah percuma!
Disini aku sediakan juga video jika anda ingin melihat dengan lebih terperinci. Juga boleh klik di sini jika ingin membaca lebih lanjut tentang promosi yang dijalankan https://www.bebelancikmin.com/2020/11/tips-beli-barang-branded-pada-harga.html
Jangan lupa untuk klik link ini https://mycookingstory.com/?ref=MCSMin
22 Comments
Best sotong resipi. My late aunty used to cook this. Lagi cantik dan selera jika hidang dlm bekas kaca Neo Vent ini
ReplyDeletesedap nampak tu.. saya suka hidangan sotong..
ReplyDeletejarang nak tolak hehe..
Wow nice! The container is so convenient. Can tahan heat?
ReplyDeleteAdoiii..sedapnya...akak simpan resepi tu ye....
ReplyDeleteBerkilat kuah sotong masak hitam tu! Terasa-rasa sedapnya gaul dengan nasi putih.
ReplyDeletewow sedapnya bolehlah cuba nanti
ReplyDeleteteringat sotong ni kat nasi lemak royal, dah terindu pulak nk makan mamak. Memang cantik bekas makanan tu, berkenan betol!!
ReplyDeletesedap nampak sotong kicap ni teringat kat nasi lemak royal. Teringin pulak nak makan kedai mamak. Cantiklah bekas makanan tu, berk nan betul
ReplyDeleteNampak sedap sangat. Thank you for the recipe. Nanti saya try bila saya ada masa lapang.
ReplyDeleteMudah nampak masak sotong ni nanti nak cuba gak la cara ni.
ReplyDeleteAllahu... Sedapnya! Dulu masa keje suka sangat makan sotong ala mamak ni kat Jalan TAR. Rindu nya....
ReplyDeleteSaya tak pernah rasa masakan sotong ala mamak. Ye lah kalau kat kedai mamak kan, seafood mahal gila. Bagus la ada resepi ni, boleh buat sendiri je kat rumah.
ReplyDeleteNampak sedap sekali resepi sotong ni, bekas tu pun nampak sangat berkualiti boleh panaskan lauk tu guna bekas tu je senang kerja
ReplyDeleteBelum pernah cuba lagi sotomg masak gini, biasa masak hitam aje.. nanti cubalah.. kena tunggu bekas sampai ek lalalalalalala
ReplyDeleteNell kurang makan seafood tapi gambar2 ni duhhhhh,,, I'm falling in love terus nak pergi cari sotong masak hitam ala mamak dan yang penting, bekas tue :P Love sgt... boleh beli ni..
ReplyDeleteSedapnya. Duduk dengan kawan kawan masa belajar dulu pernah buat. Hahahahah tapi sotong dia liat. kitorang tak rebus betul betul. HHAHAHHAHAHA
ReplyDeletewow, this dish looks so delicious! cant wait to make it soon. Thanks for sharing this! :)
ReplyDeleteSo nyummy! Ni kalau dapat pekena dengan nasi panas memang bertambah punya! Thanks sudi berkongsi resepi! :)
ReplyDeleteSotong masak hitam ala mamak. woww menariknya kak..tengok gambar tu pun nampak kesedapannya..nanti nak cuba lah..selalu sotong iena masak sambal and masak kicap je
ReplyDeleteMemang sotong masak hitam kak pun rajin sotong masak hitam mmg sedap dan anak2 pun suka
ReplyDeleteNampak sangat sedap masakan tu.. bekasnya pun menarik..
ReplyDeleteOk nnt nak cuba resepi ni. Kita mmg suka lauk sotong hitam kedai mamak....thanks kak min share
ReplyDelete