Raikan Tahun Baru Cina Dengan Kongsi Fortune di Marrybrown

by - January 21, 2020

Aku pasti Tahun Baru Cina adalah saat yang dinanti-natikan oleh semua orang. Mana kan tidak..pada cuti Tahun Baru Cina lah kita biasanya dapat bercuti bersama keluarga. Bagi yang meraikannya pula, saat ini lah dapat berkumpul dan luangkan saat-saat terindah sambil mencipta memori baru.

Dah merancang nak makan besar di mana? Apa kata tahun ini kita cipta kelainan dengan makan besar bersama keluarga di Marrybrown. Sempena Tahun Baru Cina ini Marrybrown  telah berkongsi 'fortune' dengan menghidangkan Fortune Burger untuk semua.


Menurut Dato' Joshua Liew, selaku Chief Executive Officer di Marrybrown 

“Chinese New Year is when family and friends gathered to catch up with one another. Like any true Malaysian, it is vital that good food is available to ensure abundance for the year, and we want to make certain of that by having options between savoury and spice fillings to choose from for our Fortune Burgers. After all, Fortune is made to be shared with everyone!” 


Fortune Meal

Untuk Tahun Baru Cina kali ini Marrybrown telah memperkenalkan 'Fortune Meal' yang menghidangkan 2 jenis burger iaitu :

  • Cheese Burger
  • Black pepper Burger
Bagi mereka yang sukakan rasa keju, Cheese Burger patut menjadi pilihan korang. Macam aku sendiri, memang aku memilih Cheese Burger sebab disebalik rasa daging ayam yang empuk dan 'juicy' terdapat sayuran serta sudah pastinya keju yang kaya dengan rasa enak dan sempurna.

Burger yang dimasak sempurna ini sudah pasti memenuhi citarasa mereka yang cintakan keju. Anak-anak pasti memilih burger ini sebagai hidangan mereka!


Bagi mereka yang sukakan rasa pedas pula, aku cadangkan untuk korang memilih Black pepper Burger. Black Pepper Burger yang dihidangkan di sini didatangkan dengan cendawan butang serta sos lada hitam istimewa. Gabungan rasa ayam empuk yang masih berjus dengan roti yang di stim sudah pastinya menambat selera mereka yang sukakan makanan pedas.

Tapi suka aku nak ingatkan di sini yang Black Pepper Burger ni memang terasa pedasnya ye! Bagi mereka yang tak gemar makanan pedas, aku tak cadangkan untuk korang mencuba burger ini.


Dan buat pengetahuan korang, setiap burger ini didatangkan dengan set yang diberi nama Fortune Meal. Apa yang ada dalam setiap set ini? Boleh rujuk di bawah ye :-

Fortune Meal (RM14.60)

√ Fortune Burger (Cheese / Blackpepper)

√ Golden Fortune Fries

√ Minute Maid Refresh Orange ®





Berbaloikan? Dengan RM14.60 korang boleh menikmati hidangan lengkap burger bersama kentang goreng dan air dari Minute Maid.


Menurut Dato' Joshua lagi “At Marrybrown, we are always looking to serve our customers with the tastiest food on every occasion that will give them the feeling of contentment and satisfaction. For this Chinese New Year, we hope that the Year of the Rat brings our fellow Malaysians prosperity, good health and plenty of wealth,” 

Jadi, tunggu apa lagi korang..jom la serbu Marrybrown sekarang sebab aku dengar yang promosi ni akan berakhir tak lama lagi. Apa pun untuk maklumat lanjut korang boleh layari :



You May Also Like

20 comments

  1. Kadang rasa Blackpepper sedap kadang rasa cheese yg sedap... Mcm mana niii... Nak makan lagiii ��

    ReplyDelete
  2. Kat Marrybrown tu syok dapat makan kat buaian tu. Blackpepper burger tu ada cendawan lagi tu haa...

    ReplyDelete
  3. Awas ye. Tak ajak I makan!
    Weekend nie I pergi la makan - sengsorang je sebab Kak Min tak hajak.

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak gi Marry Brown. Hampir dah tak tahu menu-menu baru nya. Once dah terbaca post ni, rasa macam nak ke MB pulak.. Hehe..

    ReplyDelete
  5. Yay! Harini nak ke SOGO, kita nak cuba hahahaha..tak menahan nengok korang post, mesti cuba ni!

    ReplyDelete
  6. Nampak dua-dua macam sedap, untung jadi spicy lover ni, dua-dua boleh try! Packaging Marrybrown nampak cantik lah!

    ReplyDelete
  7. This Marrybrown burger look so delicious. Saya jarang makan Marrybrown. Tapi tengok this one makes me wanna try it liaw.

    ReplyDelete
  8. menyelerakan betul tengok burger-burger kat marrybrown ni. ni buat kita mengidam nak makan ni. nanti nak pergi cari la.

    ReplyDelete
  9. Lama betoi tak makan marrybrown. Burger dia not bad gak. Tapi susah nak dapat kat area rumah sis ni..kalau ada sure selalu terjah

    ReplyDelete
  10. kak min tak ajak pun makan dkt marrybrown.. hehe. tak pernah lagi makan marrybrown ni. nanti nak carilah :)

    ReplyDelete
  11. Ya Allah sedapnya dua dua burger tu nampaknya. Boleh singgah ni time rehat dgn kengkwn nanti

    ReplyDelete
  12. Uit.. Marrybrown ada set burger yang nampak sedap dan menyelerakan. Rugi kalau tak cuba ni

    ReplyDelete
  13. Alamak sedapnye Marrybrown. Tengahari karang nak beli burger dia la.

    ReplyDelete
  14. Bila last ni kak min. Saya tak sempat sempat lagi nak pergi try.

    ReplyDelete
  15. Menarik offer MarryBrown ni..!! Kita pun dah lama tak pi makan besar ngan family. Thanks sharing

    ReplyDelete
  16. Ramai dah makan ni...nad nak kene terjah jug ani..nad rasa dua2-dua..tapi yang cheese tu menggoda sangat tau..sampai meleleh cheese dia

    ReplyDelete
  17. Sedpanya... Lama xmkn kt mary brown.. Skrg ni ssh gila nak cari mary brown ni... Banyak yg dah tutup sebab bisnes kuramg bgus

    ReplyDelete
  18. Dah try fortune burger marrybrown.. Sedaplah juga sbb kuah dia mmg taste wawa siap ade mushroom bagai.. Hehe

    ReplyDelete
  19. Kita paling suka yang black papper tu memang terbaik tak pedas pun dan tak lah masin sangat masih sesuai dengan rasa kita hehehehe best lah sempat lagi ada lagi promo ni kan sampai 23 Feb ni jom belanja kita...

    ReplyDelete
  20. lama dah tak makan MB ni. banyak menu baru khabarnya ya. boleh cubalah nanti

    ReplyDelete