Murtad : Apakah Natijah Sebalik Perbuatan

by - January 20, 2020

Murtad bukanlah isu baru di Malaysia. Malah murtad berlaku sejak bertahun-tahun lamanya namun dek kerana murtad adalah isu sensitif nampaknya tak banyak pendedahan tentang murtad, natijah mahupun solusi untuk mengatasinya.


Sebelum aku pergi lebih dalam, suka aku nak berkongsi dengan korang apakah yang dinamakan MURTAD? Buat pengetahuan, murtad itu boleh berlaku dengan 3 perkara iaitu :

1. Murtad Melalui Iktiqod/keyakinan

Seperti orang yang meragui kewujudan Allah, orang yang meyakini Allah duduk di atas arasy, bertempat, berarah, Allah ada tangan, kaki, betis, beranggota selainnya, atau orang yang meyakini Allah itu bergerak, berpindah randah, berubah, berjisim, turun, naik, mengambil lapang, bersisi, berhajat kepada makhluk dan seumpamanya. Begitu juga orang yang meraguinya.

Atau orang meragui Rasulullah adalah nabi atau orang yang meyakini para Rasul itu kafir sebelum kenabian, atau orang yang meyakini Para Nabi dan Rasul itu melakukan dosa-dosa seperti zina atau seumpamanya.

Atau orang yang meyakini alam ini qodim yakni tiada permulaan bagi kewujudanya (seumpama keyakinan Ahli Falsafah) begitu juga orang yang meyakini bahawasanya Nabi Adam itu adalah kera sepertimana  teori Darwin dan seumpamanya.


2. Murtad Melalui Perbuatan

Seperti orang yang melemparkan Al Quran dalam tong sampah dengan sengaja, memijak Al Quran dengan sengaja, atau perbuatan menulis Ayat suci dengan air kencing atau najis (seperti mana yang di lakukan ahli sihir) atau menyembah berhala dan seumpamanya.

Atau berjenaka dengan mendirikan solat dengan tujuan mempersendakanya walaupun bergurau atau seumpama denganya



3. Murtad Melalui Percakapan

Orang yang mencaci dan mencela Allah seperti orang yang menyalahkan takdir apabila ibunya meninggal dunia contohnya dia berkata "Ya Allah.. kenapalah kau takdirkan aku begini, padahal aku solat 5 waktu tetapi kenapa musibah ini kau kehendaki bagiku?" Orang ini terkeluar daripada Islam. 

Atau orang yang mempersendakan hukum dengan menghalalkan perkara yang di haramkan contohnya seorang lelaki sedang minum arak, lalu datang kawannya dan berkata "Wei, kenapa kau minum air yang haram ini??" dan jawab lelaki itu " siapa kata haram?? Air ini halal lah".. Walaupun bergurau lelaki ini tetap jatuh ke dalam murtad atau terkeluar daripada Islam. 

Begitu juga orang yang mempersendakan azab Allah. Contoh seorang itu berkata " Dalam neraka nanti aku akan bakar satay, senang sebab api dah marak."  Orang ini jatuh murtad walaupun dia bergurau. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

‎وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

Dan jika kamu tanyakan kepada
mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentu mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanya bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayatNya dan RasulNya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman - Surah At Taubah ayat 65-66


Ini bermaksud kita tidak dibolehkan berjenaka bila ia berkaitan dengan akidah. Jadi, berhati-hatilah ketika bergurau, jangan sampai membawa kepada kekufuran.



Apakah Natijah Akibat Perbuatan Murtad?

Setiap kelakuan ada natijahnya! Apakah natijah atas perbuatan yang dijanjikan neraka ini?

  • Semua amalan kebaikan pelaku daripada balikh seperti solatnya, puasanya, sedekahnya, hajinya, umrahnya dan seumpanya(amalan soleh) tertolak menjadi kosong tanpa amalan dan maka hendaklah dia kembali kepada islam dengan mengucap syahadah dengan niat kembali kepada islam.
  • Tidak boleh beristighfar saat mana pelaku untuk kembali kepada islam, kerana Allah tidak mengampuni dosa-dosa orang yang kafir.
  • Tidak sah amal ibadah seperti puasa, haji, solat 5 waktu, dan seumpanya bagi orang yang murtad
  • Tidak sah nikah sekiranya pelaku ingin bernikah (dalam keadaan dia murtad)
  • Terbatal nikah sebelum berlaku persetubuhan wajib dia kembali pada islam berserta meninggalkan perbuatan riddahnya dan bernikah semula.
  • Begitu juga setelah berlaku persetubuhan jika dia tidak kembali pada islam dalam tempoh iddah maka wajib dia menikahi semula isterinya.
  • Sekiranya mereka yang murtad ini bersama dengan pengantin perempuan maka dia di kira zina dan sekiranya memiliki anak dalam hasil tersebut maka anaknya itu anak zina dan tidak boleh berbinkan si bapa.
  • Haram makan sembelihan orang yang murtad
  • Orang yang murtad Tidak boleh mewarisi atau di warisi harta
  • Jika dia mati TIDAK BOLEH di solatkan keatasnya, tidak Wajib di mandikan jenazahnya, Tidak Wajib di kafankan dan TIDAK BOLEH di tanam di perkuburan Islam.

Dan matinya orang yang murtad adalah mati sebagai orang yang kafir, dia di campakan dalam neraka yang dasarnya paling bawah dan kekaal di seksa selama-lamanya.
Dan kaedahnya : Bahawasanya setiap keyakinan, perbuatan atau percakapan yang menunjukan penghinaan terhadap Allah, Rasul-rasulNya, malaikat-malaikatNya, Syiar-syiarNya, Tanda-tanda Agamanya, janji baikNya, Janji burukNya maka ianya adalah kekufuran (terkeluar pada islam),
oleh itu setiap orang hendaklah berwaspada yang demikian dan berusaha menjauhinya walau dengan apa jua sekalipun.


Bagaimana untuk kembali kepada Islam?


Bagi orang yang murtad untuk kembali kepada Islam Wajib dia bersyahadah DI SERTAKAN NIAT KEMBALI KEPADA ISLAM. Dan boleh sahaja dia bersyahadah dengan bahasa selain arab yang mana jika dia memahami maknanya sebagai contoh bahasa Melayu
"Aku Bersaksi Bahawasanya Tiada yang Berhak Di Sembah Melainkan Allah dan Aku Bersaksi Bahawasanya Nabi Muhammad itu adalah Pensuruh Allaah"


Wajib kita memelihara keislaman kita daripada terputusnya keislaman kita. Sebab itulah wajib kita belajar ilmu fardhu ain agar kita tahu apakah itu kekufuran agar kita dapat mengelak daripada tergelincirnya kita kepada kekufuran.

Wallahuallam

You May Also Like

15 comments

  1. Terima Kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah terima kasih Kak Min atas peringatan bermanfaat ni..Zaman sekarang ni banyak betul nampak especially no 3 tu, Org Islam tapi keep on blaming Allah for their own ruins. Selalu sakit salahkan Allah, ditimpa musibah salahkan Allah..seolah Allah pon bnyk celanya pula padahal dalam Quran sendiri dah sebut, manusia tu sendiri yg melakukan kerosakan, ciptaan Allah & planning Allah dah perfect dah..hmm moga kita selalu reflect diri sendiri kan insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2..artikel ni pun akak tulis utk saling mengingati dan peringatan utk diri sendiri juga

      Delete
  3. Thanks for the sharing, memperingati sesama muslim.

    ReplyDelete
  4. bagus kak min, at least kita boleh nasihat & perbetulkan apa yang kita buat setiap hari. silap hari bulan tersasar jauh dari jalan yang benar

    ReplyDelete
  5. Murtad salam percakapan sangat menakutkan. Moga kita dihindari dengan perkara2 ini

    ReplyDelete
  6. Berat sungguh nak memahami post yang ini sebabnya sangat menakutkan..Sis ada seorang kawan yang memangnya MURTAD,.tapi kawan sekolahnya tak dapat ebrbuat apa-apa, puas dah nasihat sampai bergaduh maki-maki...akhirnya...ermmm kafir dia sampai sekarang...moga Allah beri sinar pada kawannya Sis..

    ReplyDelete
  7. Allahu rupanya boleh murtad dalam pelbagai cara. Tapi murtad melalui percakapan itu yang takut. Sebab orang kita ramai yang suka bergurau macam tu

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian, saling kita ingat mengingati ya. saya suka artikel ni

    ReplyDelete
  9. Thank u so much for sharing, Cik Min! Kadang2 kita ni kena refresh ilmu yang ada, and perkongsian macam ni mmg sangat bermanfaat. Trully, thank u for sharing, i'm glad that i gotta read this ♥

    ReplyDelete
  10. Satu peringayan yang baik diketahui semua muslimin dan muslimat kerana murtad bukan sekadar mahu keluar dari agama namun perbuatan lain yang salah juga dikira murtad. Auzubillah!

    ReplyDelete
  11. Ya Allah takutnya. Apa yang kita buat atau bercakap semua kena berhati-hati. Thank you atas peringatan

    ReplyDelete
  12. ye, isu ni bukan isu baru tambah lagi zaman sekarang. Kadang kalau bercakap tu tak berfikir dulu. main cakap je, kononnya bergurau tapi hakikatnya tanpa sedar dah jatuh murtad. Masya Allah, mudah-mudahan kita dihindarkan dari perkara2 begini

    ReplyDelete
  13. MasyaAllah... bagus betul perkongsian Cik Min ni... bukan apa, kadangkala kita tak perasan kan... maklumlah, ramai sekarang ni yang semua benda nak dibuat gurau... Allahu Akbar, risau dan takut juga bila baca entri Cik Min ni tapi ia membuatkan saya berfikir sejenak tentang segala perlakuan dalam sedar mahupun tak sedar... semoga kita sentiasa dalam jalanNya dan diberkatiNya... amiiiin...

    ReplyDelete