Imej Lebih Hidup Dengan 3D Hologram LED Fan Display

by - November 25, 2019

Pengiklanan menarik sangat penting sebenarnya untuk memperkenalkan sesuatu produk. Lebih-lebih lagi di zaman serba maju dan canggih ni, syarikat pengiklanan berlumba-lumba untuk membuat sesuatu iklan yang lebih menarik pelanggan.


Tapi kebanyakan iklan yang 'canggih' itu memerlukan kos yang tinggi dan tak semua 'tokey-tokey' produk ni mampu untuk membuat iklan yang 'canggih' pada harga yang berpatutan.Terkadang kos pengiklanan sahaja mencecah hingga puluh ribuan ringgit.

3D Hologram LED Fan Display Penyelesai Masalah

Memandangkan betapa perlunya iklan yang mampu menarik lebih ramai pelanggan, Softsupplies Sdn Bhd telah memperkenalkan 3D Hologram LED Fan Display bagi menyelesaikan masalah bagi mereka yang ingin membuat iklan yang 'gempak'

3D Hologram LED Fan Display ini berfungsi sebagai sebuah kipas yang menghidupkan sesuatu imej. Maksudnya setiap imej dan video nampak seakan hidup dan terapung. Alaaa..macam imej-imej 3D yang lain cuma ia nampak seakan hidup dan bergerak!

Contohnya macam gambar kat bawah ni.

Sumber gambar : Google


Bagaimana Kipas Ini Berfungsi?

Kipas 3D Hologram LED menggambarkan produk atau bahan melalui lampu LED yang berputar, yang terbentuk melalui koleksi cahaya dan melalui pemprosesan dalam perisian. Perisian ini boleh digunakan pada Android, PC atau iOS dn disambungkan terus kepada kipas LED dengan teknologi wifi dan kad SD.


Melalui perisian ini, pengguna boleh memuat naik kandungan untuk dipaparkan pada kipas. Setiap LED pada bilah kipas akan segera mengumpul cahaya mengikut kandungan yang dimuatkan. Kemudian setiap titik grid berubah menjadi video atau imej yang dilihat melalui putaran LED supaya terdapat kesan hologram di udara.


Setiap bahan atau kandungan kreatif yang akan dimainkan disimpan di dalam ruang simpanan alat melalui garis dan kaedah penghantaran berlainan.



Harga Sangat Berpatutan Untuk Kualiti Imej Yang Sangat Mengagumkan

Tau tak korang, dengan imej yang sangat mengagumkan ini kadar sewaan cuma RM300 sebulan. Perghhh..murah sangat tu! Mana nak dapat kan harga yang macam ni untuk pengiklanan yang gempak?

Tapi kan, untuk pengetahuan korang..untuk mendapatkan imej yang lebih besar atau pun korang nak imej pengiklanan korang sebesar billboard pun boleh tau! Cuma korang kena gabungkan beberapa buah kipas LED ini dan kemudian gabungan kipas ini akan menghasilkan imej yang lebih besar mengikut kemampuan dan keperluan korang.

Setiap kipas 3D Hologram LED ini :

  • Berukuran diameter 65 cm
  • Paparan Hologram dengan resolusi yang tinggi
  • Imej nampak lebih 'real'
  • Inovasi LED terkini


Dimana Nak Dapatkan 3D Hologram LED Fan Display ni?

Kalau korang berminat untuk menyewa kipas 3D Hologram LED ni, korang bolehlah menghubungi pihak Softsupplies Sdn.Bhd di :

No. Telefon : 012-7234383

Sebelum berundur diri, aku sediakan video supaya korang lebih jelas tentang paparan 3D Hologram LED yang menampakkan imej dan video lebih 'hidup' dan nyata.


You May Also Like

18 comments

  1. Wahh unik betul teknik pengiklanan sekarang ya! Best ni! Nampak realistik betul lagi2 yg dinosaur tu. Nice!

    ReplyDelete
  2. menariklah benda ni.. kalau buat marketing ni.. satu level baru.. pasti ramai yang tertarik..

    ReplyDelete
  3. Wow hebat ye teknologi sekarang. Untuk pengiklanan bagus juga pakai Hologram tp rasa better dlm mall ke ok la kan. For billboard memalam la br nampak kot. Harga ok la tu utk kompeni2 kaya.

    ReplyDelete
  4. OMG! This is so cool! Didn't know the technology is so advance! Thanks for sharing this great information!

    ReplyDelete
  5. wow! hebat teknologi sekarang ni. sharing yang menarik

    ReplyDelete
  6. Teknologi semakin hebat sekarang. Tidak termasuk dengan Skrin Hijau belakang tabir menjadi gambar lebih nyata. hehe. Terima kasih berkongsi pengalaman yang sangat hebat ini. Good artikel~

    ReplyDelete
  7. Nak share dengan bos la , boleh buat gimik perasmian dengan kadar harga yang berbaloi dan hasil pun unik !

    ReplyDelete
  8. Menariknya kak min! Teknologi baru, barulah futuristik kan? Haha. Thanks share ya.

    ReplyDelete
  9. Ohhhh ada juga yer macam ni hehehe menarik lah first time tengok hehehehe tapi tak bahaya ker kepada kanak-kanak suka hulur tangan kat benda yang berpusing dan bergerak hehehehe....

    ReplyDelete
  10. Menarik ni kalau buat iklan 3d macm ni..mesti orang akan tengok lagi kalau pasng dekat billboard. Murah sangat harga nya tu. Nampak lain dari lain bila pengiklanan buat mcm ni

    ReplyDelete
  11. Fuyo. Kemain gempak ya teknologi sekarang. Mesti ramai tertarik sbb benda baru kan? Best pulak tu tengok features dia. Thanks share :)

    ReplyDelete
  12. Menarik ye kipas 3D ni. First time tahu pasal ni. Macam-macam medium pengiklanan sekarang ni

    ReplyDelete
  13. Makin canggih ye sekarang - ini boleh digunakan sebagai gimik perasmian atau diletakkan di kedai-kedai kan. Kalau Rawlins, nak letak gambar Barbie Lindungan Kaabah boleh? Hehe

    ReplyDelete
  14. Memarik dan unik. Sesiapa yg buat event bolehlah sewa kipas ni

    ReplyDelete
  15. Inovasi baharu untuk para peniaga mempamerkan produk mereka. Qiss suka tengok video paparan tu. Nampak real betul. Kena war-warkan kat orang lain juga ni

    ReplyDelete
  16. Futuristik sangattt ni kak min oii. Unik yakmat. Best best tapi bahaya kmtak ek utk kanak²? Kang sangkut jari

    ReplyDelete
  17. ni kalau pasang kat billboard mau terkejut kalau tetiba dinasour keluar.. hahahaha... makin canggih cara markaeting sekarang. Tapi yang bagusnya harga murah. jimat kos.

    ReplyDelete
  18. wah menariknya guna ni untuk pengiklanan! new technology ya? canggihnya. Harga tu macamana agaknya?

    ReplyDelete