Cermin Mata Viral Termurah di Eye Smart Vision

by - October 30, 2019

Kali ni aku nak berkongsi cerita tentang sebuah kedai yang membuat cermin mata viral termurah di KL yang aku terjumpa tanpa sengaja.

Kisahnya dah sebulan suami aku asyik merungut tentang cermin matanya yang pecah. Tapi tak berkesempatan lagi nak pergi. Jadi, minggu lepas aku ajak suami untuk saja la berjalan untuk survey kedai cermin mata. Oleh sebab minggu lepas aku plan dengan suami untuk berjalan sekitar Bukit Bintang dan kawasan seangkatan dengannya, so aku ajak suami naik MRT.


Alang-alang kami turun berdekatan Sungei Wang Plaza jadi kami decide nak makan dan cuci mata di situ. Nak dijadikan cerita, lepas makan kami pun terus naik ke lantai G dan terus terpandang kedai cermin mata EYE SMART VISION yang betul-betul bila korang naik escalator tu terus nampak kedai ni di sebelah kiri korang.



Aku tertarik nak masuk ke EYE SMART VISION sebab aku nampak bunting yang tertera "BINGKAI + KANTA RM65" terus aku ajak suami masuk. Suami aku pun kemain lagi aku tengok, dia masuk je macam rambang mata sebab ada beribu jenis bingkai yang dipamerkan..hehe..


RM65 Je Untuk Bingkai & Kanta?? Biar Betul!

Melangkah masuk je ke EYE SMART VISION kami terus dilayan mesra oleh staff di sini tapi kami terasa lebih istimewa sebab yang melayan kami ialah Mr. Jimmy iaitu pengurus di EYE SMART VISION ini sendiri. 

Terus kami bertanya tentang harga yang dipamerkan di bunting yang diletakkan dihadapan kedai mereka. Menurut Mr. Jimmy ye betul..harga RM65 itu memang untuk sebuah cermin mata yang lengkap dengan bingkai dan kanta which is harga tu sangat murah ye u all!

Paling murah aku tengok suami buat cermin mata dalam RM100++, jadi bila kami diterangkan tentang harga cermin mata kat sini memang la kami terkejut giler! Mana taknya..cuma RM65 je wei untuk sebuah cermin mata yang sempurna!

Bukan tu je, terdapat lebih 2,000 pilihan bingkai mengikut style dan citarasa korang. Pergh!! seriously memang rambang mata dibuatnya!




Oh ye..sebelum aku cerita lebih jauh tentang kedai ni suka aku nak ceritakan serba sedikit tentang masalah rabun yang dihadapi suami. Suami aku ni dah bertahun pakai cermin mata dan masalah utama dia ialah SILAU! Kalau bawa kereta dimalam hari lagi la, dia memang selalu merungut silau dan dia memang seorang yang sangat tak mapu nak menhan silau sampaikan dia boleh kena migrain dek kerana masalah silau tu. 


Alpha Blue 420 Lense Selesaikan Masalah Silau

Memahami apa yang dikehendaki oleh suami aku, terus Mr. Jimmy perkenalkan kami Alpha Blue 420 Lense. Alpha Blue 420 Lense ini sangat membantu melindungi mata dari sinaran cahaya UV sekaligus mampu melindungi mata. 

Mr. Jimmy membuat demo bagaimana kanta mata biasa bisa ditembusi oleh cahaya dan kanta jenis Alpha Blue 420 lense pula mampu melindungi mata dari panahan cahaya UV yang menyilaukan. (Untuk lebih faham nanti korang tonton habis ye video yang aku sediakan dalam entry ni)


Berikut adalah kelebihan Alpha Blue 420 Lense :

Membantu masalah silau yang tinggi

Membantu masalah memandu di waktu malam

Mengurangkan keletihan mata akibat terlalu focus

Tak mudah pecah

Tak mudah calar


Selepas diberi penerangan dan demo terus suami aku buat pilihan untuk menggunakan Alpha Blue 420 Lense tapi untuk tambahan kanta yang terbaik ni korang kena tambah RM65 lagi. Maksudnya untuk cermin mata biasa cuma RM60 tapi untuk menggunakan Alpha Blue 420 ni korang kena tambah RM65 lagi jadi totalnya cuma RM125 je which is still sangat murah ye berbanding buat cermin mata di kedai lain.

Pemeriksaan Mata & Bingkai yang Flexible

Macam biasa, sebelum proses seterusnya dijalankan kenalah lakukan pemeriksaan mata. Aku pun tak terkecuali ambil kesempatan untuk lakukan pemeriksaan mata dan the result is...OMG! aku kena admit yang aku dah tua!! Dah boleh pakai spek ye..tapi as usual aku tetap berkeras tak nak pakai jadi aku biarkan suami je yang buat hahaha..




Tapi apa yang lebih menarik minat aku sebenarnya ialah bingkai yang dijual di EYE SMART VISION ni jenis bingkai yang tahan lasak..yang sangat flexible yang kalo anak korang tarik-tarik pun tak rosak. Seriously sangat flexible ye korang (dalam video pun aku ada tunjuk).




Menarik kan? Dah la murah lepas tu tahan lasak pulak! Memang berbaloi sangat buat cermin mata di EYE SMART VISION ni. Dah la boleh siap dalam masa 1 jam je. Namun bagi tempahan yang melebihi 1 hari (atas sebab-sebab macam-macam korang nak buat dan tambah), penghantaran adalah PERCUMA ye di sekitar KUALA LUMPUR!

Nah aku buatkan sedikit ringkasan untuk korang lebih faham :

RM65 Untuk Kanta + Bingkai

Siap dalam masa 1 jam

Penghantaran percuma sekitar Kuala Lumpur SAHAJA (bagi tempahan yang melebihi  1 hari)

Penghantaran PERCUMA melalui courier ke seluruh Malaysia


Hehe..tapi aku walaupun tak buat cermin mata, aku juga ak pulang dengan tangan kosong..aku rembat 1 cermin mata gelap untuk kegunaan aku. Lawa wei sunglasses kat sini. Harga pun berbaloi. Andai kata korang jenis tak pakai cermin mata cam aku, meh la jugak datang ke kedai ni untuk beli cermin mata gelap..


Muahaha..lawa tak sunglasses aku? Aku beli kat EYE SMART VISION la ni.

Kalau korang nak buat cermin mata murah, datang lah ke EYE SMART VISION yang memang dah viral ni. 

Alamat : Ground Floor G114,
Sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur





You May Also Like

0 comments