Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Aku dah lama menyimpan impian untuk jejakkan kaki ke Terrapuri Heritage Vilage yang terletak di Kampung Mangkuk Penarik, Setiu, Terengganu. Maklumlah, Terrapuri Heritage Village ni agak terkenal dengan senibina yang unik dan klasik.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Setelah sekian lama menyimpan impian, Alhamdulillah baru-baru ini aku berpeluang menjejakkan kaki ke Terrapuri Heritage Village. Menyimpan kisah-kisah menarik untuk setiap buah rumah, Terrapuri Heritage Village menjadi destinasi yang paling menarik minat aku.


Terrapuri Heritage Village telah dibangunkan oleh Mr. Alex, seorang lelaki berbangsa Cina Peranakan yang sangat mencintai warisan lama. Berbekalkan minat dan semangat, Terrapuri Heritage Village telah dibina menggunakan rumah-rumah asli Melayu lama yang berusia ratusan tahun. Lebih menarik lagi ialah di Terrapuri Heritage Village ini terdapat 29 buah rumah dengan 29 kisah tersendiri.


Aku difahamkan yang kebanyakan rumah-rumah Melayu lama ini didirikan berlandaskan kitab lama Tajul Muluk. Malah menurut Mr. Alex, rumah-rumah Melayu lama ini tidak menggunakan paku dan mudah untuk dibuka dan dibangunkan semula.


Jom, aku kongsikan setiap kisah menarik di sebalik 29 buah rumah yang terdapat di Terrapuri Heritage Village ini.

 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Jujur, aku sangat tertarik dengan setiap rekaan rumah yang terdapat di Terrapuri Heritage Village ni. Tambah menarik minat aku ialah bila mendapat tahu yang Terrapuri Heritage Village ini dibangunkan atas usaha dan jerih payah seorang lelaki berketurunan Cina Peranakan yang cintakan adat dan budaya warisan Melayu.

Aku adalah seorang pecinta sejarah. Setiap sejarah yang tersimpan di Terrapuri Heritage Village ini sangat bermakna buat aku. Sebab itu aku suka nak berkongsi dengan korang tentang sejarah dan kisah setiap buah rumah yang terdapat di Terrapuri Heritage Village.

1. Rumah Tembakang

Dipercayai dibina pada akhir kurun ke-19 dan dimiliki oleh Khatib Abdul Rahman yang merupakan seorang guru agama, ketua kampung dan juga bangsawan.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah


2. Rumah Paloh

Ini rumah yang aku menginap ketika berada di  Terrapuri. Rumah ini dimiliki oleh Mek Long seorang pengusaha tenunan kain songket bangsawan Terengganu. Tidak hairanlah kenapa di rumah ini terdapat banyak 'pencetak songket' dijadikan hiasan. 

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah


3. Rumah Kedai Buluh

Rumah ini asalnya dimiliki oleh seorang pendekar yang bernama Abu Bakar. Rumah ini dibina oleh tukang mahir dan anak buah silat pendekar Abu Bakar sendiri.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

4. Rumah Binjai Rendah

Rumah ini pemilik asalnya adalah seorang wanita bernama Mariam yang merupakan usahawan menjual kain pada akhir kurun ke-19.

5. Rumah Belukar Titian

Didirikan oleh Mat Zin yang merupakan pengusaha manisan kelapa. Beliau juga membuat anyaman daun mengkuang dengan bantuan anak perempuan beliau

6. Rumah Tasek

Dimiliki oleh saudagar perahu besar. Dibina pada penghujung abad ke-19. Dibeli oleh penghulu, Ali bin Ghani. Rumah ini telah dipindahkan sebanyak 2 kali dari kampung asal Chabang Tiga dan yang terakhir dipindahkan ke Kampun Tasek.

7. Rumah Dusun

Didirikan oleh saudagar perahu bedar. Dibeli oleh tok guru agama, Ustaz Abdul Rahman Harun dan isterinya, Che Nik Ibrahim yang mengambil upah menjahit baju.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah


8. Rumah Jeram

Kepunyaan Katib Ali Mat yang merupakan seorang guru agama di Jeram dan mempunyai ramai penuntut. Rumah Jeram ini dibina oleh seorang tukang tersohor.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

9. Rumah Sg. Mas

Dimiliki oleh pengusaha tanaman ubi yang bernama Ismail Hj Salleh. Dibina oleh tukang sohor iaitu Ayah Ngah Kot.

10. Rumah Pulau Musang

Dibina pada abad ke-19 oleh seorang guru agama. Penduduk kampung menghantar anak-anak mereka untuk belajar agama dan mengaji Al-Quran di sini.

Dalam banyak-banyak rumah aku sangat tertarik dengan rumah ini. Rumah ini dikatakan rumah ulamak. Pada dinding (atas) rumah ini ditulis dengan kalimah ayat suci.

11. Rumah Seberang Takir

Dimiliki oleh Ismail atau Pak Wei yang dibeli dari seorang saudagar. Rumah asal terletak di Kg. Binjai Rendah tetapi dipindahkan ke Kg Seberang Takir.

Sebab itulah rumah ini dinamakan Rumah Seberang Takir, sempena rumah asal yang dipindahkan ke Seberang Takir.

12. Rumah Gelugor Raja

Pemilik asal rumah ini bernama Tok Lijah Yusof yang merupakan seorang guru mengaji dan guru agama. Selain menjadi seorang guru mengaji dan agama, beliau seorang yang mahir membuat kuih tradisi Terengganu lama.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah


13. Rumah Pengkalan Kubu

Pemilik rumah asal Rumah Pengkalan Kubu ini ialah Awang Yusof iaitu ketua Kampung Kubu. Rumah ini telah dibina pada tahun 1908 (1326H)

14. Rumah Kubang Jela

Rumah ini telah dibeli oleh Hj Omar bin Ismail daripada Che Mat Che Lek yang merupakan saudagar batik dan songket.

15. Rumah Nibong

Merupakan rumah bangsawan Melayu Terengganu yang didirikan sekitar tahun 1888. Rumah ini kemudiannya diwarisi oleh Haji Abdullah Said yang merupakan Ketua Kampung.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Setiap rumah di sini disediakan tempayan dan betuk disetiap tangga rumah. Adat orang dulu-dulu, sebelum naik ke rumah mestilah membasuh kaki dan di Terrapuri Heritage Vilage ini, mereka mengekalkan adat Melayu lama tersebut.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah


Keunikan Terrapuri Heritage Village


Di sini aku kongsikan kisah 15 buah rumah antara 29 buah rumah yang ada di sini. Kenapa 15 je? Sebab 15 unit rumah ini adalah unit yang dibuka untuk para tetamu. Selebihnya masih dalam pembaikkan dan pemulihan. Insyallah jika berkesempatan, akan aku kongsikan kisah disebalik rumah yang lain pula.

Antara lain ialah Rumah Serada yang dijadikan reception oleh pihak Terrapuri heritage Village ini.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Keunikan setiap binaan, rekabentuk dan kisah yang tersirat disebalik setiap buah rumah menjadikan Terrapuri Heritage Village ini antara resort yang unik di Malaysia.

Bagi mereka yang 'cari makan' melalui gambar, aku sangat mencadangkan Terrapuri Heritage Village sebagai tempat untuk photo shoot. Buat pengetahuan, selain boleh menginap di sini..Terrapuri Herritage Village juga dibuka untuk pameran namun dikenakan sedikit bayaran. 

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Malah pihak Terrapuri Heritage Village turut membuka peluang bagi mereka yang ingin membuat photo shoot gambar perkahwinan di sini serendah RM500 untuk setengah hari. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan di sini, Terrapuri Heritage Village turut menyediakan pakej dan menerima tempahan.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah


Pengalaman Aku Menginap di Terrapuri Heritage Village 

Aku sangat sukakan keunikan setiap seni bina dan rekabentuk tiap rumah yang ada di sini. Pengalaman menginap di sini satu pengalaman paling berharga buat aku yang cintakan sejarah. Menginap di sini seakan-akan menggamit kenangan di kampung ketika kecil dahulu.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Suasana yang permai, persekitaran yang 100% menggambarkan kehidupan tradisional Melayu, peralatan lama yang digunakan serta dipamerkan di sini seolah membawa aku ke suatu zaman yang berlainan. Tapi jangan bimbang, walaupun keadaan rumah lama dikekalkan namun setiap rumah di Terrapuri Heritage Village ini turut diberi sentuhan moden.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Setiap rumah disediakan penyaman udara, pemanas air dan bathtub. Sentuhan moden kontemporari pada setiap rumah menjadikan rumah Melayu lama ini kelihatan sangat mewah. Namun paling menarik adalah sentuhan klasik yang dikekalkan hinggakan sabun mandi yang dibekalkan untuk pengunjung juga sangat menggamit memori masa silam.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Oh ye, ketika kunjungan kami tempohari ke Terrapuri Heritage Village..kami turut ditunjukkan demonstrasi menggoreng keropok secara tradisional menggunakan pasir. Ha..pelik dan menarik bukan? Tetapi itulah caranya masyarakat Melayu lama memasak.  Kami turut dihidangkan dengan pelbagai kuih muih tradisional.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Pada sebelah petang, aku sempat merayau sekitar kampung dan bergambar untuk mengabadikan kenangan di dalam blog aku ni sambil aku dapat berkongsi cerita dan pengalaman aku dengan korang semua.

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Terrapuri Heritage Village : Simpan 29 Buah Kisah di Setiap 29 Buah Rumah

Pada sebelah malam pula, jika bernasib baik..korang akan berpeluang untuk melihat sendiri kelip-kelip di depan mata.

Bagi korang yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman seolah berada di zaman silam, datanglah bercuti bersama keluarga ke Terrapuri Heritage Village. Untuk keterangan lanjut :

Alamat : Terrapuri Heritage Village
Kampung Mangkuk, 22120,
Setiu, Terengganu

Tel : +(609) 6245 020
Tel : +(609) 6312 081
Fax : +(609) 6228 093



"Artikel ini sempena Media FAM Trip You'll Love Terengganu now & forever anjuran Tourism Terengganu & Gaya Travel"

Post a Comment

29 Comments

  1. Ooo..kat Terengganu ke tempat ni..akak ingat yg gambar2 classic area rumah2 tu kat Indonesia...cantik giler la tempat ni...gambar Min ngan kawan2 pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak kat Terengganu je. Lawa kan? kat sini memang lawa kak

      Delete
  2. cantiknya semua gmbr cikmin..ciktom sendiri xpenah lg pergi kt sini even org tganu..nati blk kmpg next time nak pergilah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..meh la datang ke Terrapuri Heritage Village ni sebab dia juga buka utk pameran. Berbaloi ke sini sebab cantik sgt tempt ni

      Delete
  3. Serba cantik gambar-gambar Kak Min! Rasa macam teringin experience setiap rumah kan. Banyak pula spot cantik untuk bergambar pula tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Kan? rasa cam nak gi semua haha..lawa giler kat sini

      Delete
  4. Hope dapat datang ke sini lagi next time. 2 malam kat sini baru puas

    ReplyDelete
  5. Indah sangat tempat2nya.. ingin sekali berkunjung ke tempat2 itu.. thanks for share.. :)

    ReplyDelete
  6. Cantiknya, macam kat luar negara. Next time pi Trengganu, mesti bermalam di Terrapuri Heritage Village

    ReplyDelete
  7. Cantik rumah-rumah tu. Tak tahu pulak setiu ada tempat macam ni. :)

    ReplyDelete
  8. Cantik betul tempat ni. Gambar-gambar pun cantik. Terus rasa nak pergi..tak jauh mana Setiu dengan Kuala Terengganu ni. Hihi. Sabun cap burung tu betul-betul menggamit memori lah.

    ReplyDelete
  9. So cantik! And so unik! Nama dia seakan2 kerajaan lama yg masih dipengaruhi siam 'Terrapuri'. Konsep dia dengan each house pun menarik. Bila tengok gambar I can feel something klasik and vibes tersendiri. Don't know about others, macam ada something yg menarik untuk ke situ~ So pretty!

    ReplyDelete
  10. Waaa menariknya tempat ni. Kalau dulu cuma tau rumah² macam ni kat melaka je. Ahhahah tapi sekarang kat terengganu ada malah lagi cantik, menarik dan teruja nak tahu kisah setiap rumah tu. Wahhh masuk listing macam ni.

    ReplyDelete
  11. Wow goreng keropok guna pasir. Tak tau plak boleh goreng keropok guna pasir.

    Jemput join giveaway ye :)

    https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1

    ReplyDelete
  12. masyaAllah, di terengganu rupanya. Cantiknya ! Subhanallah. terasa nak cuti cuti malaysia kat sini lah. bestnya bangun pagi bau air laut.

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat duduk rumah lama ni memang lebih sejuk dan juga lebih tenang jer hurmmm jelous nya tengok tempat menarik dapat pergi kita tak dapat kalau pergi Ganu atas urusan kerja hehehehe...

    ReplyDelete
  14. Rindunya dgn Terrapuri. Mmg best stay dkt sini. Rasa tak cukup satu malam, kena 3 hari dua malam. Barulah dpt rasa macam2 pengalaman kt sini.

    ReplyDelete
  15. Mmg unik la tempat ni. Lie dah tahu lama pasal tempat ni tapi xpernah pergi. Then tak banyak gambar2 rumah yang boleh ditengok.. serius cantik walaupun rumah kayu

    ReplyDelete
  16. wah..one of my wishlist nie...cantik dan klassic sangat..hopefully dapatlah menginap kt sini satu hari nanti

    ReplyDelete
  17. Nur ada seorang sahabat di Terengganu dan dia orang Setiu. In shaa Allah jika tiada aral, Nur nak datang Terrapuri Heritage Village ni laaa. Cantik sangat. Klasik diluar, moden di dalam :)

    ReplyDelete
  18. Seronok betul tengok gambar² Min. Unik dan cantik sangat rumah² lama tu. Bahan sejarah yang tak ditelan dek zaman..

    ReplyDelete
  19. Sangat uniklah kat terrapuri heritage village ni.. Ada 29 nama nama rumah yg mana majoriti wawa sendiri tak kenal lagi... Keunikan dgn ciptaan lama2 ni menarik sangat.

    ReplyDelete
  20. Fuhh I dah 8 tahun bermenantukan orang ganu pun tak tahu ada tempat ni. Huhu.
    Memang binaan dia lejeng gila lah. Siap ada sabun cap burung yang klasik tu lagi. Nostalgia betul

    ReplyDelete
  21. Seronok pulak tengok entri ni rasa nak pegi holiday sini je sebab kwasan kampung cantik dan sesuai untuk photography. Bila tengok rumah ni mesti orang susah nk percaya bangsa cina peranakan yang bangunkan. Betol2 meminati tradisi melayu

    ReplyDelete
  22. The best view. Its look like my orginilay sundanese. Thats so amazing. Villa nya sangat indah, cocok buat pasangan nih :D

    ReplyDelete
  23. Tak sangka ada tempat menarik macam ni dekat Terenggani.. Banyak betul jenis rumah ye.. Boleh stay lagi.. Siap ade aircond.. Bathtub.. Nice giler..

    Yang masak tu guna pasir.. Woww.. Hebatnua.. Pasir tu tak melekat kat makanan erk..

    Cntiknya smwuantengok gmbr..

    ReplyDelete
  24. Tak tau plk kat Terengganu ada Terrapuri Heritage Village lgpun jrg pegi Terengganu

    ReplyDelete
  25. I think that I also like the landview! It is amazing! Nothing extra! You just relax and have wonderful vacation!

    ReplyDelete