Tadom Hill Resorts Tempat Percutian Viral

by - July 14, 2019

Aku dah bertahun teringin nak ke Tadom Hill Resorts yang terletak di Banting, Selangor ni. Dalam beberapa tahun ni aku asyik plan nak ke sana jika ada kesempatan waktu dan rezeki. Walaupun aku cuma tinggal di Selangor tapi tak pernah aku lepas ke sana.

Agak cemburu bila tengok orang-orang dari luar semua dah pergi ke Tadom Hill Resorts ni. Tapi benarlah, kalau rezeki tak ke mana. Minggu lepas aku dan suami akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke Tadom Hill Resorts.


Perjalanan dari rumah aku di Klang ke Tadom Hill Resorts ni mengambil masa selama 45 minit. Buat pengetahuan, jika nak ke Tadom Hill Resorts ni seeloknya korang ambil terus highway menuju ke KLIA sebab Tadom Hill Resorts ni tak jauh pun dari KLIA. 

Terletak di Kg. Labohan Dagang, Tadom Hill Resorts ni sebenarnya terletak di tanah orang asli. Namun resort ini telah dibangunkan oleh Dato' Lai Yeng Fock.  Apa yang menarik di Tadom Hill Resorts ni sampai menjadi viral? Ha..Tadom Hill Resorts ni viral sebab tempat dia yang cantik.

Jom aku ceritakan sedikit tentang jenis resort yang terdapat di Tadom Hill ni. Oh ye..sebelum korang tertanya apakah makna Tadom? Sebenarnya Tadom tu nama sebuah bukit yang terletak di perkampungan tersebut.

Jenis-jenis Penginapan di Tadom Hill Resorts


  • Premium Gendui Chalet
Terdapat 6 buah Premium Gendui Chalet. Dilengkapi dengan penghawa dingin dan 1 buah katil bersaiz king dan bilik air. Bilik jenis ini mampu memuatkan 3-4 orang dalam satu masa.


Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
2 Pax RM250 RM270 RM290 RM310
Rates Of 3 Pax RM325 RM345 RM365 RM385
4 Pax RM400 RM420 RM440 RM460


  • Semantan Chalets
Terdapat 8 buah chalet jenis ini. Dilengkapi dengn penghawa dingin, chalet ini mampu menempatkan 3 orang dalam satu masa dan bilik ini disertakan dengan bilik air.

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
2 Pax RM230 RM250 RM270 RM290
Rates Of 3 Pax RM300 RM320 RM340 RM360


  • Bamboo Madu Chalets (Sebelum ini dikenali sebagai Astana Ninik)
Terdapat 9 buah chalet jenis ini dan mampu menempatkan 3 orang dalam satu masa dan disertakan bilik air.

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
2 Pax RM200 RM220 RM240 RM260
Rates Of 3 Pax RM265 RM285 RM305 RM325


  • Hakka Village
Bilik jenis ini seakan dorm. Terdapat 10 buah bilik yang mampu menempatkan 6 orang dalam 1 masa dan 2 buah bilik untuk 4 orang. Bilik jenis ini, bilik air dan tandasnya disediakan di luar.

Bilik air dan tandas perempuan terletak di tingkat bawah manakala bilik air dan tandas lelaki terletak di tingkat atas. Terdapat 2 jenis 'private room', 1 yang terletak di tingkat atas yang hanya disediakan katil dan kipas manakala 1 jenis lagi terletak di tingkat bawah yang disediakan katil dan penghawa dingin.

PRIVATE (RATES/ROOM) UPPER LEVEL (WITH FAN)

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
6 pax/room RM480 RM540 RM600 RM660
Rates Of 4 pax/room RM320 RM360 RM400 RM440
ADDITIONAL MATTRESS FOR I PAX ONLY RM80

PRIVATE (RATES/ROOM) LOWER LEVEL (WITH AIR-CONDITIONER)

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
6 pax/room RM570 RM630 RM690 RM750
Rates Of 4 pax/room RM380 RM420 RM460 RM500
ADDITIONAL MATTRESS FOR I PAX ONLY RM95




  • Bamboo Garden Tent
Bilik jenis ini berkonsepkan khemah. Terdapat 18 buah chalet jenis ini dan hanya mampu memuatkan 2 orang dalam satu masa. Bilik jenis ini tidak disediakan bilik air (bilik air dan tandas terletak di luar).

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
Rates Of Max 2 pax per tent RM130 RM150 RM160 RM170


  • Bamboo Lakeside Tent
Bilik jenis ini berkonsepkan khemah. Terdapat 12 buah chalet jenis ini dan hanya mampu memuatkan 2 orang dalam satu masa. Bilik jenis ini tidak disediakan bilik air (bilik air dan tandas terletak di luar).

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
Rates Of Max 2 pax per tent RM150 RM170 RM180 RM190


  • Eco Tent
Terdapat 40 buah khemah disediakan yang mampu memuatkan 2 orang dalam 1 khemah. 'Sleeping bag', tilam dan bantal disediakan manakala bilik air dan tandas terletak berhampiran khemah.

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
Rates Of Max 2 pax per tent RM100 RM110 RM120 RM130

Tandas dan bilik air yang disediakan di luar khemah

  • Hammock Spheres
Tempat tidur ni berkonsepkan tempat tidur terbuka. Mampu menempatkan 10 orang dan bilik air serta tandas terletak di luar.

Weekday Weekend Peak Season Super Peak Season
Per Hammock (1 person) RM65 RM75 RM85 RM95
Whole Sphere RM650 RM750 RM850 RM950
Gambar ihsan google sebab aku tak berkesempatan ambil gambar kat sini.


Aktiviti Yang Terdapat di Tadom Hill Resort

Bila dah datang ke sini rugi la kalau hanya berkurung dalam bilikkan? Dari cerita yang aku dah tulis kat atas tu pasti korang dah dapat gambaran yang Tadom Hill Resort ni berkonsepkan 'back to nature' kan? Maka aktiviti-aktiviti kat sini pun banyak berkonsepkan 'back to nature'.

Macam aku dan suami hari tu, kami sempat merasai pelbagai aktiviti antaranya :
  • ATV
  • Flying Fox
  • Water Rafting
  • Paintball



Gembira laki aku sebab berjaya gak dia buat aktiviti flying fox




Dan banyak lagi. Tapi kat sini banyak aktiviti-aktiviti lasak. Kalau korang merancang nak bercuti di sini aku ada beberapa suggestion barang yang korang perlu bawa :

1. Pakaian sukan
2. Pakaian renang/sukan air
3. Fist Aid
4. Ubat nyamuk
5. Toiletries

Tapi seriously Tadom Hill Resort ni cantik sangat terutama waktu malam. Cuma malam kat sini aktivitinya korang leh buat BBQ atau karaoke hehehe..






Kalau korang berminat untuk bercuti di sini atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Tadom Hill Resorts ni, korang boleh cuma hubungi mereka :

Phone numbers:
012-5225728, 012-5225908, 012-5225883
(Hotline Hours: 9.00am – 10.00pm)



Day Pass Opening Hours:
Monday – Sunday (9.00am – 6.45pm)



You May Also Like

1 comments

  1. Teringin nak g tapi husband tak suka pula.

    ReplyDelete