999 Steak Percuma Khas Untuk Pelanggan Wadihana Islamic Steakhouse

Aku nak kongsikan berita baik khas untuk peminat steak yang berada di Johor Bahru. Korang berpeluang untuk menikmati 999 steak percuma pada 5 dan 6 Julai nanti di Damansara Aliff, Johor Bahru.

Biar betul?? 999 steak percuma?? Ye..betul! 999 steak percuma ini diberi khas untuk pelanggan Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) bersempena kempen Giveaway Half Ribs yang terbuka kepada semua pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM60 dalam satu resit dan hanya untuk dine-in sahaja.


Menurut pemilik WISH iaitu Puan June Talib, 999 steak percuma ini adalah sebagai tanda penghargaan pihak WISH kepada para pelanggan yang sering memberi sokongan sejak pembukaannya pada Febuari lepas. Dan steak yang bakal dihidang secara percuma ini adalah Honey Pepper Ribs yang bernilai RM49.90 setiap hidangan.



Sedikit Tentang Wadihana Islamic Steakhouse (WISH)

Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) telah membuka perniagaan mereka di Damansara Aliff sejak Februari 2019 yang lalu. WISH menghidangkan makanan barat seperti steak dan pizza dengan sentuhan Islamik.

Umum mengetahui yang bukan semua restoran makanan barat itu menghidangkan steak yang halal, namun WISH ternyata dan terbukti menghidangkan 100% steak halal kepada para pelanggan. Mengambil inspirasi dari minat anak pemilik WISH sendiri iaitu Puan June Talib, WISH mula dibangunkan atas dasar minat anak Puan June Talib dalam bidang masakan. Menarik lagi, anak yang dimaksudkan hanya berusia 13 tahun dan seorang pelajar tahfiz.

Menurut Puan June, beliau memperuntukkan kira-kira RM1.5 juta untuk ubahsuai restoran, membeli peralatan dapur mengikut piawaian hotel 5 bintang yang sesuai dengan standard steak antarabangsa serta membina tempat membakar pizza (firewood pizza).

Selain itu, Wadihana turut menyediakan ruang di tingkat atas bagi pelanggan yang ingin mengadakan majlis atau mesyuarat yang boleh memuatkan  sehingga 120 kapasiti dalam satu-satu masa.



Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Wadihana Islamic Steakhouse (WISH) boleh lah hubungi mereka di :

Alamat : 36-38, Jalan Aliff 3, Damansara Aliff,
81200 Johor Bahru

Tel : 07-2442422




Jom dapatkan steak percuma!!

Post a Comment

4 Comments