Texas Chicken Lancarkan Pandu Lalu di Lembah Klang

Aku ada berita baik untuk semua peminat makanan segera Texas Chicken! Texas Chicken kini boleh dibeli secara pandu lalu. Hehe..pada aku, ini satu berita yang menggembirakan terutama bagi mereka yang benci beratur panjang macam aku.


Khamis lepas, aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pembukaan cawangan pertama Texas Chicken yang mempunyai perkhidmatan pandu lalu di Lembah Klang. Buat pengetahuan, cawangan Texas Chicken yang mempunyai perkhidmatan pandu lalu yang pertama telah dibuka di Sungai Petani pada tahun lepas. 



Kiranya, yang di Lembah Klang ni ialah cawangan yang mempunyai perkhidmatan pandu lalu yang kedua mereka la. Cawangan pertama yang mempunyai perkhidmatan pandu lalu ini di buka di Shell Sunway Mentari.

Cawangan ini berkeluasan 3,500 kaki persegi dan mampu memuatkan 146 pelanggan dalam satu masa. Terus terang, aku sangat sukakan suasana dan dekorasi Texas Chicken di Shell Sunway Mentari ni. Suasananya 'cozy' dan sangat sesuai untuk lepak bersama rakan dan keluarga.




Turut hadir memeriahkan upacara perasmian pembukaan cawangan pertama yang mempunyai perkhidmatan pandu lalu di Lembah Klang ini ialah Pengerusi Envictus International Holdings iaitu Dato' Jaya Tan.


Buat pengetahuan, Envictus International Holdings adalah syarikat yang bertanggungjawab terhadap kesemua outlet Texas Chicken di Malaysia. Sehingga  kini Envictus International Holdings telah membuka 50 cawangan restoran Texas Chicken dan telah membuka 5 lagi cawangan baru pada tahun ini termasuk cawangan pandu lalu di Sunway Mentari.



Yeayy..bagi aku yang memang peminat Honey-Butter Biscuit ni, berita tentang cawangan pandu lalu Texas Chicken ni memang sangat menggembirakan aku sebab sekarang aku dah tak payah nak susah-susah beratur semata-mata nak dapatkan Honey-Butter Biscuit yang sedap nak mati tu. Sekarang cuma perlu pandu lalu je.


Bagi korang yang ingin dapatkan maklumat lanjut tentang cawangan pandu lalu Texas Chicken boleh la layari laman web mereka www.TexasChickenMalaysia.com

Post a Comment

0 Comments