Koleksi Althea A'Bloom Naikkan Seri Wajah

by - June 27, 2019

Sebulan sebelum menyambut Syawal haritu aku agak sugul sebab kulit muka agak teruk terjejas selepas aku menggunakan 1 produk. Kulit muka memang kusam, gelap dan berjerawat.

Time tu memang aku susah hati sangat-sangat. Maklum la, tak lama dah nak beraya tapi kulit muka langsung tak berseri. Kalau berterusan macam ni memang agak segan nak keluar beraya dan berdepan dengan ramai orang.

Koleksi Althea A'Bloom Bantu Atasi Masalah

Sugul dengan kulit muka yang makin teruk, gigih aku mencari produk yang mampu atasi masalah aku ni. Tertarik dengan review-review yang dibuat oleh rakan blogger lain, aku mula search maklumat tentang produk Althea dari Korea.

Dan bila aku search tentang Althea A'Bloom aku terus tertarik dan akhirnya pada 31 Mei lepas aku terima parcel yang terbang dari Korea. Hehe..nak tau apa yang aku grab dari Althea?



Tadaaa..inilah yang aku grab dari Althea. Apa yang aku order kali ni ialah :


  • Sparkle-Me-Bright : Brightening Lemon Lim Mask Sheet
  • Ac-Me-Peach : Anti-Blemish Peach Mask Sheet
  • Avo-Cuddle-Me : Nourishing Avocado Mask Sheet
  • Water-Me-Long : Moisturizing Watermelon Mask Sheet
  • BHA Blackhead Blaster
  • Meringue Puff
  • Giant Meringue Puff

Koleksi Mask A'Bloom

Aku sukakan tiap satu koleksi mask A'Bloom dari Althea ni sebab setiap mask yang dikeluarkan mempunyai fungsi dan keistimewaan masing-masing :


Misalnya Sparkle-Me-Bright Mask, fungsinya untuk kulit kelihatan lebih cerah dan berseri. Untuk keterangan lanjut mengenai setiap mask, boleh rujuk jadual yang aku sediakan ni :

Sparkle-me-Bright
Brightening Lemon Lime  Mask Sheet
·         The brightening mask clarifies and brighten dull skin to unveil the natural glow from within.
·         The double dose of Vitamin C from lemon and lime extracts banishes dark spots and green tea boost brightening while calming skin.
·         Suitable for : All Skin Types (great for combination skin)
Avo-Cuddle-Me
Nourishing Avocado Mask Sheet
·         This mask is rich in antioxidants to nourish and protect skin from harmful environmental factors and prevent wrinkle.
·         Infused with avocado extracts and hibiscus for soft supple skin that  glows
·         Suitable for : All Skin Types (great for Dry Skin)
Ac-Me Peach
Anti-Blemish Peach Mask Sheet
·         This anti-blemish mask purifies and soothes irritated and sensitive skin.
·         Infused with peach extracts and tea tree oil to regulate oil, balance moisture and purify for smooth skin.
·         Suitable for : All Akin Types (great for Oily Skin)
Water-Me Long
Moisturizing Watermelon Mask Sheet
·         This mask that packs a punch of hydration and moisturizing for waterful skin that last.
·         A delicious drink for skin with watermelon extract and added lavender to calm the sense.
·         Suitable for : All Skin Types (great for Combination Skin)

Aku dah cuba semua koleksi mask ni dan ternyata memang sesuai sangat dengan kulit muka aku.



Paling aku suka ialah bila tiap kali aku pakai mask ni, kulit terasa lebih bersih, lembut dan berseri. Cara nak pakainya pun cukup mudah.


  1. Cuci bersih muka dan sapu sedikit toner.
  2. Keluarkan mask dari bungkusan dan pakai mask ke muka.
  3. Alihkan mask selepas 10-20 minit dan urut muka. 


BHA Blackhead Blaster

Kali pertama aku mencuba BHA Blackhead Blaster ni aku dah mula jatuh cinta! Mana taknya..BHA Blackhead Blaster ini mempunyai bahan-bahan yang sangat sesuai untuk menanggalkan bintik hitam dan bintik putih pada muka.



Antara bahan yang terkandung di dalam BHA Blackhead Blaster ni ialah White Willow, Charcoal, Apricot Seed dan Tea Tree Leaf Oil. Kesemua bahan ini terbukti sangat selamat digunakan.

Bagaimana cara nak guna BHA Blackhead Blaster ni? Ha..mudah je, memandangkan bentuk rekaannya memang direka bagi memudahkan pengguna..cuma perlu bukan penutup dan pusingkan seperti penggunaaan lipstick dan sapukan ke seluruh wajah.





Cuma perlu urutkan keseluruh wajah dan cuci muka dengan air bersih. Pendek kata penggunaanya sama seperti menggunakan pencuci muka yang lain. Tapi BHA Blackhead Blaster ni bertindak untuk menghilangkan bintik hitam dan bintik putih di wajah.

Bagaimana dia bertindak? Ha..boleh rujuk gambar di bawah bagi memberikan pemahaman lebih lanjut tentang bagaimana BHA Blackhead Blaster ini berfungsi.


Merigue Puff

Dalam set A'Bloom yang aku beli, aku selitkan sekali dengan merigue puff keci dan besar. Meringue puff ni kalau sekali tengok macam gula-gula pun ada hehehe tapi sebenarnya merigue puff ni kegunaan dia untuk oleskan foundation atau cc cream ke muka untuk nampak lebih sekata.


Aku sukakan merigue puff ni sebab bentuk dia memang memudahkan kita untuk meratakan foundation keseluruh muka termasuk pada tempat-tempat yang agak susah seperti di tepi hidung.



Hehe..dengan set Althea A'Bloom ni memang aku sangat berpuashati sangat dan hasilnya kulit aku lebih berseri berbanding sebelumnya.


Kalau korang nakkan kulit yang berseri, boleh la korang juga cuba produk Althea seperti aku! Untuk maklumat lanjut mengenai produk Althea, korang boleh ke :

 

You May Also Like

5 comments

  1. Terbaik Althea. Btw, Cik Min cantik :)

    ReplyDelete
  2. blackhead tu macam best jeee, macam menarik jee! whitehead punya ada tak? hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh yang ni memang boleh untuk whitehead & blackheaf

      Delete
  3. Blackhead blaster tu memang best, dengan mask tu, tengah tunggu stok mariiii! sangat puas hati.

    ReplyDelete