Dorsett Grand Subang Hotel Pertama Penuhi 3 Pemintaan Pelanggan Dengan Dorsett 3 Wishes & Penginapan 26 Jam.

by - June 30, 2019

Bercuti dan menginap di hotel itu biasa! Namun yang luar biasanya adalah apabila hotel nenawarkan 3 permintaan untuk dipenuhi kepada pihak pelanggan. Bak kata anak muda sekarang..memang rare!

Minggu lepas aku mengambil peluang untuk 'honeymoon' dengan suami. Lama dah kami tak bercuti. Alang-alang amik mood raya ni, kami ambil keputusan untuk bercuti tapi tak nak cuti jauh-jauh. Jadi, kami pilih untuk bersantai di tempat dekat-dekat je.

Bincang punya bincang, akhirnya kami memilih untuk menginap di Dorsett Grand Subang. Selepas sepakat memilih tempat untuk 'honeymoon', terus aku ke laman web Dorsett untuk membuat tempahan dan aku terus tertarik tawaran penginapan selama 26 jam dan juga Dorsett 3 Wishes. Tawaran untuk Dorsett 3 Wishes tu bermula  1 April 2019 sehingga 31 Disember 2020 nanti!




Penginapan Selama 26 Jam

Penginapan selama 26 jam? Biasanya hotel cuma menawarkan penginapan antara 22 hingga 24 jam sahaja, namun di Dorsett pelanggan ditawarkan dengan penginapan penuh selama 26 jam. Macam mana tu? Ok..macam ni..kalau korang check-in pada pukul 12 tengahari, biasanya korang akan check-out sama ada pukul 12 tengahari esoknya atau pun pada pukul 2 petang kan? Tapi di Dorsett, sekiranya korang check-in pada pukul 12 tengahari..korang boleh check-out pada pukul 4 petang keesokkan harinya.

Jadi, tanpa berlengah aku pun membuat tempahan. Oh ye! Untuk tempahan bagi penginapan selama 26 jam ada syaratnya iaitu :


  • Tempahan mestilah melalui laman web rasmi hotel
  • Tempahan mestilah dibuat 72 jam sebelum tarikh penginapan



Dorsett 3 Wishes

Bukan hanya setakat penginapan penuh selama 26 jam, malah pihak Dorsett Grand Subang turut menyediakan Dorsett 3 wishes di mana pelanggan boleh membuat 3 permintaan kepada pihak hotel. Namun begitu, permintaan mestilah antara berikut :


Complimentary Breakfast for 2 persons at Terazza Brasserie  (Daily)


Complimentary room upgrade to Deluxe room per stay


Complimentary Pressing service of 2 pcs of garments per stay 


Complimentary One Round of Dorsett Mocktail from 5 pm - 8 pm for 2 persons at Piano Lounge per stay


Complimentary One canister of  Dorsett Signature Cookies per stay


Complimentary One Time Minibar Service per stay, subject to a minimum of 2 nights’ stay

Macam aku hari tu, 3 permintaan aku ialah :

  • Bersarapan di Terazza Brasserie untuk 2 orang

  • Menaiktaraf bilik ke Deluxe room

  • 1 canister biskut

Untuk makumat lanjut mengenai Dorsett 3 Wishes ni korang boleh klik link ini https://www.dorsetthotels.com/en/dorsett-grand-subang/offers/dorsett-3-wishes-.html

Mengapa Aku Pilih Dorsett Grand Subang?

Selain kerana Dorsett Grand Subang menawarkan penginapan penuh selama 26 jam dan juga Dorsett 3 Wishes, aku memilih untuk menginap di Dorsett Grand Subang kerana :

  • Bilik yang selesa 






  • Fasiliti yang lengkap

Di Dorsett Grand Subang ni selain meyediakan kolam renang yang luas, mereka turut menyediakan gym khas untuk mereka yang menjalani kehidupan yang sihat. Gym di sini bukan setakat lengkap dengan peralatan bersenam malah turut disediakan bilik sauna dan jakuzi serta tempat penyimpanan barang yang mencukupi.





  • Tempat makan yang selesa dan sedap

Di Dorsett Grand Subang ni terdapat beberapa tempat makan yang sedap dan menarik antaranya Emperor Chinese Restaurant yang mengidangkan makanan Chinese yang halal dan juga di Terazza Brasserie yang menghidangkan pelbagai jenis masakan.


Antara hidangan yang terdapat di Emperor Chinese Restaurant

Antara hidangan yang terdapat di Terazza Brasserie


  • Lokasi yang strategik

Dorsett Grand Subang terletak di tempat yang stategik dan mudah ekses. Kalau korang sejenis yang suka menghabiskan masa di shopping mall, korang boleh bershopping di Subang Parade dan Subang Empire yang terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari hotel, Sunway Pyramid yang terletak kira-kira 8 minit dari hotel atau pun korang boleh ke Citta Mall yang terletak kira-kira 8 minit dari hotel.

Untuk maklumat lanjut mengenai Dorsett Grand Subang, korang boleh lah melayari :




















You May Also Like

3 comments

  1. Wah untung ya rezeki tu dpt kelebihan mcm2 ketika di hotel...done cikguzim follow #177

    ReplyDelete
  2. Wahhh...bestnya... teringin nak pergi

    ReplyDelete
  3. boleh masuk list ni!! menarik sebab boleh check out lambat!!haha

    ReplyDelete