Resipi Daging Bakar Ringkas & Sedap

by - May 07, 2019

Semalam aku demam teruk. Aku tidur je sepanjang hari sebab langsung tak larat nak buat apa-apa. Bangun solat Zohor pun dah dekat nak masuk Asar..

Memang betul-betul tak larat. Lepas selesai solat aku ke dapur jap tengok apa yang ada. Mujurlah lauk pauk yang aku beli di SEGI FRESH MARKET hari tu banyak lagi. Jadi aku keluarkan daging. Puas jugak fikir nak masak apa dengan daging ni memandangkan aku betul-betul tak larat dan tak berselera nak makan sebab tekak sakit sangat.

Fikir punya fikir, aku putuskan untuk bakar je. Tapi maaf lah aku tak sempat nak ambil semua gambar-gambar bahan masakan sebab aku memang tak larat sangat. Jadi aku share kan dengan korang bahan-bahannya ye.



Bahan-bahan Daging Bakar Ringkas & Sedap

1. Sedikit Daging Lembu (portion mengikut kesukaan korang)
2. 2 biji kentang yang dipotong 4
3. Sebiji bawang Holland
4. 1 sudu kecil serbuk cili
4. Sedikit serbuk lada hitam
5. Secubit Garam
6. Sedikit Minyak Zaitun (untuk mengelak daging dari melekat pada kuali)

Cara Penyediaan :
1. Gaulkan semua bahan tersebut dalam periuk bertutup dan perap selama 1 jam.
2. Bakar selama 15-20 minit

Ha..ringkas sangatkan cara nak sediakan daging bakar ni. Yang penting rasanya memang sedap sangat.


Semalam nak dijadikan cerita, lepas aku perapkan daging tu aku terus masuk bilik dan tertidur. Sedar-sedar je dah pukul 6.50 petang. Kelam kabut aku bangun memandangkan aku belum sediakan apa-apa pun untuk berbuka puasa. Mujurlah dah perap daging tu. Jadi aku bangun terus bakar sekejap. Elok dekat nak azan aku dah sempat masak daging bakar tu dan makan untuk berbuka puasa.

Aku bakar guna kuali ajaib ni je..memang mudah sangat.

Kalau korang tak sempat nak masak beria, boleh la cuba resipi ringkas aku ni. Hehe..berbuka ala western. Kalau tak sukakan rasa pedas korang tak payah la letak serbuk cili tu. Selamat mencuba ye korang (maaf gambar tak banyak)

You May Also Like

1 comments