Nate Bistro Pilihan Wajib Berbuka Puasa Dengan Menu Super Sedap!

by - April 12, 2019

Tahun ni, untuk pertama kalinya aku mendapat undangan dari pihak Nate Bistro yang terletak di Ara Damansara, Petaling Jaya (berdekatan dengan Citta Mall)


Mulanya aku agak keliru dengan Restoran Menate sebab ejaannya kelihatan agak sama. Tapi ternyata perkiraan aku meleset kerana Nate Bistro (sebutannya net) adalah sebuah restoran yang menghidangkan 100% masakan Melayu.


Telah beroperasi sejak 3 tahun lepas, Nate Bistro kini adalah tumpuan pengunjung kerana menyediakan hidangan masakan Melayu yang enak. Dan sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama lagi, Nate Bistro akan menghidangkan sebanyak 50 menu berbuka puasa.

Fuh! Aku hari tu naik juling mata tengok menu-menu yang ada dan yang pastinya semua menu yang mereka hidangkan tu sedap-sedap belaka. Lillah wei korang..aku tak tipu atau nak bodek Nate Bistro ni. Tapi masa aku gi buffet ramadan preview hari tu, aku dah cuba hampir keseluruhan menu dan tak ada satu pun menu yang tak sedap.



Hidangan pertama yang aku cuba ialah Nasi Himpit dan Rendang Ayam. Perghhh..Rendang Ayam dia memang sangat padu. Aku bagi 5 bintang! Habis Rendang Ayam, aku cuba pula menu-menu lain antaranya :

  • Labu dan Pucuk Manis Masak Lemak
  • Pajeri Terung
  • Sambal Udang Petai
  • Gulai Tempoyak Ikan Patin






Tu belum aku sebut habis menu-menunya. Tapi yang paling aku suka dan tak boleh move on smpai sekarang ialah MURTABAK kat Nate Bistro ni. Bukan aku nak puji lebih tapi seriously aku rasa ni la murtabak paling sedap yang pernah aku makan. Dah la adunan rotinya lembut, intinya pulak cukup rasa dan terasa 'juicy'. Pendek kata, kalau korang dah cuba sekali..korang akan nak lagi berkali-kali. Memang sedap namatey wei.


Bukan takat lauk pauk dan murtabak je yang sedap, malah kuih muih yang terhidang kat sini pun semuanya sedap-sedap belaka. paling aku suka ialah kuih lopez.

Selain makanan, minuman turut dihidangkan dengan pelbagai seleksi mengikut selera pelanggan. Jeruk-jeruk dan kerepek pun ada tau kat sini! Bagi peminat jeruk kelubi macam aku, korang kena try jeruk kelubi kat sini..memang sedap!



Oh ye..50 menu yang dihidangkan di sini akan bertukar setiap hari. Jadi kalau korang nak datang berbuka puasa hari-hari kat sini pun boleh..jaminan tak jemu makan lauk yang sama..hahaha..


Tapi yang paling aku tertarik ialah, IMAM & RUANGAN SOLAT TERAWIKH disediakan! Perghh..jarang aku dengar ada restoran yang sediakan imam & ruangan solat terawikh di tempat mereka. So far yang aku tau ialah kat PWTC. Menurut Datin Seri Nureen iaitu pemilik Nate Bistro, mereka menyewa tapak yang jaraknya lebih kurang 100 meter dari restoran untuk dijadikan surau. Tapi sekiranya korang bimbang yang surau tak mncukupi, korang boleh ke tingkat 2 bangunan yang sama dengan restoran sebab terdapat surau di sana.

Oh ye..Ruangan dalam Nate Bistro ni memang sangat selesa dan cantik. Jadi jangan bimbang kalau korang nak datang ramai-ramai pun.


Bagi korang yang mencari tempat berbuka puasa yang sedap, aku memang suggestkan korang Nate Bistro ni. Untuk keterangan lanjut korang boleh baca info dibawah ni atau hubungi pihak Nate Bistro sendiri.

Harga Buffet Ramadan : RM65 (dewasa), percuma bagi kanak-kanak bawah 7 tahun.
Harga Promosi : RM55 (dibuka sekarang sehingga 4hb May 2019)

Alamat : CG-01 Centrum Corporate Park,
2, Jalan PJU A1/2, Ara Damansara,
Petaling Jaya, Selangor

No. Untuk Tempahan : 03-76802840

You May Also Like

0 comments