Le French Festival 2019 Kembali Dengan Edisi ke 18

Siapa peminat filem-filem dari Perancis? Ni berita baik untuk korang semua kerana Le French Festival (LFF) kini kembali ke Malaysia dengan edisi ke 18!

Bukan setakat filem tetapi Le French Festival kembali dengan mempersembahkan pameran kesenian, muzik, persembahan teater dan banyak lagi.

Baru-baru ni aku berkesempatan untuk menghadiri majlis perasmian Le French Festival yang bertempat GSC Mid Valley Megamall. Acara berlangsung meriah dengan kehadiran pihak penganjur, pihak penaja dan rakan kongsi selain kehadiran pelakon serba boleh Malaysia iaitu Sharifah Amani.





Bagi yang tak tahu macam aku, Le French Festival ni dah berlangsung sebanyak 18 kali dan telah diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2001.

Aku sendiri jujurnya baru je mengetahui tentang Le French Festival ni dan baru-baru ni jugak buat pertama kalinya aku menyaksikan filem Perancis yang bertajuk Edmond, sebuah filem komedi yang sangat menarik untuk ditontoni.


Le French Festival 2019 akan menampilkan trend dan hiburan terkini dari perancis termasuk :
  • French Film Festival terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 16 filem perancis yang memenangi anugerah (dengan sarikata Bahasa Inggeris disediakan)
  • Pelbagai artis muzik dari Malaysia mempersembahkan muzik Perancis
  • Pertunjukan teater dan tarian secara langsung.
  • Acara Art de Vivre termasuk merasa makanan & minuman Perancis, kelas memasak dan banyak lagi.

Manakala, untuk festival yang dijadualkan akan berlangsung pula adalah seperti berikut :

Bandar Terlibat
Tarikh
Kuala Lumpur
4 April – 28 April
Pulau Pinang
25 April – 5 May
Johor Bahru
2 May – 5 May
Kota Kinabalu
9 May – 12 May


Bagi tayangan filem pula, antara filem-filem yang akan ditayangkan adalah :


  • Edmond (sebuah filem komedi)



  • Funan (filem animasi)


Dan tayangan filem yang dijadualkan pula adalah seperti berikut :

Bandar Terlibat
GSC Cinema Yang Terlibat
Tarikh
Lembah Klang
Pavilion Kuala Lumpur
Mid Valley Megamall
1Utama Shopping Centre
4th to 21st April 2019
Pulau Pinang
Gurney Plaza
25th to 5th May 2019
Johor Bahru
Paradigm JB Mall
2nd to 5th May 2019
Kota Kinabalu
Suria Sabah Mall
9th to 12th May 2019

Macam yang aku sebutkan tadi, selain tayangan filem terdapat juga persembahan : 

  • Teater
  • Muzik
  • Pameran
  • Tarian
  • Gastronomy & tasting

Jika korang berminat untuk menyertai Le French Festival 2019, boleh la rujuk :

Official Website : www.lefrenchfestival.com.my


Post a Comment

17 Comments

  1. Kita tak pernah tengok cite perancis.
    Agak agak macam mana ekk jalan ceritanya..
    Adakah macam cite omputih yang selalu kat tv tu? Hehhee

    ReplyDelete
  2. Cerita French memang best. I paling suka the romantic moment.

    ReplyDelete
  3. I dok tengok citer Korea je. Lupa pulak ada negara lain lagi. Boleh la ofis I kat sini je . Nanti senang boleh gi tengok French movie pulak.

    ReplyDelete
  4. Jom tgk Edmond lg nak?? hahahaha...tak pun tgk Funan please...jom laaa...puhlisss!

    ReplyDelete
  5. Wow banyak kali dah tapi tak pernah tahu ahaks ~ wayang pun dah lama x jejak hihih tp tq for sharing

    ReplyDelete
  6. Wahhhh seronoknya ! Filem2 French mmg jadi kegemaran sy. Mungkin sbb bahasanya yg kedengaran begitu romantik. Nanti nk pergi tengok jugaklah. Tiket dah beli nie

    ReplyDelete
  7. Tak pernah te fok filem French ni .Best ke ?Ada yang kata best . Selain filem banyak jugak aktiviti yang dianjurkan ya .Meriah nampaknya. Kalau dekat saya bak join art de vivre tuh . boleh rasa makanan dorang puas puas.. hehehe

    ReplyDelete
  8. Alamak... Ketinggalan sungguh kita. Belum pernah tonton citer French. Tentu best romantik gitu kot kann... Nak laa try pi tengok satu dua movie nanti. Thanks sharing

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi tengok cerita perancis. Tapi perancis ni selalunya banyak benda2 romantik je kan? Mesti byk love story movie dia.

    ReplyDelete
  10. Jarang tengok event dan rancangan perancis ni.. Hehehe.. Tapi bgusla ddia buat macam ni. .Sekurngnya boleh tengok kn . Pastu dapat rasa makan diaorang. .Hahaha. .

    ReplyDelete
  11. Tak pernah lagi tonton cerita france. Nampak macam menarik tgk
    Pada tajuk... tapi cerita france byk citer sedih dan romantik kan

    ReplyDelete
  12. OMG..I must have been living under the rock...I didn't even know that this festival existed. I just saw some of the trailers of some of the movies, really looks good.

    ReplyDelete
  13. Watched a few French movies before and I must say that their movies are usually more skewed towards love and romance. :)

    ReplyDelete
  14. Thanks for informing. Will check out the Le French Festival ! Some of the movies trailers looks pretty interesting!

    ReplyDelete
  15. Ala kelantan tak ada la kak min. Bencila macam ni. Hahhaha

    ReplyDelete