PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Hotel Patuh Syariah Pertama di Malaysia

Pernah tak korang tinggal di hotel yang dikendalikan 100% bumiputera yang kakitangan hotelnya juga 100% melayu, tak ada bar, tak ada setitik arak pun dan 100% patuh syariah?

Haaa..menarik kan? Dan yang lebih menarik hotelnya setanding hotel antarabangsa! Mewah, bersih, fasiliti yang lengkap, moden..namun patuh syariah! So siapa yang mempunyai tanggapan bahawa hotel patuh syariah tak boleh berdiri setanding malah lebih baik dari hotel bertaraf antarabangsa, sila ubah persepsi anda dan datang sendiri merasai pengalaman menginap di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park.

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  yang dulu lebih dikenali sebagai PNB Darby Park sebenarnya nama yang memang tak asing lagi. Tapi tak ramai yang tahu bahawa PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  adalah hotel patuh syariah yang pertama di Malaysia dan sememangnya 100% 'muslim friendly'..maklum la, aku pernah je menginap di hotel-hotel yang katanya 'muslim friendly' namun still ada bar dan minuman keras dijual.

Namun di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park sangat berlainan kerana tiada setitik arak pun dihidangkan di sini. Aku sangat bangga dengan pencapaian dan konsep yang diketengahkan oleh PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  ni.

Percutian 3 Hari 2 Malam Yang Penuh Bermakna

Khamis lepas aku sengaja merancang percutian pendek dengan suami tapi kami merancang tak nak pergi jauh-jauh. Jadi, setelah berbincang kami sepakat nak bercuti dalam KL je dan kami telah membuat pilihan bijak apabila memilih PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  sebagai destinasi percutian kami kali ini.


Kenapa bijak?  PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  ni selain menawarkan penginapan yang cantik, bersih dan mewah, hotel patuh syariah yang pertama di Malaysia ni juga terletak di kedudukan strategik yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan shopping mall yang terkenal di Malaysia ni. Selain tu, kalau korang nak datang dengan pengangkutan awam pun mudah sebab LRT Ampang Park terletak sangat berhampiran dengan PNB Perdana Hotel & Suites On The Park , cuma 5 minit je kalau berjalan kaki dari LRT Ampang station tu ke PNB Perdana Hotel & Suites On The Park .

Bilik-Bilik Yang ditawarkan di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park 

PNB Perdana Hotel & Suites On The Park mempunyai sebanyak 338 buah suites dan terbahagi kepada 2 jenis iaitu Premier & Club Floor. 

Premier Floor menawarkan penginapan :
  • 1 Bedroom Studio
  • 1 Bedroom Superior
  • 1 Bedroom Deluxe
  • 1 Bedroom Premier
  • 2 Bedroom Deluxe
  • 2 Bedroom Premier
  • 3 Bedroom Suite
Aku difahamkan yang Premier Floor & Club Floor ni mempunyai 'privasi' masing-masing di mana kaunter pendaftarannya berbeza dan tempat makan juga berbeza. Bagi mereka yang memilih untuk menginap di Premier Floor, tempat makannya adalah di Restoran 10 Binjai manakala bagi mereka yang memilih untuk tinggal di Club Floor pula tempat makannya di Restoran 39 yang terletak di aras 39.

Manakala untuk harga pula ialah bermula RM280 untuk Premier Floor yang terletak di aras 10-28 dan harga bermula RM400 untuk Club Floor yang terletak di aras 29-38.

Club Floor pula menawarkan penginapan :
  • 1 Bedroom Superior
  • 1 Bedroom Deluxe
  • 1 Bedroom Premier
  • 2 Bedroom Deluxe
  • 2 Bedroom Premier
  • 3 Bedroom Suite
  • 4 Bedroom Lifestyle Residence



Macam aku hari tu, bilik yang aku pilih adalah 1 Bedroom Deluxe yang terletak di Club Floor di aras 37. Hehe..bilik aku sangat cantik dan besar, pemandangan pulak memang lawa sangat.

Melangkah masuk je ke bilik, nampak ada kad ucapan dari GM PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  iaitu Encik Taha Zainal. 

Terima kasih PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Hotel dan Encik Taha!



Bilik yang aku dapat ni sangat luas tau. Dah macam sebuah rumah hehehe dengan ruang tamu yang selesa, 2 bilik air dan bilik air utama dilengkapi dengan bathtub, dapur, tv yang terdapat di ruang tamu dan juga dalam bilik, sterika dan paling penting sejadah dan Al-Quran turut disediakan.

Selain bilik yang mewah, luas dan selesa..PNB Perdana Hotel & Suites On The Park turut menyediakan fasiliti yang lengkap untuk tetamunya :

  • Kolam Renang

  • Gym
  • Taman Permainan
Pendek kata kat sini segalanya lengkap dan yang paling penting korang akan rasa selesa bila menginap di sini. Oh ya! Khas untuk pengunjung wanita yang suka sangat berenang, jangan bimbang sebab pada pukul 9 malam hingga 11 malam kolam renang akan dibuka khas untuk WANITA SAHAJA dan lelaki tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke ruangan kolam renang tu tak kira lah anak korang ke atau suami korang. Jadi untuk kaum wanita, inilah masanya untuk berenang dengan bebas tanpa rasa segan diperhatikan hehehe..

Pelbagai Makanan Enak dihidangkan di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park 

Terdapat 2 restoran dengan menu menarik yang ditawarkan di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  iaitu Restoran 10 Binjai yang terletak di tingkat bawah dan Restoran 39 yang terletak di aras 39 dan berkonsepkan fine-dining.

  • Restoran 10 Binjai 
Restoran 10 Binjai menghidangkan pelbagai jenis masakan Melayu yang sangat-sangat enak dengan harga yang sangat berpatutan. Hari tu aku berkesempatan untuk merasai sendiri keenakkan Daging Salai Lemak Cili Api yang sangat menyengat dan kena dengan selera aku. Hehe..bukan takat Daging salai lemak cili api yag aku makan..cendol, nasi panggang,ceasar salad..semua aku makan hehehe..memang sedap sangat-sangat.

Sebenarnya Restoran 10 Binjai ni memang terkenal dengan makanan yang sedap-sedap. Kalau korang memang follow aku mesti korang ingat yang aku pernah buat review untuk buffet Ramadhan kat sini tahun lepas BACA SINI

Untuk hidangan ni, Air : Binjai Heaven (RM15), Shirley Temple (RM15)
Makanan : Ceasar Salad (RM18), Nasi Panggang (RM25), Daging Salai Lemak Cili Api (RM22)

Nasi Panggang RM25

Cendol ni sedap namatey..sumpah sedap! Korang wajib cuba kalau datang makan kat sini. Sebanyak-banyak ini cuma RM10
Tapi paling aku tertarik hati ialah ada 'tanda nasihat' jangan membazir. Hehehe..1st time aku tengok hotel sediakan 'peringatan islamik' camni



  • Restoran 39
Restoran 39 ni terletak di aras 39 dan berkonsepkan fine-dining namun fine-dining yang dihidangkan di sini ialah masakan Melayu! Menarikkan? Lebih menarik di Restoran 39 ni korang boleh menikmati pemandangan indah seluruh bandaraya Kuala Lumpur.

Walaupun berkonsepkan fine-dining tapi Restoran 39 ni langsung tak ada bar dan minuman beralkohol dihidangkan. Sangat-sangat patuh syariah dan aku sangat sukakan konsep ni. Ye la actually semua benda ni sebenarnya bermula dari kita kan? Kalo kita tegaskan pendirian untuk tegakkan syariat Islam semuanya akan terlaksana. Contohnya cam PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  ni..ramai je aku tengok mat salleh yang stay kat sini. Siapa kata bisnes akan kurang kalau tak ada tarikan-tarikan yang tak berlandaskan syariah tu? Alamak..terbebel lak..wakakaka..ok, jom sambung cerita...

Aku haritu sempat untuk menikmati makan malam romatik dengan suami di Restoran 39 dengan pelbagai menu yang sedap. Aku sampai sekarang teringat-ingat keenakkan makanan kat Restoran 39 tu. Hehehe..Insyallah nak ajak encik suami repeat lagi makan kat sini nanti.

Untuk hidangan ni, Air : Ceritera Cinta (RM19), Cinta 39 (RM19)
Makanan : Satay's Puncak (RM29), Bergedil Ayam Lembut (RM29)


Lamb Noisette (RM45)

Kerapu Goreng Cili Hijau (RM50)
Kerapu Goreng Cili Hijau ni sedap namatey wei..dah la kulit kerapu tu ranggup, sambal cili hijau dia pun ranggup dan sedap sangat-sangat.


Yang penting boleh menikmati pemandangan yang indah sambil makan dan romatik-romantik dengan pasangan..heehehe..sape yang selalu follow aku mesti tau yang aku memang suka tangkap gambar sunset jadi dikesempatan ini pun sempat lah aku mengabadikan 1 gambar sunset dari Restoran 39 ni


Oh ye..untuk semua hidangan menarik dan enak yang dihidangkan di sini, inilah orang yang bertanggungjawab menghidangkan makanan yang sedapa-sedap iaitu Chef Amran Adnan



Tarikan Menarik Sekitar PNB Perdana Hotel & Suites On The Park 

Oleh sebab percutian aku adalah percutian 3 hari 2 malam, jadi..tak kan la aku nak lepak bilik je kan? Maka untuk 3 hari 2 malam ni aku sempatlah explore tempat yang aku tak pernah explore macam Aquaria KLCC, Pusat Kraf Negara dan Taman Burung.

Aku cadangkan korang untuk ambil grab je kalau nak berjalan sekitar KL ni bila menginap di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park . Sebab lebih memudahkan sebenarnya bila amik grab ni so tak payah fikir nak top up minyak, nk cari parking, nak bayar parking, nak waze tempat hehehe..pada aku lebih jimat masa dan wang kalau amik grab nak berjalan-jalan sekitar KL bila menginap di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  ni.

  • Aquaria KLCC
Aku pasti yang anak-anak korang pasti teruja kalau korang bawak anak-anak ke Aquaria KLCC ni. Aquaria KLCC terletak berhampiran dengan PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  ni. Aku cadangkan korang check dulu jadual perjalanan korang untuk melawat ke Aquaria KLCC sebab ada hari-hari tertentu yang korang boleh tengok macam mana ikan-ikan termasuk 'shark' diberi makan.

Harga Tiket : 

Dewasa : RM65
Kanak-kanak : RM56
Warga Emas : RM46

Harga Grab dari PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  : RM5

  • Pusat Kraftangan Negara
Ni pun salah satu tempat menarik yang korang kena lawati bersama keluarga. Sebab selain melihat hasil kraftangan, korang juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman mewarna batik. Aktiviti ni boleh dibuat seisi keluarga. Untuk mewarna ni cuma bayar RM15 je dan korang boleh bawak balik hasil mewarna korang tu.


Harga Grab dari PNB Perdana Hotel & Suites On The Park : RM6


  • Taman Burung (KL Bird Park)
Taman Burung KL ni memang antara tempat yang wajib jugak untuk korang lawati dengan family. Bukan takat anak-anak, mak bapak pun turut teruja tengok pelbagai spesis burung yang terdapat di Taman Burung KL ni.



Harga tiket : 

Dewasa (Standard) : RM63
Kanak-kanak (Standard) : RM42

Dewasa (Dengan MyKad) : RM25
Kanak-kanak (Dengan Mykad) : RM12

Harga Grab dari PNB Perdana Hotel & Suites On The Park : RM12

Jadi, korang dah faham kan sekarang kenapa aku pilih PNB Perdana Hotel & Suites On The Park  sebagai tempat percutian aku kali ni? Hehehe..sebab mudah nak kemana-mana selain hotelnya yang patuh syariah, luas, mewah, bersih dan terletak di laluan strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Nah, sebelum berundur aku kongsikan video aku di PNB Perdana Hotel & Suites On The Park 


Oh ye..terima kasih pada pihak PNB Perdana Hotel & Suites On The Park dan team yang sentiasa melayan kami dengan baik. Terima kasih secara peribadi kepada En. Taha Zainal, En. Zaid, Cik Sakinah dan semua team yang menjayakan percutian 3 hari 2 malam di  PNB Perdana Hotel & Suites On The Park ni.

Maaf..yang hujung paling kanan tu suami aku bukan team PNB Perdana Hotel & Suites On The Park hahaha..

Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut, bolehlah hubungi PNB Perdana On The Park di :




Post a Comment

21 Comments

  1. wahh.. first time dengar this kind of hotel.. and the playground nmpk meriah and cantik sangat!

    ReplyDelete
  2. Wahh tertarik dgn konsep patuh syariah. Mandi pool pon bole untuk wanita shj. Sgt menitikberatkan kaum muslim.

    ReplyDelete
  3. Bagusnya dia ada timing untuk pool perempuan je. Biasanya diaorang campur je kan. dan ade time hotel yang pukul 8 malam je terus tutup, tak boleh masuk dah.

    ReplyDelete
  4. wow..bagus ni hotel konsep patuh syariah macam ni..tgok cantik giler..bab makanan tu x yah cakap la..kang akak komen terus terliur..pasti pasti tip top gak tu...untung abe yee sambut bday kat situ

    ReplyDelete
  5. wah ni kali pertama dengar pasal hotel ni, terus google.. harga pun tak la mahal sangat tapi bilik dia memang nampak sangat mewah

    ReplyDelete
  6. Menariklah hotel begini. Tengok gambar pun cantiknya! Makanan pun terliur jadinya.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya patuh syariah. Betul la kadang2 hotel memang ada menyediakan minuman keras ni walaupun kitchen makanan halal tak bercampur dengan makanan tak halal tapi....minuman keras masih ada dijual. Suka la konsep ni.

    ReplyDelete
  8. pertama kali dengar hotel patuh syariah...menarik dan tertarik...suka la dengan konsep yang macam ni..good job pbnb

    ReplyDelete
  9. Wow!!...besar betul bilik dia...boleh dok ramai ni...hahahaha..mmg puas hati kalo duduk hotel bilik besar mcm ni...

    ReplyDelete
  10. Wah best yer kak min bercuti dengan suami kat PNB Park ni. Huda pernah makan kat restoren 39 tu jer, tak pernah stay sini. Hope ada la rezeki nak stay sini, sebab bilik nampak cantik, mewah dan yang penting yakin suci sebab 100% patuh syariah kan!

    ReplyDelete
  11. Wow bestnya dapa Honeymoon kat tempat menarik dan cantik macam ni hehehehe makanan pun nampak sedap dan yang paling penting Patuh Syariah tu yang susah nak dapat kat Malaysia walaupun negara kita adalah negara Islam hehehehe....

    ReplyDelete
  12. Pernah stay di Hotel Perdana Kota Bharu dan onie rasakan pengurusan di Hotel PNB ni setanding dengan Hotel Perdana Kota Bharu juga. Lama tak jumpa En.Taha. Sangat humble kan en.taha. Dekorasi di hotel ni pun cantik. Moden kontemporari :)

    ReplyDelete
  13. Menariklah Hotel PNB ni... Bonde tak pernah menginap dekat sini... tengok apa yang Min share memang nampak selesa sekali... tempat makan yang romantik tu sukalah tengok.. makan sambil tengok pemandangan indah gitueee.. boleh pi nanti buat surprise candle light dinner

    ReplyDelete
  14. Sukanya bila tengok makanan nan pelbagai tu. View matahari terbenam tu sangat cantik dan menyentuh hati. Bila la PNB nak panggil untuk staycation nie? hehe

    ReplyDelete
  15. wah menariknya hotel ni, konpem bebas maksiat at least tak de la orang yang belum kahwin singgah tinggal berdua-duaan kan sekali gus dapat elak benda yang tak patut berlaku.. nampak macam selesa, kemas dan cozy gitu... makanan pun best sebab tak bercmapur dengan arak and so on, macam ni pak arab islamik bolehlah tempat satu bilik kat sini..

    ReplyDelete
  16. Jrg la tgk hotel patuh syariah kan... Tgok deco dalaman dia sgt mewah.. Sesuai lah dgn pakej harga dia beri tu .. Dr segi hiasan bilik, tmpt mkn, menu makanan dan lain2 mmg menarik..

    ReplyDelete
  17. Menariknya.... Paling menarik 100% patuh syariah. Tahniah PNB Darby Park
    Restaurant 39 pernah makan sana dan memang sedap food dia plus view yang cantik boleh nampak mata hari terbit dan terbenam.

    ReplyDelete
  18. Ya Allah cantiknya PNB hotel nie. Nampak mewah dan selesa betul ya. Tengok interior design bilik je dah tahu. Teringinnya nk menginap di tempat2 mahal mcm nie sambil bawa satu family. Mesti dorg suka pergi tempat2 mcm nie.

    ReplyDelete
  19. Wow...biliknya memang besar giler lar sampai ada ruang tamu juga ada kan. War...ada taman permainan untuk kanak-kanak juga? War...memang bagus lar.

    ReplyDelete
  20. Syoknya dapat stay kat hotel yg betul betul patuh shariah macam ni. makanan pun nampak sedap sedap. siapa cakap Islam tak boleh berdiri sama tinggi kan.

    pst, Abe Yee dok membebel apa lagi tu:-p

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete