Perencah INNNI Resipi Rahsia Sajian Istana

by - January 24, 2019

Zaman sekarang rata-rata orang jarang memasak dengan pelbagai alasan dan lebih memilih untuk menikmati hidangan di luar. Dan tanpa kita sedari kebanyakan makanan yang dihidangkan di luar mengandungi MSG atau nama panjangnya Monosodium Glutamate.

Monosodium Glutamate (MSG) sebenarnya tidak sihat untuk kita. Ya! Makanan korang akan jadi lazat tapi tahu tak korang tentang jangka panjang pengambilan MSG secara berterusan?

Kesan Pengambilan MSG


MSG boleh menyebabkan masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan  ada yang menjadi buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan ialah dengan memberi haiwan makan MSG.





Aku ada memetik sebuah artikel http://pmr.penerangan.gov.my yang menerangkan tentang kesan MSG. Antaranya ialah :

a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.

c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.

d. Kesan pengambilan MSG  ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin.  Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak.

Artikel ini disunting dari Buku Kawal Berat Badan, Bahrin Samah

Perencah INNNI Resipi Rahsia Sajian Istana


Menyedari tentang bahaya MSG, Umarial Enterpise sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Gombak telah memperkenalkan perencah serbaguna tanpa MSG yang dinamakan PERENCAH INNNI.


Menariknya tentang Perencah INNNI ialah mendapat ilham dari resipi istana. Pengasas Perencah INNNI ni asalnya adalah kerabat diraja yang dari kecilnya memang tinggal di istana. Dan pengasas INNNI iaitu Allahyarham Ungku Mohd Ariff yang juga dikenali sebagai Pak Ungku sangat menggemari sajian mee hailam yang disediakan tukang masak istana & sejak itu Pak Ungku berusaha untuk mendapatkan resipi yang sama macam masakan tukang masak istana.

Pengasas Perencah INNNI, Allahyarham Pak Ungku

Akhirnya pada tahun 1986, Allahyarham Pak Ungku berjaya mengeluarkan perencah serbaguna yang diberi nama Perencah INNNI iaitu gabungan nama Allahyarham Pak Ungku sendiri, isteri dan anak-anak mereka.

Perencah INNNI telah dihasilkan setelah bertahun kajian dibuat. Malah isteri Allahyarham Pak Ungku sendiri akan mencampurkan perencah INNNI ini dalam setiap masakannya dan ini menjadikan perencah INNNI yang pada asalnya dicipta sebagai perencah Mee Hailam kini menjadi perencah serbaguna.

Menarik tentang Perencah INNNI ialah perencahnya dibuat menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti bawang, serbuk lada, tepung dan menjadikan ikan bilis sebagai bahan perisa. Teksturnya seakan serbuk dan mudah untuk dimasukkan ke dalam masakan atau dijadikan bahan pemerapan.



Legasi Produk Perencah INNNI


Produk INNNI kini telah diusahakan sepenuhnya oleh En. Ungku Zubir bagi meneruskan legasi produk Perencah INNNI setelah pemergian ayahandanya Allahyarham Pak Ungku pada tahun 2012.

Ungu Zubir (2 dari kanan) anak Allahyarham Pak Ungku yang meneruskan legasi Ayahandanya.

Perencah INNNI telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM pada tahun 2006 dan seterusnya mendapatkan pensijilan MESTI dari kementerian kesihatan.

Setelah zaman berlalu, kini Perencah INNNI telah bertukar wajah dan semakin mendapat tempat di hati pengguna.


Oh ye! Ada satu rahsia yang aku nak kongsikan dengan korang. Menurut En.Ungku Zubir, Perencah INNNI pernah dilamar untuk dibeli oleh sebuah syarikat gergasi namun ditolak baik oleh Allahyarham ayahandanya kerana Allahyarham Pak Ungku sangat sayangkan produk yang dibangunkan sendiri oleh beliau ini. Setelah ditolak baik, syarikat gergasi tersebut telah mengeluarkan produk mereka sendiri yang diilhamkan dari Perencah INNNI.

Pada aku satu pencapaian yang sangat membanggakan apabila ada syarikat gergasi mengambil ilham dari produk keluaran tempatan. Tapi aku lagi bangga dengan Allahyarham Pak Ungku yang bertegas melindungi legasinya.


Perencah INNNI, Perencah Serbaguna

Aku dah ceritakan tentang sejarah INNNI, jom sekarang aku ceritakan tentang pengalaman aku menggunakan Perencah INNNI.

Aku sebenarnya orang yang agak sibuk dan kekurangan masa namun aku sejenis yang suka makan di rumah. Macam mana sibuknya aku, aku akan cuba sedaya upaya memasak walaupun seringkas yang mungkin. Alhamdulillah sejak diperkenalkan dengan Perencah INNNI ni, hidup aku lebih mudah. Masak campak-campak je dah siap dan sedap pulak tu masakan aku..hahaha..

Paling aku suka sebab Perencah INNNI ni ialah perencah serbaguna jadi korang nak masak apa pun guna je Perencah INNNI ni waimma nak goreng ikan atau ayam. Aku sekarang memang dah tak perlukan garam dan kunyit untuk goreng ayam atau ikan mahupun nak bakar-bakar. Aku cuma perapkan ayam/ikan dengan Perencah INNNI dan goreng atau bakar je terus..mudah dan senang weih! Tambahan pula Perencah INNNI ni macam serbuk je. Jadi korang tuangkan aje pada masakan korang. Dah tak payah tambah garam ye!

Macam aku semalam, aku buat nasi goreng bodoh je wei..hahaha..cuma perlukan bawang, telur, udang kering pastu campak-campak dalam kuali tapi tambahkan Perencah INNNI..perghhh hingga menjilat pinggan la sedapnya! hahaha..



Nak resipi? Nah aku sharekan resipi Nasi Goreng INNNI dengan korang.

Resipi Nasi Goreng INNNI

Bahan-bahan :

1. 1 sudu minyak masak


2. 1 sudu Perencah INNNI


3. 1 ulas bawang dihiris halus


4. Sebiji telur


5. Sedikit udang kering (optional)


6. Semangkuk nasi putih





Cara-cara memasak :

1. Panaskan kuali dan masukkan minyak
2. Tumis bawang hingga layu
3. Masukkan telur dan gaul hancur
4. Masukkan udang kering
5. Masukkan perencah INNNI
6. Masukkan nasi dan gaul sebati & goreng sampai masak


Tadaaaa..siap! Perghhh..senangkan? Kalau korang masih tak pasti, nah tonton video ni.




Untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut mengenai Perencah INNNI :

Facebook : Perencah Inni
Instagram : Perencah Inni
Tel : 019-2870474


You May Also Like

22 comments

  1. Menarik ni...boleh la cuba kalau takde MSG, akak pun dah tak boleh ambil makanan yang ada msg..masak sendiri lagi bagus kan..terjamin kesihatan..kalau asyik makan kat luar je susah nanti...

    ReplyDelete
  2. wahhh pertama kali kut dengar perencah innni ni.tak jumpa lagi kat mana2 market so far..kalau ada wajib nak try support bumiputera kan

    ReplyDelete
  3. Kalau min tak share info produk ni mmg tak tau. Boleh test nnt

    ReplyDelete
  4. Baru tahu ada Perencah INNNI kat pasaran. Kiranya fungsi dia menyedapkan lagi masakan eh? Bagus tak de MSG, sebab nin a masak memang tak taruk MSG. Nanti sakit kepala. Boleh laaa cuba yg ni

    ReplyDelete
  5. memang betul tu, MSG boleh bawa kemudaratan pada kesihatan kita dalam jangka masa panjang. Kadang2 kalau terlebih ambil pon boleh pening kepala. Bagus la ada perencah ni, senang nak guna. Jarang atau tak perasan pula ada jenama ni kat pasaran...

    ReplyDelete
  6. Ajinomoto/MSG ni memang dilarang oleh famili kami sejak dulu lg. Kebiasaan perencah serbaguna mmg ada msg. Tapi tidak dlm produk Inni ni kan. Bagus la mcm ni. Barulah pengguna boleh menikmati dgn sihat

    ReplyDelete
  7. Baru pertama kali dengar jenama ni. Tapi bagus la kan tak ada MSG. Lebih sihat. Boleh la jaga kesihatan. Bebas MSG

    ReplyDelete
  8. saya memang suka letak seasoning dalam makanan macam nasi goreng. buat lagi sedap.. ni first time dengar brand ni.. bleh try la nanti

    ReplyDelete
  9. This is new. Never heard of this brand. Thanks for sharing. I can use this in my cooking if it does contain msg.

    ReplyDelete
  10. Perencah baru! Nanti bolehlah suggest ke mak untuk beli perencah ni, yang bagusnya takde MSG ye dalam produk ni. Good! Jenama INNI pun comel je nama yang diberi.Thanks for sharing kak min. Adeh, sedak plop nasi goreng itew,haha

    ReplyDelete
  11. Wah menarik yer cerita di sebalik perencah innni. Macam pernah nampak dulu2 org ada guna. Skrg packaging baru, nampak lain sikit. Nk try juga lah. Bagus bebas MSG

    ReplyDelete
  12. Kalau dulu saya selalu buat seasoning from scratch tapi sekarang ni bila anak dua orang, yang besar yang besar sama-sama peel pelik pelik, rasa lagi senang pakai perencah ready made macam ni. senang keje nak masak

    ReplyDelete
  13. lah ingat awak masak guna sambal hitam tadi hehehe perencah Innni baru first time dengar ni menarik dan memudahkan juga hehehehe boleh lah nanti kita cuba produk bumiputera bagus tu...

    ReplyDelete
  14. Baru tahu ada perencah tanpa MSG, menarik jugak ni. Hidangan yang ada MSG memang tak bagus kalau selalu di makan, tapi itulah penyedap..hehehe. Kalau brand ni bagus bolehlah sis bertukar kepada brand ni pulak

    ReplyDelete
  15. Wow...good to hear that we can actually have spices without MSG. More interestingly it is from the palace right? This means that it will be really delicious to be added to our dishes. :)

    ReplyDelete
  16. Bestnya ada perencah serbaguna gini. Rawlins suka sebab memudahkan kerja dan cepat je nak siapkan makanan, almaklum orang bujang.

    ReplyDelete
  17. Kita pun mmg strict sikit bab makanan ada MSG ni. Kat rumah ni mmg dah lama tak pakai penambah perasa sbb tak nak MSG. Tak tau plak Allahyarham Pak Ungku ada jenama INNNI ni.

    ReplyDelete
  18. Tak sangka inni ni produk dr pak ungku. Famous pak ungku ni.. rasanya kalau marketing lg bagus blh pergi jauh brand ni

    ReplyDelete
  19. new brand? cause i dont think i see it in any of those supermarket yet. and yes msg not good for the health. would love to try it this someday!

    ReplyDelete
  20. first time dengar perencah ni....buleh try ni kalau jumpa...

    ReplyDelete
  21. first time dengar. tak penah tengok juga..

    ReplyDelete
  22. first time dgr pasal brand ni

    ReplyDelete