Hidangan Istimewa Pantai Timur di Restoran Rasa Wau

Semalam, 8hb Disember 2018 aku berkesempatan memenuhi undangan untuk ke Restoran Rasa Wau yang terletak di Kota Damansara. Ketika diberitahu tentang hidangan istimewa yang dihidangkan di sini ialah Tempoyak Ikan Patin..aku agak memandang sepi. Bukan sebab aku memandang rendah tapi sebab kebanyakan restoran yang menghidangkan masakan patin tempoyak di Lembah Klang ni agak tidak menepati piawaian tekak anak jati Pahang macam aku ni..hahaha..

Jadi, semalam bila dihidangkan masakan tempoyak ikan patin..perkara pertama aku tengok ialah kepekatan kuah dan warna. Dalam hati..'ok, nampak menarik' dan bila mencuba pula aku mula berkata 'ye..ni rasa macam masakan Pahang asli'..

Ye korang!Aku agak cerewet bab makan tempoyak ikan patin ni. Maklumlah sejak kecil memang arwah wan dan arwah mak aku masak sedap. Jadi bila makan di kedai-kedai yang claimed masakan tempoyak diaorang sedap..tapi bila makan rasanya terlalu masam, guna tempoyak lama dan kuah cair, aku agak kecewa la. Dah banyak juga restoran masak tempoyak ikan patin yang aku banned..hahaha.

Tapi rasa masakan tempoyak ikan patin di Restoran Rasa Wau ni memang menepati piawaian tekak jati Pahang aku. Patinnya tidak berbau dan kuahnya pekat dan manis asli tempoyak (bukan manis gula). Bayangkan..kuahnya yang pekat warna kekuningan, ditabur rasa bunga kantan dan kesom yang seimbang dan patin yang langsung tidak berbau memang membangkitkan selera.


Bila diinterview ownernya iaitu Puan Shezlinda Othman, patut lah! Sememangnya Puan Shezlinda Othman adalah anak Pahang yang berasal dari Beserah, Kuantan manakala suaminya pula adalah anak Pekan, Pahang. Dan semua hidangan di Restoran Rasa Wau ini adalah hasil air tangan Puan Shezlinda sendiri! Patut lah sedap!!

Menurut Puan Shezlinda, patin yang dihidangkan di sini sememangnya diambil segar dari Temerloh dan bukan patin sangkar. Patutlah ikan patin di sini tak berbau hanyir..patin sungai rupanya! Dan bagi tekak anak jati Pahang macam aku ni, memang dapat rasa yang tempoyak digunakan sememangnya tempoyak baru! Ye, itu rahsia untuk dapatkan rasa gulai tempoyak patin yang enak. Wajib gunakan tempoyak baru. Walaupun kini harga tempoyak baru harganya agak mahal namun sangat berbaloi untuk dijadikan hidangan istimewa. Dan itulah kelebihan Restoran Rasa Wau yang tidak lokek dengan bahan premium.


Selain hidangan tempoyak ikan patin, Restoran Rasa Wau memang terkenal dengan sup belut. Belut yang digunakan pula adalah belut sawah. Oh ye! satu petua yang dikongsikan oleh Puan Shezlinda mengenai belut, menurut beliau tulang belut jangan dimakan kerana boleh mengakibatkan sakit sendi! Jadi korang yang gemar makan belut pastikan korang tak makan tulangnya sekali ye!


Pernah makan Puding Raja yang terkenal tu? Kalau tak pernah boleh la datang ke Rasa Wau sebab Puding Raja turut dihidangkan di sini. Ha..pendek kata, makanan Pantai Timur yang agak susah nak dapat di Kuala Lumpur ni semuanya ada di Rasa Wau. Nak makan Nasi Kerabu? Kerutuk Daging? Pais Ikan Patin? semuanya ada di sini dan harganya pula sangat berpatutan.



Apa yang menarik minat aku bila kali pertama melangkah masuk ke Restoran rasa Wau ni ialah dekorasinya yang agak menarik pada aku. Gabungan warna yang ceria sangat-sangat cantik dan hiasan wau di kedai ini menambahkan seri.




Restoran Rasa Wau ni sering dikunjungi pelanggan yang berbangsa Cina. Semalam masa aku makan di sana, memang kebanyakan pelanggan Cina masuk untuk memesan tempoyak ikan patin!


Sekiranya korang teringin nak menjamu selera dengan hidangan Pantai Timur, boleh la ke Restoran Rasa Wau yang terletak di :

Sunway Giza,
Block C-11-G, Jalan PJU 5/14,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
selangor darul Ehsan

Tel : +6010-2312704
Email : rasawau@gmail.com
Facebook : RasaWau
Instagram : RasaWau

Post a Comment

0 Comments