Ginn Fairy Queen Beauty Pageant Korea & Star Brand Awards International Ceremony

by - December 11, 2018

Aku nak share sedikit cerita tentang Ginn Fairy Queen Beauty Pageant Korea & Star Brand Awards International Ceremony yang sempat aku hadiri pada 28 Oktober yang lepas.


Sebenarnya majlis ni berlangsung sekali dengan I Love Coffee & Tea Expo yang diadakan di Mid Valley. Memang agak meriah majlis tersebut tambahan pula dengan kehadiran Ms Ginn Fairy Queen Beauty Pageant (Korea) sendiri.


Untuk pengetahuan semua, Ginn memperkenalkan Ginn International dalam sidang media dan buat pertama kalinya International Beauty Pageant akan diadakan di Korea pada 25 may 2019 yang mana peminat akan dapat menyaksikan peserta-peserta Beauty Pageant dari Malaysia, China (termasuk SAR HK) dan Korea Selatan. Untuk makluman juga, Korea merupakan sebuah negara yang lazimnya memberi peluang kepada bakat-bakat baru dari Asi Tenggara dan Asia Pasifik dalam industri hiburan dan kecantikan yang merupakan Wave 2.0 dari "Gentle Nation"


 

Sedikit Latar Belakang Ginn International

Ginn International yang berpusat di Hong Kong pernah juga ke Korea Selatan dan Asia Tenggara untuk mengukuhkan lagi perhubungan antara negara-negara luar dalam menaikkan arus 'K-Trends' dan bekerjasama dengan Federation of Arts & Culture Organizations of Korea (FACO) melalui pelantikan pengasasnya Ms Ginn atau Ginnie Lam sebagai International Ambassador of the Senior Model Association of Korea (under FACO).


Untuk menuju ke arah itu, Ginn International telah mengambil bahagian dengan menganjurkan pelbagai pameran kebudayaan di Korea Selatan dan luar negara pada tahun 2018 dengan tema Hanbok Fashion Runaway Show. Dalam sidang media itu juga, Ginn International turut memberitahu tentang komitmennya dalam mempromosikan seni dan budaya sebagai satu misi untuk mengumumkan International Beauty Pageant Contest kepada dunia tentang kebudayaan Korea Selatan dengan penuh artistik.

Ginn International juga telah mengumumkan kepada semua media yang hadir termasuk blogger dan media arus perdana Kuala Lumpur bahawa Star Brand Awards International adalah inisiatif komersil sepenuhnya bagi jenama Korea Selatan dengan Digital Influencers di Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Ini telah ditunjukkan dalam aktiviti yang diadakan seperti Expos and Trade Fairs.

Star Brand Awards International Grand Ceremony ini akan diadakan bersempena dengan Ginn Fairy Queen International Beauty Pageant Final pada 25 May 2019 di Seoul, Korea. Ia turut mengiktiraf 10 jenam Korea yang terkemuka dan 10 orang Digital Influencers dari seluruh Asia Tenggara dan Asia Pasifik. Ginn International Series of Press Conference & Participation Call akan terus berlanjutan ke Ghuangzhou, China pada 2 November 2018 dan Korea Selatan pada 13 Disember 2018..

Sekiranya korang semua berminat untuk menjadi 'Top Influencer Ginn International, bolehlah layari laman web mereka iaitu http://www.GinnInternational.com/
 
 

You May Also Like

0 comments